Wednesday, January 29, 2020

Jalan-Jalan naik MRT & Satay Kajang

Jalan-Jalan naik MRT & Satay Kajang | The next day hari Ahad pula aktiviti pagi kami hanya stay dirumah dan rest je sebab penat berjalan malam tu tak hilang lagi. Anak beranak semua macam tak larat je. Cuma pagi tu suami sempat pergi ke pasar beli barangan basah untuk stok mingguan punya dan kita pula sempat la masak lauk tengahari itu pun dibantu oleh suami. Kami masak simple-simple je, ayam masak merah suami yg masak dan Asha tambah masak sayur bendi bening dan nasi sahaja. 
 
Selesai je memasak Asha terus iron baju awal-awal dan sambung tidur, anak-anak pun sama. Around pukul 3 petang Asha tersedar tu pun lepas perut dah berkeroncong lapar. Bangkit je terus ke dapur isi nasi dalam pinggan. Tengah makan tu suami pesan lepas makan terus siap-siap nak pergi makan satay kajang naik MRT, ikut dia punya plan asal nak bawa budak-budak ni mandi sungai pagi tu tapi masing-masing kepenatan so suami ajak pergi petang pula. Kita cakap pada suami macam tak sempat nak mandi-manda kat sungai, dia kata jalan-jalan je nak cari durian kat Hulu Langat.

adeh...budak korea nih, dekat rumah sibuk nak pakai spek biru dia tu. Bergaya sakan, kalah ummi dia dah sekarang ni.
 
Kami pilih nak naik MRT dari Stesen Bandar Tun Hussein Onn biar la lama sikit dalam MRT tu, anak-anak pasti seronok dapat naik MRT a.k.a keretapi. Si abang Fateh tu memang taksub sangat dengan train. Si adik pula, inilah pengalaman pertama kalinya naik train.

macam diva dah anak bujang kita sorang nih. adik ralit tengok kipas besar atas siling.
 
ni first time adik naik MRT.
 
Tunggu MRT tak lama pun, kejap je dah sampai MRT nya. Orang pun tak ramai naik kalau hala ke Kajang. Tapi cuaca petang tu agak bahang sikit la.
 
Ummi duduk dengan artis sebelah ni hehehe. Semua orang dalam MRT tu tengok dia je, haish...ummi pulak rasa segan.
 
Ni kira first time juga Asha naik MRT, kalau LRT, Monorail, Komuter tu dah biasa naik. Agak besar juga gerabak MRT ni.
 
Satay Kajang Haji Samuri.
 

Kami tiba di stesen Stadium Kajang yang terletak betul-betul disebelah stadium dan Restoran Satay Kajang Haji Samuri cawangan utama. Dah sampai kena menapak pula dari stesen MRT ke Restoran Satay, fuh...dua hari banyak berjalan memang cair lemak. Muka pun rasa macam dah sunburn semula huhuuu.
 
Sampai je dalam restoran satay tu terus cari table, fuh...penuh je sana-sini. Luckily, dapat table belah dalam yang ada air cond, sejuk sikit. Asha duduk dulu dengan anak-anak sementara menunggu suami order makanan dan air.
 
Lepas order dan bayar siap-siap suami bawa terus kuah kacang dan nasi impit dahulu
 

Sementara menunggu satay dan air minuman kami ngap la dulu nasi impit dengan timun cicah kuah kacang dulu. Anak-anak pula masing-masing dah haus terus bagi susu kedua-duanya. Kemudian si abang dah bosan ajak abahnya keluar ambil angin, manakala si adik pula dah merengek mengantuk ditinggalkan bersama ummi terkontang kanting disini huhuu.
 
bagi si adik nasi impit, byk juga dia makan.

Si abang pun nak bersuap juga.
 
Elok je Fateh keluar dengan abahnya satay dan air minuman Kelapa kami pun sampai. Asha pun ngap ler dulu sebatang dua lepas tu tunggu suami dan anak bujang tu tak mari-mari terus call, memandangkan si kecik tu dah mula meragam.
 
kami order satay daging, ayam dan arnab 20 cucuk.

Kualiti satay dekat main branch ni kureng sikit la rasanya berbanding kat cawangan-cawangan lain seperti kat R&R, sebab pelanggan ramai jadi kualiti rasa tu kurang sikit la mungkin masa untuk membakar tu sekejap sahaja sebab ramai kan. Tapi jangan risau, sataynya tetap masak sebab diorang dah half cook satay-satay ni dikilang terlebih dahulu. Satay arnab tetap sedap dan lembut bagi Asha, kalau makan satay Haji Samuri ni memang tak tinggal la order satay arnab ni, fevret sangat.

lepas makan satay nak main pula.
 
 
Selesai makan terus keluar dari restoran tu sebab anak-anak dah mula rasa rimas duduk dalam restoran tu lama-lama. On the way jalan nak ke MRT tu ada pula playground kat sebelah stadium tu, stop kat situ dulu si abang nak main. 10 minit jela bagi dia main, lepas tu rushing gerak ke MRT sebab masa tu jam dah pukul 6.30pm, teringat suami tak solat lagi. Nasib baik si abang tak merajuk sebab dapat bagi main kejap je kat playground. Bila bagitau nak naik MRT lagi senyum je dia.
 
dalam train on the way balik pun adik nak susu lagi.

masing-masing muka mengantuk dan penat.
 
Ada kisahnya semasa kami on the way balik dalam MRT tu. Kisahnya, kami tersalah naik MRT menghala ke Kajang hahaha. Sampai je stesen Kajang kami turun tukar lane sebelah, ayoyo...dah penat sampai tersalah lane. Jadi macam panjang pula perjalanan kami, tapi budak-budak ni suka la dapat naik MRT lama-lama.
 
 
 
 
 
 
Foot Note: Next entri 'Pusat Sains Negara'

1 comment:

Wak Lat said...

wah sonoknyer jalan2 mrt kajang., makan sate lagiii., ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...