Tuesday, April 7, 2020

Resipi Cheeskut Nestum

Resipi Cheeskut Nestum | Gara-gara PKP ni mood memasak tu berdesup-desup masuk, nak menjahit kedai kain dan kedai peralatan jahitan tutup. Jadi masa-masa terluang ini dihabiskan dengan mencuba resipi-resipi baru. 

Cheesekut, kalau diikutkan dah lama, dah bertahun Asha simpan resipi ni tetapi kekangan masa menyebabkan Asha tak terbuat-buat kek cheese yang mudah ini.

Cheese Kut sedap dimakan jika diminum bersama teh 'o' panas.

Sabtu lepas Asha telah mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk membeli barang-barangan membuat kek dan kuih-muih di Tesco. Bahan-bahan untuk membuat Cheese Kut ini seperti cream cheese memang bergolek-golek dalam chiller Tesco tu. Kalau cari baking powder, soda bikarbonat dan yis mauripan tu memang tiada. Masing-masing pakat buat kek, donut dan roti agaknya, tengok rak kat Tesco tu licin weh... Tapi tidak mengapa, kedai jual barangan pastri dan kek buka time PKP ni korang boleh terjah sana.

Bahan-bahan;
  • 1 Paket biskut kering/Cream Crackers (Asha guna brand Hup Seng)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar(apa-apa jenis pun boleh: Fresh Milk/Low Fat/Full Cream)
  • 250gram cream cheese(Asha guna Brand Tatura)
  • Topping(any topping: Nestum/Milo/Cheese) - Asha guna Nestum 3 in 1
Cara-cara;

Masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar ke dalam mixer atau blender. Blend sampai sebati. Kalau ada mixer lagi bagus.

Celupkan biskut kering kedalam susu segar depan dan belakang, jangan celup lama-lama sampai lembik dan rapuh pulak biskut tu.

Susun biskut kering yang telah dicelup ke dalam susu segar tadi ke dalam loyang atau apa-apa bekas yang bersesuaian. Pakai bekas tupperware pun boleh asal senang nak potong.

Letakkan cream cheese yang telah di blend tadi selapis demi selapis sampai habis maksudnya lepas dah letak cream cheese pada lapisan pertama tadi susun biskut untuk lapisan yg seterusnya atas lapisan cream cheese tu dan ulang sehingga anda rasa cream cheese yang berbaki tu cukup untuk letak topping atas tu ha. Macam Asha guna dan susun biskut sebanyak 9 keping darab 4 lapisan bersamaan 36 keping biskut. Tak habis pun sebungkus biskut tu Asha guna.

Lepas tu korang sediakan topping yang korang nak tabur tu yek.

Sebenarnya lapisan ketiga sebelum lapisan terakhir ini Asha taburkan juga nestum 3 in 1 ini. Boleh je nak tabur start dari lapisan pertama tu, ikut kreativiti dan selera korang. Kalau pakai milo memang nampak cantik la layer tu. Dah siap korang kena sejukkan dulu semalaman dalam fridge, tapi I uolls tak sabar nau nau lepas 3 jam dah ngap hahaha. Sedap sangat...untuk yg gemar cheese mesti suka.

Nampak tak cheese yg meleleh tu. Kalau korang lagi suka cheese tu terlebih leleh boleh la lebihkan adunan sos cheese tu atau kurangkan kuantiti biskut.

Yg ni kali kedua Asha buat memandangkan beli cream cheese lebih. Buat dua toppings nestum dn milo. 


-SELAMAT MENCUBA-



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...