Thursday, December 26, 2019

Birthday Celebration - Al- Fakeeh

Birthday Celebration - Al- Fakeeh | Pada 13/12/2019 merupakan hari ulangtahun kelahiran yang pertama anak Asha yang no 2 tu. Planning pun last minit, one week before baru terfikir nak buat makan-makan kat rumah kami. Jadi menu pun simple-simple je dapat buat dan beli.

Majlis buat hari sabtu walaupun hari lahirnya jatuh pada hari jumaat, memandangkan Asha pun sibuk uruskan Annual Dinner company pada hari jumaat tu so postponed buat keesokan harinya.

Oleh kerana semua pun last minit menu pun simple je, tak sempat nak buat or order dessert seperti kuih-muih, sandwich, puding atau aneka kek seperti muffin dn marble cake.

Tetamu yang dijemput pun family Asha je so mudah la untuk Asha prepare jenis dan kuantiti makanan yang perlu ada masa majlis tu.

Kek besday.
 
Kek besday suami Asha yang belikan kat Tesco je, kedai kek King's tu ha, tapi Asha lagi suka kek kat kedai area Pekan Semenyih yang selalu Asha beli tu kalau ada besday sesiapa dalam family kami tu ala...lupa nama kedai tu.

Dekorasi simple Happy Besday.
 
Dekorasi pun simple sesangat last minit hari Jumaat tu beli kat kedai jual barangan party area office kita ni je. Padahal yang lama punya deko ada je tak perasan dan sebab nak cepat tiada masa nak check kat mana simpan huhuuu.

Pizza Hut
 
Suami beli tiga pan pizza size medium, size large tak de katanya tapi semua bukan perisa yang kita suka huhuuu untuk tetamu boleh la.

Drumet & chicken wings pizza hut
 
Drumet dan chicken wings pizza hut ni memang Asha suruh suami beli buat tambahan makanan memandangkan Asha memang tak cukup masa nak masak semuanya sendiri. Walaupun plan nak je beli ayam or nugget frozen tu dan goreng sendiri tapi kakitangan dan masa tu tak cukup maka beli aje ler.


 
Pasta goreng
 
Betul-betul pasta goreng ni je yang Asha masak, tengok bahan-bahan dari pasta, ayam, hot dog
dan daging memang ada je kat rumah so terus terdetik nak goreng pasta je. Tambahan bahan-bahan masakan lain seperti carrot dan daun kucai je Asha beli kat pasaraya area office.

Buah oren.
 
Buah oren ni pun Asha beli kat Pasaraya Super Seven area office juga. Tapi Asha tak beli yang timbang kilo tu dikhuatiri rasanya masam, beli yang dah siap bungkus cantik terletak kat chiller buah-buahan dan sayur-sayuran tu ha. Memang betul manis rasanya tak masam.


Candy Bar
 
Semua pun beli kat pasaraya yang sama, beli coklat cadburry dan pudding je. Budak-budak ada dua
orang je so jadila, orang tua bukan boleh makan banyak-banyak coklat pun hihihi.

 

Air minuman suami lupa nak beli jadi Asha buat tea susu je.

Adik Fakeh potong kek.
 
Sebelum potong kek kami nyanyi lagu happy besday dulu then acara tiup lilin tapi Fakeh dah terpinga-pinga tengok orang nyanyi, apatah lagi tiup lilin. Lastly, atuk dengan abg fateh yang tolong tiup lilin.

Yang ni je dia paham, hadiah mainan.
 
Hadiah ni Asha yang beli online kat shopee je, dapat harga murah. Teringat Fakeh suka tolak walker dia berbanding duduk dalam tu, yela dah besar, dah nak berjalan. So Asha belikan fakeh Music walker.

terkial-kial dia nak berdiri.

seronok dia dapat tolak walker ni.
 
Selain dari hadiah music walker ni Fakeh dapat hadiah baju dari Pak Teh, Basikal dua seat dari Pak Ngah dan Paksu.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...