Tuesday, February 19, 2019

Kisah Seram disebalik pembinaan Victoria Bridge Kuala Kangsar

Kisah Seram disebalik pembinaan Victoria Bridge Kuala Kangsar | Destinasi terakhir yang kami tuju di Kuala Kangsar ini adalah jambatan Victoria yang merupakan jambatan keretapi tertua di Malaysia yang terletaknya di Pekan Karai, Kuala Kangsar, Perak.

Dari Pekan Kuala Kangsar nak sampai ke sini mengambil masa sekitar 20 ke 30 minit juga, tak susah pun nak sampai sini. Sebelum nak masuk simpang tu dah nampak signboard jadi senang sikit la tak perlu tanya orang.

Peminat photographer dan kaki posing anda harus datang kesini utk shoot.

Sejarah Victoria Bridge

Jambatan keretapi ini telah dibina merentangi Sungai Perak dan siap pada tahun 1900 yang lalu. Bermakna  usia  jambatan ini sehingga entri ini ditulis telah mencecah 119 tahun usianya. Mesti korang nak tahu kenapa nama jambatan ini diberi nama Victoria bukan? Dengar kabo nama Victoria ini diambil bersempena dengan nama Ratu Victoria yang memerintah England pada waktu itu.

Jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Idris Mursyidul Azam Shah bersama-sama Engineer Keretapi yang bernama G.W. Fryer  & C.R.Hanson


Bawa budak-budak kenit ni tak boleh nak adventure sangat amik gambo atas landasan keretapi tengah-tengah tu

We all sampai sini memang tak sangka landasan keretapi lama ini sedikit merbahaya sebab tengok orang berfoto kat tengah-tengah landasan tu macam rilek je, sekali pergi tengok gayat juga bawahnya jalan raya dan sungai. Asha pula masa tu pakai wedges yang agak tinggi juga dan takut pula kalau tiba-tiba terkelecek.
Beranikan diri masuk kedalam sikit untuk berfoto, bukan senang nak mai sini lagi. Tengok bawah ada kereta lalu seram juga tu pasal Asha pegang tiang.

Tapi sebenarnya kerajaan negeri dah buatkan laluan pejalan kaki disebelah kiri jambatan lama ini untuk kemudahan orang kampung lalu lalang menyeberangi sungai tapi bagi Asha still lagi bahaya pasal banyak motorsikal lalu-lalang disitu. Jadi kami tak dapat la menikmati pemandangan Sungai Perak (Sungai kedua terpanjang di Semenanjung) ini.

Jambatan keretapi lama ini juga kini tidak lagi berfungsi sebab landasan yang baru telah dibina bersebelahan dengan landasan keretapi yang lama ini.


Ambil juga la foto bapa kepada dua orang anak ni ha sebagai kenangan. Fateh la paling teruja, nampak je landasan ni dia sebut keretapi la.

Untuk pengetahuan korang juga jambatan ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Zombi Kampung Pisang kalau korang ingat la dimana si Awie berlari-lari atas jambatan ini selepas dikejar dek zomba(zombi).

Kisah Misteri Victoria Bridge

Menurut kepercayaan penduduk tempatan pula, dikatakan tiang-tiang pasak yang dibina pada jambatan keretapi lama ini terdapat satu kisah misteri dimana orang-orang British telah mengorbankan seorang wanita dan mayat itu pula disimen pada salah satu tiang pasak yang terpilih. Ha...macam cerita seram Conjuring pula tanam mayat pada dinding. Wallualam...hanya sekadar mitos sahaja barangkali. (sumber: Libur)

Entri sebelum ini klik link:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...