Saturday, July 25, 2020

Fateh Birthday Celebration at School

Fateh Birthday Celebration at School | Hari jumaat(24.07.2020) yg lepas anak kami Al-Fateh telah menyambut hari lahirnya yang ke-5 tahun bersama-sama dengan kawan-kawan sekolahnya yang lahir pada bulan 1(Jan) sehingga bulan 7(July). Kalau diikutkan tarikh lahir Fateh jatuh pada 28.07.2020 iaitu hari Selasa.

Selamat Hari Lahir Fateh anak abh dan ummi.

Sebenarnya Asha memang ada plan nak sambut hari lahir Fateh dan majlisnya nak diadakan disekolah tup tup dapat surat dari ticer inform pihak sekolah akan mengadakan hari lahir pelajar-pelajarnya sekaligus yg lahir pada bulan 1-7. Tapi tula, Asha dah terlewat sehari baca surat tu, surat tu ticer bagi pada hari Isnin dan Asha baca surat tu pula pada hari selasa dimana pada hari tersebut Asha sibuk pergi buat urusan pengesahan darjah 1 Fateh. Tu pun tergerak nak check beg sekolah dia, selalu tiap-tiap hari memang check beg sekolah dia tapi hari Isnin tu tak tertengok pula. Asha pun apalagi terus tukar plan, ikut plan asal nak buat cookies sendiri utk dijadikan goodies dan nak masak macaroni goreng serta buat sandwich je untuk budak-budak, kek dan snek pula memang plan nak beli je untuk tambah lagi dalam goodies.

So plan nak masak macaroni dan sandwich tu memang Asha cancel la sebab pihak sekolah dah sediakan, kecuali la nak tambah. Fikir budak-budak tak makan banyak karang membazir pula jadi pilih bagi goodies sebab budak-budak suka hadiah.

Start beli barang-barang goodies hari khamis sebab hari rabu tu Asha busy dengan urusan order cadar customer melalui bisnes online yang Asha baru start cuba jual di socmed tu. Selain dari itu, Asha sibuk siapkan tambahan extension facemask budak-budak ni untuk dimasukkan ke dalam goodies. Yang sedia ada tak cukup pula, itu pun Asha dah stop penjualannya di socmed sebab dah plan yg balance tu nak bagi budak-budak ni serta ticer sebagai gift. 

Hari khamis tu lepas ambil Fateh dari school terus cari barang-barang untuk goodies tapi sebelum tu adik Fateh si Al-Fakeeh Asha hantar rumah mama dulu sebab leceh la nak bawa si kenit yg tengah lasak tu kan hihihii, lagipun virus kat luar tu masih berlegar-legar lagi jadi tak nak dia terdedah. 

Kami pergi hampir empat buah kedai cari barang-barang goodies. Dari kedai Pemborong makanan untuk besday parti kat area Tesco Taman Pelangi Semenyih tu sampai la ke DIY Tesco dan DIY Eco Hill serta kedai ECO Rm2++ tu ha. Cari paper bag untuk goodies pula tak berapa nak ada kat dua2 DIY yang Asha pergi. Kalau kedai area Semenyih Sentral tu ada je dan kalau nak beli snek pelbagai jenis untuk besday parti pun ada je jual kat Semenyih Sentral tu lagi banyak choice. Oleh kerana nak cari gift tambahan untuk bagi ticer tu yg pergi DIY juga tu. 


Inilah hasil pencariannya.

List barang-barang yg dibeli;
  • Paper bag untuk goodies ticer 2xRM 1.04 BELI kat DIY Tesco
  • Wafer Coklat POPOLO 2xRM2.10 beli kat ECO kedai 2 hengget
  • Air Kotak Sunquick 5xRM2.10 kedai ECO
  • Gift Wrapping Bag  6xRM2.90 (Seunit ada 2pcs) - Tesco
  • Hanging Deco Hook 2xRM6.30 - Tesco
  • Butter Cookies 2xRM2.00 - Tesco
  • Torto Kidz Space Biscuits 6x2.00 - Tesco
  • Lolipop 1xRM6.95
TOTAL: RM200+ (tidak termasuk extension mask). Extension mask tu utk dewasa RM4X2 dan kanak-kanak 12XRM2 hahaha walaupun d.i.y sendiri kalau jual itulah harganya.

Oleh kerana masa suntuk dengan pelbagai urusan so Asha tak dapat nak buat homemade cookies even barang-barang semua ada je di rumah.

beli biskut budak-budak ni ganti homemade cookies yg tak jadi tu dan biskut ni memang tak masin serta berlemak memang sesuai untuk budak-budak. Rasanya plain je tiada perasa MSG. Bentuk cookies pun menarik dan sesuai untuk kanak-kanak sebab bentuk abjad dan nombor, haa...sambil makan sambil belajar abjad dan nombor. Ada juga Asha beli bentuk hidupan laut serta angkasa.

