Tuesday, October 15, 2019

Beauty Review | Korean Spa Facial Treatment by ASTAR

Beauty Review | Korean Spa Facial Treatment by ASTAR

                                             
Anda gemar melakukan rawatan di Spa?
Tiada masa untuk ke Spa?
Rawatan muka memakan masa yang lama?

Penyelesaiannya ...

Astar Spa Facial Treatment


Setanding Rawatan di Spa

Kelebihan Spa Facial Treatment Astar ini adalah anda hanya perlu melakukan perawatan wajah ini sendiri di rumah dan masa yang diperlukan pun hanya 30 minit sahaja untuk anda mendapatkan wajah yang berseri-seri bak selebriti Korea.
Bahan-bahan yang terkandung didalam pek ini semuanya mengandungi bahan LufaCare yang dihasilkan bagi menyelesaikan masalah kulit secara semulajadi bagi menggalakkan peremajaan kulit, penjanaan semula sel yang sihat, penghasilan kolagen dan banyak lagi. Dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan organic seperti ekstrak buah-buahan dan bunga-bungaan. 
Untuk pengetahuan, LufaCare merupakan bahan hasil kajian Dr Park Young-oh dari Korea tau. Hasil kajian beliau berasaskan pengetahuan beliau dalam perubatan tradisional Korea dan berpengalaman sebagai pakar bedah kosmetik Korea yang terkemuka. Wow hebatkan, so tak perlu ragu-ragu menggunakan produk ini.

muka sebelum melakukan rawatan.
  
Ikuti Tiga Langkah Mudah di bawah;



soft peel gel disapu rata pada keseluruhan wajah kecuali dibahagian mata dan bibir.

Langkah 1: Soft Peel Gel

bertindak menanggalkan lapisan sel kulit mati dengan gabungan enzim canggih dan peptida. Ini kerana, sel kulit mati yang dah lama berkubur dalam kulit muka kita ni jika dibiarkan lama serta tidak dirawat boleh menyebabkan kulit muka kelihatan kusam dan keras.

Cara Penggunaan: Cuci muka bersih-bersih kemudian sapukan soft peel gel pada keseluruhan wajah kecuali di bahagian mata dan bibir. Biarkan selama 30 saat kemudian urut perlahan sehingga butir-butir kekotoran sel kulit mati kelihatan.

Durasi pemakaian: 1 minit

Dalam tempoh seminit itu memang boleh rasa tindak balas soft peel gel ini menyengat-nyengat kat muka tapi  selepas 1 minit anda mula dapat merasakan tekstur kulit muka menjadi semakin lembut dan nampak cerah. Sejujurnya memang boleh nampak perbezaan tau.

Bahan: LufaCare Solution, Ekstrak Bunga Hibiscus Sabdariffa, Ekstrak Buah Ananas Sativus (Nanas), Ekstrak Brassica Oleracea Italic (Brokoli), Sodium Hyaluronate, Ekstrak Buah Illicium Verum (Jintan Manis)



rest seminit

selepas ,muka dicuci

Langkah 2: Deep Pore Cleansing Oxygen Mask 

berfungsi membersihkan kulit muka daripada makhluk-makhluk halus seperti bakteria, pencemaran udara, minyak berlebihan dan kotoran yang menyebabkan liang roma tersumbat. Selain itu, ia juga berfungsi menjadikan kulit muka lebih cerah bersih dan sihat.

Langkah 2 - Deep pore Cleansing Oxygen Mask

Cara Penggunaan: Tempekkan mask ke muka perlahan-lahan dan anda akan dapati buih-buih pada mask akan mula terbentuk. Apabila buih terbentuk sepenuhnya lebih kurang 10 minit tanggalkan. Lapkan lebihan buih pada muka kemudian bilas dengan air.

Durasi pemakaian: 10 minit

Bahan: LufaCare Solution,Ekstrak Buah Ananas Sativus (Nanas), Ekstrak Buah Carica Papaya (Betik), Ekstrak Brassica Oleracea Italic (Brokoli), Ekstrak Bunga Anthemis Nobilis 

 pertama kali pakai mask yang mengeluarkan buih yang banyak.


Nampak tak buih-buih pada mask tu, makin lama makin tebal tau buihnya macam sponge.

lepas tanggalkan mask, lebihan buih tu Asha sapu-sapu rata seluruh wajah sebelum dibilas.


Langkah 3: Intense Hydration Collagen Mask

mengandungi gabungan kompleks pelembap berpaten, ekstrak tumbuhan dengan tindakan anti-penuaan dan kolagen terhidrolisis. Intense Hydration Collagen Mask ini memberikan kulit anda segala kelembapan dan khasiat yang diperlukan supaya kulit sihat, segar dan berseri-seri. Serius memang instant glowing tau.

 Langkah 3 - Intense Hydration Collagen Mask 


cak...takut tak.

Cara Penggunaan: Lekapkan mask ke atas muka dan biarkan ia pada muka untuk lebih kurang 20 minit kemudian tanggalkan. Ratakan esen lebihan pada kulit muka anda dengan kaedah menepuk. Jangan lupa bilas.

Durasi pemakaian: 20 minit.

Bahan: LufaCare Solution, Ekstrak Buah Ananas Sativus (Nanas), Ekstrak Brassica Oleracea Italic (Brokoli), Sodium Hyaluronate, Ekstrak Bunga Hibiscus Sabdariffa, Ekstrak Bunga Camellia Japonica.
see instant glowing kan?


Hasil sebelum dan selepas. Memang nampak glowing. Unedited foto tau dan tanpa tempek bedak yek. Original naked face.

Produk ni memang awesome sangat. Nak kesan lebih hebat kena la pakai seminggu dua kali tau baru lah boleh cun macam Lisa Black Pink gitu.

 Mana Nak Dapat Produk Awesome ni?

Astar/Adway merupakan satu produk kesihatan dan kecantikan yang bertaraf antarabangsa. Produk-produk ini boleh didapati di negara-negara seperti berikut;
  •  North America-USA & Canada,
  •  Oceania- Australia & New Zealand
  •  Europe- UK
  •  Asia - Singapore, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Japan & Korea.
atau layari https://adwayworld.com/ untuk maklumat lanjut.

Harga Spa Facial Treatment

Harga untuk satu set treatment ini RM85 (kalau bukan ahli), untuk harga ahli around RM75 je. Kalau korang nak dapatkan produk ini pada harga murah kena la join ahli atau pun boleh beli melalui Asha je.

Selain dari produk ini ada pelbagai lagi produk kesihatan dan kecantikan lain yang dijual oleh Adway Astar ni, kalau produk Spa Facial Treatment pun dah awesome apatah lagi produk-produk yang lain kan.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...