Wednesday, November 6, 2019

Celebrate Birthday Mama


Celebrate Birthday Mama| pada 03.11.2019 merupakan hari lahir mama kita yang ke 56thn. Macam biasa mesti kena sambut cuma this year sambut kat rumah je. Last year sebelum bersalin kami sambut di Port Dickson.
 
Kek sponsored by Angah.
 
Dah menjadi satu acara wajib bagi kami menyambut hari kelahiran kedua ibu bapa, masa mereka ada ni la kita kena hargai masa-masa yg ada dengan mengadakan acara sebegini selain dari dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Hari biasa masing2 sibuk dengan urusan duniawi, kadang-kadang tak jumpa pun adik beradik yang lain serentak. Masa berkumpul ni la baru nampak batang hidung memasing.
 
Sebagai kakak sulung memang tanggungjawab Asha la kena planning majlis ni dengan jayanya. Takde kakak tak berjalan la majlis ni, biasa la adik-adik kan nak decide beli makanan pun kena verified dgn kak long dulu.
 
Tapi tu la, tiap-tiap tahun kekadang Asha rasa macma menu yg sama je hahaha, dan kebiasannya semua makanan adalah yg dibeli, tak pernah yg kami masak sendiri. Tapi kali ini untuk side Asha telah memilih untuk masak je pasal buntu tak tau nak bawa apa.
 
Asha masak dua bungkus bihun kot, banyak pula untuk 8 orang makan. Bihun rencah udang dgn fish ball.
 
pizza baru ni rasa kurang umph.
 
chicken wings
 
sate menu wajib family kami
 

Menu kami tak banyak pun tapi kenyang la juga, satay adik no. 3 beli, pizza hut dan chicken wings adik no.2 dan bongsu yg beli.
 
Memandangkan adik no.2 dah decide awal-awal nak beli kek dan pizza manakala adik no.3 pula decide nak beli sate so Asha dng adik yg bongsu dah blur tak de idea nak bwk makanan apa.
 
So Asha decide nak goreng mee or bihun je dan bagi idea kat adik bongsu tu share dgn angahnya beli chicken wings pizza hut je baru ngam makan dengan bihun.
 
Sebelum majlis bermula abah baca doa selamat dulu
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh abah kami selepas abah pulang dari masjid menunaikan solat maghrib.

 kami nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu pada mama.

Lepas tu potong kek sama-sama, mama kata sambut sekali dengan ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 34 tahun. Lor..tak ingat pun dan Asha prepare hadiah satu je la untuk mama huhuu.

Cucu kesayangan yang paling nakal dan kuat pot pet. Semua gambar ada muka dia je, tak boleh nak bagi atuk dengan nenek berdua je kat situ hehehe.
 
perunding acara cilik suruh atuk suap nenek kek.

lepas tu nenek pula suap atuknya kek.
 
dah selesai majlis baru adik bangun.
 
Kami adik-beradik doakan semoga mama dan abah dirahmati, dipanjangkan usia mereka, diberi kesihatan yang baik dan jodoh berpanjangan hingga ke syurga. Amin.
 
 

Nota Kaki: next bln 1 plan birthday abah pula huhuuu, in before birthday asben dan si kecil tu genap setahun bln 12 pula ayoyoyo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...