Sunday, August 30, 2020

Aktiviti School Fateh sepanjang bulan Ogos

Aktiviti School Fateh sepanjang bulan Ogos | Sudah lama kiranya Asha tidak mengemaskini aktiviti sekolah Fateh selepas PKP ni. Maklum ler school Fateh buka semula pun tak silap Asha pada bulan Julai. 

Start je sekolah semula ni Fateh kerap juga tak sihat, memang kerap skip school aje. Banyak juga aktiviti dan pembelajaran dia tertinggal. Skill menulis Fateh masih lagi lemah jika dibandingkan dengan skil membaca, mengira dan mengaji dia Alhamdulillah makin lancar. Menggunting pun masih terkial-kial lagi, pendek kata skill jari-jemari Fateh masih lemah lagi.

Baru-baru ni dia ada assessment pertengahan tahun atau exam, dua minggu sebelum tu memang Asha perbanyakkan homework menulis dia berbanding membaca, mengira dan mengaji. Kebetulan cikgu pun ada bagi homework tambahan menulis juga. Mula-mula dia tak suka, tak nak buat homework siap drama air mata lagi tu hihihii. Sebab dia tak pandai menulis tu yang dia tak suka nak buat homework tapi lama-lama bila dia dah boleh buat tu dengan sendirinya dia ambil buku nak praktis menulis.

Mari kita lihat aktiviti Fateh di sekolah sepanjang bulan Ogos ini.

Aktiviti hari Jumaat selalunya akan ada aktiviti bersolat, berzikir, nasyid, mendengar cerita kisah-kisah nabi dan rasul. Kali ini Fateh dan kawan-kawan mendengar kisah Teladan dari Surah Al-Fil iaitu menceritakan tentang Abrahah dan Tentera Gajah yang bongkak dan angkuh sehingga berani untuk menghancurkan Kaabah di Kota Mekah. 
Pengajaran yang anak-anak dapat dari kisah ini ialah:
⭐ Jangan iri hati dan dengki dengan kehidupan dan pencapaian orang lain.
⭐ Jangan bongkak dan sombong kerana sesungguhnya orang yang sombong selalu rugi.
⭐ Kita hendaklah sentiasa berdoa dan yakin dengan kebesaran Allah serta bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.


melopong Fateh tengok tv, faham ke tak tu nak ooi.

camera detected hahaha. Focus nak focus...

Sempena bulan Kemerdekaan pula sekolah Fateh banyak mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Diantaranya;

Menyanyikan lagu hari Merdeka.


Belajar merasai makanan tradisi zaman dahulu. Makan ubi rebus dan pisang rebus cicah kelapa. Fevret ummi tu nak ooi pisang rebus. Rasanya Fateh makan pisang je tu.

Pada lain hari pula cikgu beri aktiviti art masih lagi tema Kemerdekaan iaitu Bunga Raya Bunga Kebangsaan.

skill mewarna Fateh nampaknya dah semakin improved.

kalau buat art ni dia suka sangat la, balik school mesti dia tunjuk apa yg dia dah buat.

tada...cantik sangat, lepas ni boleh la tolong ummi buat craft part time yek.

Seterusnya di hari-hari yang lain juga Fateh buat craft bendera Kipas Bunga Kemerdekaan. Bagus juga sekolah tadika zaman sekarang ni, dari usia seawal begini dah diterapkan semangat Kenegaraan. 

semangat Fateh mewarna.

selepas mewarna menggunting pula.

gam dan tampal pada pinggan kertas.

tada...dah siap.

Aktiviti terkahir iaitu hari terakhir persekolahan untuk bulan Ogos ni sepatutnya Fateh dan kawan-kawan menyambut hari Kemerdekaan dengan memakai pakaian yang bertemakan Hari Kebangsaan disekolah. Ada aktiviti pertandingan mewarna dan menyanyikan lagu Merdeka. Tapi malangnya Fateh tak dapat join hurm...nasib baik ummi tak tempah baju pahlawan nak ooi. Takpela tahun depan ummi akan pastikan Fateh dapat join ye nak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...