Wednesday, December 11, 2019

Target Wish List sepanjang 2019

Target Wish List sepanjang 2019 | Assalamualaikum dan salam sejahtera, memandangkan tahun 2019 semakin menghampiri ke penghujungnya, oleh itu marilah kita recap semula wish list 2019 yang pernah Asha senaraikan dahulu. Adakah list-list tersebut berjaya Asha capai sepenuhnya ataupun tidak. Artikel sebelum ini >>> https://diariashmira.blogspot.com/2019/01/wish-list-2019.html<< 


1. Air Fryer - masa awal-awal kemunculan produk ini pergh...memang hangat diperkatakan. Ramai la surirumah-surirumah teridam-idam nak beli gadget dapur yg satu ni. Asha letak benda ni list paling atas sekali tapi at the end tak beli-beli pun. Budget tu ada nak beli tapi tiap kali nak beli tu asyik fikir berguna ke tidak benda ni kat dapur nanti huhuu. Tidak mengapa nanti Asha masukkan semula ke dalam wish list tahun 2020.

 

2. Dryer Machine  - yang ini pun still tidak tercapai lagi hajat untuk memilikinya atas faktor ruang yang terhad, almaklum sahaja la ruang rumah sewa kami kecil. Maybe list ini tidak akan disenaraikan di dalam wish list 2020 nanti sebab Asha rasa macam belum diperlukan lagi.



3. Penapis Air - sampai kesudah kami still lagi dok beli air mineral yang botol tu je. Malas nak ada komitment byr bulan-bulan tu yang sebenarnya hihiii. Lagipun jarang masak dan berada di rumah so tidak akan disenarai masuk ke dalam wish list 2020.

 

4. Rak barang tak pakai/Storage Rack - yang ini Asha Berjaya beli di Shoppe pada harga RM70 untuk satu unit dan Asha beli 2 unit pada harga RM147.00 termasuk postage fee. Berbaloi beli rak ni, barang2 tak pakai atau jarang pakai susun dan sumbat je kat rak ni. Nak nampak kemas dan cantik lagi Asha pasang tirai langsir bilik mandi tu kasi tutup sket takdela nampak buruk dengan barang-barang atas rak tu.

Gambar hiasan sahaja.
 

5. Kenderaan Baru - Perodua Aruzz. Wish List yang ke lima ini pula memang ngam-ngam penutup tahun 2019 punya wish list dan kereta ini baru je lagi asben beli awal bulan 12 haritu. Baru sempat  merasa naik kereta ni round2 area Sepang sekali je. Kereta ini akan digunakan hanya untuk membawa keluarga kecil kami jalan jauh je seperti balik kampung, raya, kenduri dan holiday. Untuk kegunaan harian seperti ke tempat kerja encik suami masih lagi menggunakan Wira Legend beliau dan Asha pula masih lagi setia dengan Saga flx ku. Insyaallah ada rezeki Asha pun nak upgrade kereta baru yang lebih kecil sedikit sesuai la untuk dibawa pergi tempat kerja je hehehe boleh la masukkan dalam wish list 2020 nanti. 

 
 
 

Kesimpulannya, pencapaian target wish list untuk tahun 2019 ini berjaya dicapai sebanyak 40% sahaja. 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...