Friday, April 3, 2020

Minggu kedua PKP/RMO (COVID-19)

Minggu kedua PKP/RMO (COVID-19) | 14 hari PKP telah pun berkahir dan kini kita semua telah diberi tambahan 14 hari lagi PKP. Nak buat cemana demi nak putuskan rangkaian virus Covid-19 ini.

Kali ni Asha nak bercerita mengenai aktiviti pada minggu kedua PKP ini. Seperti biasa aktiviti yang  yg sama juga la rotate. Mengemas rumah, menyapu atau vacum, basuh baju, sidai baju dan memasak. Tak lupa juga melayan kerenah anak-anak. Menu sahaja la yang bertukar-tukar.

Hari ke lapan PKP pagi tu kami sarapan nasi lemak beli je, buntu dah nak masak sarapan apa pagi-pagi. Lepas sarapan jemur baju dulu then exercise kejap dlm 20 minit ikut apps je, kalau tak buat memang boleh jadi ikan buntal la gamaknya, so far timbang berat maintain je tak naik tak turun. Kemudian mandi dan ajar anak yg sulung tu siapkan kerja sekolah dia yg telah pihak sekolah berikan.

Nasib baik anak sekolah tadika lagi tak la susah sangat kerja sekolahnya.

Selesai homeschool anak Asha terus bergegas ke dapur masak lauk tengahari iaitu Sup ketam, maaf tak boh gambar nanti uolls kecam pulak masak menu mewah huhuuu. Kita masak apa yg suami beli je, maklumlah time PKP ni ketua keluarga je yg boleh keluar beli barang dapur jadi kita terima je la apa yg dibelikan tu. Sementara ada jual kat pasar tu suami beli ketam.

Hari ke-9 - sarapan pagi disediakan oleh suami, jiwanya dah melonjak-lonjak nak memasak jadi kita bagi aje dia memasak. Asha suruh suami masak bihun maka dia pun masaklah bihun setengah bungkus, letak daging, ikan bilis dan sayur kobis jadi banyak pula bihunnya. Selesai sarapan kami terus bersiap-siap pergi ke rumah mama dan abah pula, masa tu PKP tak ketat lagi. Kat rumah parents anak-anak dapat la bermain sepuas-puasnya pasal rumah atok dan neneknya luas so takdela bosan. Asha pula tolong mama memasak di dapur untuk makan tengahari, kami masak simple je, ayam masak sambal, udang goreng tomato dan sayur bayam. Kami pulang kerumah kami semula pada pukul 6 petang.

Malam kami dinner ringan-ringan je, Asha makan hot dog, manakala suami dan anak-anak makan burger tanpa roti sahaja. Ok la kan, takdela menu mewah mana pun. Kami ni jenis yg kadangkala tak makan nasi pun tak pe malam.

dua biji hot dog untuk diri sendiri. Asha lagi suka pakai roti putih.

anak sulung makan burger patty je, tak suka ada roti.

Hari ke-10 - sarapan pagi roti canai beli kat kedai. Tengahari masak kari daging dan sayur ulam-ulaman sahaja. Bila petang tengok roti Gardenia tu dah last date terus buat roti kering bergula untuk minum petang cicah dgn coffee. 

dari buang roti begitu sahaja sebab expired baik kita awetkan begini.

senang je buat roti keras ni, sapu planta dan tabur gula.

bakar pada suhu 180-190 celcius ikut oven masing-masing selama 20 minit .

Hari ke-11- Asha dah colapse, badan rasa lemau dan tak bermaya, tidur awal pun rasa macam tak cukup tidur, lepas sarapan je sambung tidur semula sampai la ke tengahari. Maka menu tengahari suami yang masak, asben masak ayam kicap pedas je (sorry tiada foto), suami kita ni boleh la juga memasak so kira membantu la juga kalau kita sakit ke apa kan.