Ni dia siap bungkus dah, pelbagai bentuk dan perisa, ada perisa vanila, coklat dan ayam.

 goodies untuk budak-budak ada 6 item: air kotak sunquick, biskut, biskut coklat-2, lolipop from cameron(ada balance) dan d.i.y mask extension.

dah siap bungkus camni la rupanya.

goodies untuk ticer pula ada 5 item : 2 bungkus biskut butter, air kotak sunquick, hanging deco hook dan d.i.y mask extension. Saja je la kita bagi 2 gift dekat ticer sebab nak bagi masa teacher's day PKP so kira kita bagi sekali la ni.

ticer punya goodies yg depan sekali tu, memang asingkan paper bag ticer dgn budak-budak ni lepas tu kita susun dalam kotak. Student pun tak ramai dalam 12 orang, cikgu yg mengajar serta menguruskan budak-budak ni pun ada dua orang je.

ni la kek bebudak ni, nampak sedap cheese kek.

pagi-pagi dapat whatsapp dari ticer foto deco wall besday diorang, siap ada gambar dan date besday masing-masing. Rajin pula ticer nak snap foto budak-budak ni kemudian print.

goodies dari parents ada 4 jenis, weols punya opkos yg menyerlah tu ler paperbag coklat. nak cari plastik mcm goodies yg sebelah tu tak jumpa pula kat 4 jenis kedai yg kita pergi tu, kalau ada pun punya la kecik.

makanan selain kek ada spaghetti carbonara, sandwich dan minuman vitagen, erm...memang suka sangat la Fateh ada air kegemaran dia.  

celebrate time PKP gini la ye anak-anak.

bagus penjarakan sosial budak-budak ni.

Happy muka memasing dapat goodies dan hadiah sampai penuh tangan nak pegang.


selesai nyanyi lagu 'happy birthday to you' dan dpt goodies baru boleh makan. bagus anak ummi ni betul-betul duduk dalam kotak hehehe.

video nyanyian 'Happy Besday to You' budak-budak ni. Jenuh ticer nak sebut nama sorang-sorang sampai kena tarik nafas gitew hahaha.

Balik sekolah kat rumah dah tak sabar nak keluarkan semua goodies yg dia dapat termasuk la yg dari ummi dia punya dapat balik hahaha.

kesemua goodies yg Fateh dapat.

dapat hadiah tapi tak tau la samada dari pihak sekolah atau parents yg bagi.

puzzle bernombor, memang sesuai untuk budak-budak susun sebab ada nombor turutan di belakang.

ni goodies dari kawan Fateh Nuha, dapat roti, coki2, pemegang pensil dan mask washable. memamg sedang elok la tu pasal ummi bagi kawan-kawan Fateh mask extension kan, nak bagi hand sanitizer kurang sesuai untuk budak-budak.

yg ni tak tahu siapa yg bagi tapi nampak best sebab banyak jajan, ummi yg suka ni sebab ada snek kegemaran nabati tu ha, ada dua snek berasaskan cheese kegemaran ummi, Fateh bukan suka pun. Dia makan mimi, tam tam dengan air milo je.

Selamat Hari Lahir anakku...Simpan sini sebagai kenangan untuk Fateh dan kawan-kawan Fateh.





Saturday, July 18, 2020

Percutian PKPB | Cameron Highlands


Percutian PKPB | Cameron Highlands | Assalamualaikum pembaca setia diariashmira, maafkan hamba kerana terlalu lama membiarkan blog ini bersawang muehehehe. 

Pada 02/07/2020(Khamis) yang lalu, suami telah merancang secara spontannya percutian kami ini ke Cameron Highlands. Plan asalnya nak balik kampung suami je kat Perak, maklumlah PKP start je langsung tak boleh kemana-mana kan itu kami ambil peluang pergi bercuti sekali dah alang-alang PKPB sampai penghujung bulan 8 ni. 

PACKING BAJU

Punyalah dah lama tak packing baju macam-macam bubuh dalam beg, mana taknya 5 hari punya baju nak angkut dgn anak-anak punya lagi fuh...penuh belakang Aruz hahaha. Tak boleh bayangkan kalau still naik kereta sedan kami tu memang sendat kereta agaknya.

DALAM PERJALANAN

Actually bilik hotel tak book langsung, ko tengok tu kami main terjah je, suami kita la ckp on the way atas jalan tu bagitau hotel tak book lagi, fuh serem...hakak. Masa berhenti kat RnR tu lama juga la akak pergi ladies room + membeli ayam gunting. Masa tu la suami sempat book hotel. Nasib baik pergi hari biasa ada la bilik lagi kan fuh lega.