Bila rasa badan dah segar sikit terus la rajin nak buat agar-agar roti pula, mengenangkan ada lagi sebuku roti yang baru dibeli tu tak terusik lagi.

ni kali kedua buat sebab tak puas makan, sedap sangat. Bagi jiran-jiran kat sini juga.

Hari ke-12 PKP - Asha teringin nak sarapan bubur nasi bersantan maka masak la bubur nasi santan untuk dimakan sarapan pagi sampai la ke tengahari. Bahan-bahan pun ada maka terhasillah bubur santan ala-ala macam nasi lemak je cuma versi bubur.

bubur santan, sama macam nasi lemak juga, kita makan dengan sambal ikan bilis garing, timun dan telur dadar. Lauk tambahan hotdog.

simple je tapi sedap.

Malam rasa malas nak masak sangat so masak megi ayam je letak cili api sikit, telur dan hotdog. Makan megi sambil tonton Netflix. 

anak Asha yg sulung tu memang suka makan megi, bagi dia makan megi ni lagi mewah rasanya dari makanan lain hahaha.

Hari ke-13. Pagi Asha takde buat sarapan so suami beli je nasi lemak kat kedai area rumah ni, so far masih ada lagi org meniaga nasi lemak dan kuih-muih. Kira time PKP ni sekali-sekala kita tolong la beli makanan pada peniaga-peniaga kecil ni, kesian juga kat diorang yg mengharapkan gaji harian ni, kalau tiada org beli cemana nak survive ye tak. Mula-mula dulu ye la aku agak paranoid kalau boleh jangan ada siapa-siapa pun keluar rumah. Tengahari tanya asben nak makan apa dia minta masak nasi goreng daging.

nasi goreng daging.

Minum petang dan dinner Asha buat sardin roll jek, senang dan tak berat sangat. Duduk rumah kena la jaga badan juga hahaha.

Intinya Asha pakai mackarel brand ayam brand sedap je walaupun bukan sardin. Gaul dengan bawang merah, cili dan mayonaise, buh secubit garam. Moyanaise Asha pakai yg untuk salad dan buah tu manis sikit lagi sedap, asalnya itu je yg ada pun citernya.

Gaul rata semua. Nampak macam tak cukup mayonaise tambah lagi bagi lemak-lemak rasa umph...lepastu simpan dalam fridge kejap.

roti pula kita lenyek-lenyek pakai pelenyek karipap. Nak cantik buang dulu tepi-tepi roti tu tapi time PKP ni kita jangan membazir biar je, sendiri mau makan pun.

dah siap lenyek roti banyak-banyak baru kita letak inti.

satu tin inti mackarel ni boleh dapat 10 biji sardin roll tau.

lepas dah gulung dgn inti tu kita goreng salut dgn telur macamni.

atau pun salut dgn tepung yang dibancuh cair macamni.

Suami pun suka makan berebut-rebut makan sardin roll ni, nak buat lagi takde rezeki dah...roti tak banyak jual kat kedai dah.

Hari ke-14 - sarapan roti canai beli kat kedai juga haish...makin malas pulak nak masak sarapan, bukan apa, asyik goreng bihun pun muak juga, teringin nak goreng mee or kueh teow tapi stok mee kuning takde jual kat kedai dah. Tengahari buntu nak masak apa walhal bahan-bahan mentah ada je suami dah topup, ada ikan, ayam, daging suma. Time-time disuruh berkurung tak boleh kerap keluar juga la tekak mengidam fast food. Terbayang-bayang ayam Korea KFC terpaksa la suamiku layankan tekak mengada-ngada ni ha.

ambil set soy chicken Korea yg paling byk ada 9 ketul tu ha kita sorang je ngap.

Anak-anak suami belikan nugget ayam dan kentang sahaja sebab budak-budak ni suka makan dua tu jek. Makan malam Asha goreng bihun je, buntu pula tiba-tiba nak masak apa.




Nota Kaki: Next entri PKP siri kedua pula menyusul kalau rajin huhuuu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...