Setiba je kami di puncak Cameron Highland terus singgah satu kedai ni tapi tak ingat nama kedai ni. Masa ni pergi takde pelanggan langsung selain kami, ye la pergi hari biasa memang xde sgt la org, jalan pun tak jem. Masa ni mood nak membeli pun tak mari lagi so kita tak beli papepun, suami je beli coklat untuk anak-anak.

CAMERON VALLEY

Kemudian kami singgah ke ladang teh Cameron Valley, ha...tempat ni memang wajib singgah setiap kali datang sini.


Kami tiba disini pun dah petang jadi cuaca agak cantik la petang-petang begini, baru lepas hujan pula tu sejuk ler.

Macam biasa mesti pekena teh Cameron Valley ni. Masa sampai sini kepala dah pening-pening, tekak pun jadi loya, isi perut sikit hilanglah pening tu.





Syok hi tea sambil tengok pemandangan yang indah, sejuk dan damai je, rasa hilang segala kekusutan yang bersarang di kepala. Macam biasa la tak de beli teh pun lagi time ni, hanya nak rileks santai-santai ambil angin sambil minum teh hangat-hangat je dulu.

Sebelum check in kami singgah beli jagung dan strawberry dulu. Org tengah tak ramai ni stok jagung dengan strawberry pun banyak.

HILLVIEW INN

Kemudian kami check in di area Brinchang. Hotel Hillview Inn.

pintu masuk Hillview Inn

nak naik sini agak berbukit sikit, parking kereta agak terhad tapi boleh park kat area lot kedai atau tapak pasar malam Brinchang depan Hillview Inn ni jek.

Bilik kami betul-betul tingkat atas mengadap pokok pine. Kami stay sini satu malam RM100++.  Lobby area tempat ni sederhana besar manakala jalan naik menuju ke bilik pula tiada lif sebab tiga tingkat jer, kena naik tangga serta perlu tanggalkan kasut terlebih dahulu di tepi tangga. First time kita masuk tempat penginapan  yang kena buka kasut tau.

Mula-mula dapat bilik katil queen size satu je. Awak dah la berempat, budak-budak pula jenis tidur lasak.

tapi bilik satu katil Queen size ni nampak ok la, kemas dan bersih, buka pintu boleh lihat pemandangan.

rak sangkut baju dan tv simple dan moden, suka style gini.

sebelum tukar bilik sempat juga la si kecik ni mandi.

 Tengah nak mandi tu suami panggil angkat barang-barang tukar bilik yg besar sikit. Hahahaadoi.

besar sikit bilik ni, katil Queen size pun dua, tak ler berhimpit tidur. Budak-budak nak main lari-lari pun luas.


bilik mandi pun luas, sebelah kiri tu tempat shower.

tempat tv dan sangkut baju macamni la rupanya, sebelum sangkut towel dan letak barang-barang helok je la rupanya, after that hahaha.

pemandangan dari bilik yang ini pula menghadap jalan masuk. Nak pergi ke kedai makan, bank depan ni je.

Kesimpulannya, bilik penginapan disini agak bersih dan tiada bau-bauan yg kurang enak seperti sesetengah hotel. Cuma water heater dan fridge je tidak disediakan disini. So nak panaskan air untuk buat susu anak terpaksa turun ke bawah, nasib baik ada bawa flask. Kalau nak iron baju pula kena turun ke bilik iron, tapi sebab malas jadi pakai je baju apa yg tidak perlu digosok. Biasa Asha akan bawa iron sendiri tapi boleh terlupa, tu la selalu kemas barang untuk pergi bercuti memang Asha akan buat list tapi kali ni tak buat, maklumlah lama sangat PKP otak pun tepu.

MAKAN MALAM

Setelah selesai mandi dan berehat sejam dua kami berjalan kaki menuju ke gerai makan.

suasana luar penginapan di waktu malam.

cuaca diluar memang sejuk tapi dalam bilik kami siap request kipas sbb rasa macam terperap skit.

makan disebuah gerai area Brinchang ni tapi service slow sangat, sejam juga la tunggu makanan sampai.

Maaf la gambar makanan tak sempat ambil, dah ngap masuk perut, lapar sangat tunggu hahaha, nasib baik sedap, kami order nasi goreng cina, nasi goreng ayam kunyit dan sup daging.

CHECK OUT

Pagi pukul 8.30 kami dah bersiap-siap untuk check out dan bersiar-siar.

si kecil ni dah siap dulu, tak sabar nak tengok strawberi. Bagi dia makan roti dulu sebab dah lapar. Tunggu ummi bersiap dan kemas barang lama la pula ye dik.

Sarapan disini. Satu lagi restoran yg kami pergi tapi tak ingat nama, haish memang tak prepare sangat percutian kali ini.

design dalam kedai ni cantik la juga, setanding restoran-restoran di KL. 

tunggu makanan agak lambat, memang sini style memasaknya lemah gemalai kot huhuhu sodeh.

Order ayam penyet je, tunggu ayam dengan tempe tu siap digoreng lama ler juga. 

Oleh kerana dah nak dekat tengahari so Asha brunch sekali, so tak perlu singgah untuk lunch dah. Bila perut betul-betul kenyang baru syok nak berjalan. 

BIG RED STRAWBERRY

Kemudian kami meneruskan destinasi ke Big Red Strawberry, time ni orang pun dah start ramai, jalan pun jem sangat nak naik sini sampai ada kereta yg berasap. Kalau nak petik strawberry or makan dessert kat sini pun ok juga tapi sebab ramai orang jadi tak syok sangat dah. Sempat juga la membeli disini, banyak juga Asha beli seperti jem strawberry, coklat dan minuman paket 3 in 1 seperti coklat strawberry dan teh strawberry brand Big Red Strawberry, memang sedap. Kalau coklat banyak brand Berryl's, tapi banyak coklat berasaskan strawberry la.

tiga tahun lepas datang sini abah carry abang Fateh je dengan carrier yg sama. Ni kira first time ler adik Fakeeh naik Cameron.

berfoto dikebun sayur salad. Selekeh je la hakak kali ni gara-gara tak dapat nak iron baju dan tudung yg vogue wakakaka, mujur ada tudung saok ni.

adik dpt tengok sayur je ler, nak petik strawberry dah habis hahaha.







CAMERON VALLEY AGAIN!!!

Bila nak balik tu kami singgah lagi ladang teh Cameron Valley ni, kali ni baru rasa nak beli teh pelbagai rasa muehehehe. Tapi, sebelum masuk kedai beli teh kami masuk ladangnya dulu, kena bayar pula per entri RM2. Kalau nak round2 satu ladang tu kena naik jeep bayar lain harga pula.

time ni matahari dah terik sikit, yela dah tengahari.

abg Fateh dgn ummi je yg gila berfoto.


Dapatlah beli teh kegemaranku seperti teh strawberry, green tea, blackberry tea dan teh biasa. Ikutkan semua jenis teh nak beli. Sebelum ni pernah beli teh kacip Fatimah, sedap juga cuma rasa herbs la sikit.

Kemudian kami try pergi ke ladang anggur tapi temporary closed pula, samada nak renovate jadikan tempat yg sesuai untuk pengunjung seperti kedai-kedai dan cafe yg lain atau buah anggur tarak masak lagi.

AVANT CHOCOLATE & ICE CREAM


Tempat viral ni wajib singgah, sebelum ni masa tempat ni baru buka lalu je sebab ingat kilang coklat je takde kedai or cafe, bila dah diviralkan fuh...penuh je orang dalam ni. 

 pelbagai jenis cake dan pastri ada disini, memang terliur tgk. Harga pula setanding harga kat Secret Recipe yek hihii.

ni la ice cream viral yg org dok share kat FB tu kan.

kita order ni je la.

suruh suami ambilkan foto erm...tak de seni lgsg even camera phone canggih ipong 2 bubble pun tak guna kalau xde skill huhuu. Yang first foto strawberry tak facing depan, oreo dan daun pudina sereng. 

Al-kisahnya masa nak tunggu ice cream ni sampai lambat so pergi tandas dulu, makanya bila sampai suami tolong ambilkan foto sebab anak-anak dah tak sabar nak ngap biskut oreo tu dulu.

Kat sini ada tempat untuk berfoto juga, ada boat untuk anak-anak naik dan rumah kecil yg bewarna warni yg viral tu pun ada juga tapi kena bayar la per entri. 




 
kalau korang boleh nampak ada anggur kat dalam foto ni tapi tak masak lagi la hijau.


Tak banyak tempat pun kami pergi lagi-lagi orang dah start ramai ni. Dapat tengok pemandangan dan hirup udara sejuk pun dah cukup buat kami. Lagipun kami memang selalu naik Cameron, boleh kata every year datang sini, ada sekali tu sampai dua kali setahun. Tak pernah bosan sebab suka suasana disini.

Selesai disini kami terus bergerak pulang ke rumah mertua pula di Seri Iskandar, Perak. Then, sambung lagi percutian kami di Teluk Batik dan Lumut pula.

Entri Cameron Highland yang lain >>https://diariashmira.blogspot.com/2017/03/mossy-forest-gunung-brinchang-cameron.html<<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...