Tuesday, February 12, 2019

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar & Kisah Rumah Lama

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar & Kisah Rumah Lama | Masih lagi dengan kisah jalan-jalan di sekitar Kuala Kangsar, entri sebelum ini boleh klik >> pasar-stesen-kuala-kangar <<

Setelah puas mengisi perut dan jalan-jalan di sekitar Pasar Stesen Kuala Kangsar kami meneruskan misi kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Masjid Ubudiah pula.


Setiba je diperkarangan Masjid Ubudiah Asha terus je snap foto diluar perkarangan masjid ini. Tidak dinafikan seni bina Masjid Ubudiah ini sangat cantik. Rekaan kubah emas dan menara masjid yg dibina pula adalah bukti seni bina Islam yang banyak dipengaruhi seni bina Islam-India. Untuk pengetahuan anda Masjid Ubudiah juga dikenali sebagai Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja. 

RUMAH LAMA BUKIT CHANDAN

Ada lagi satu tempat bersejarah yang mungkin tidak ramai yang tahu iaitu terdapat sebuah rumah  agam lama yg agak usang tetapi masih lagi cantik tersergam indah dengan mengekalkan ciri-ciri rekaan rumah melayu lama berhampiran dengan Masjid Ubudiah. 

Untuk pengetahuan anda juga rumah agam ini merupakan kediaman keluarga Sultan Perak yang ke-28 iaitu Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah.

Suami berfoto kenangan dengan anak-anak. 

Rumah ini juga dikenali sebagai Rumah Baitul Annur yang dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini  pada tahun 2019 rumah lama ini sudah pun berusia 107 tahun.

Kami berfoto diluar sahaja tak berani nak masuk kedalam kerana bawa anak-anak kecil jadi faham-faham sahaja rumah dah lama tinggalkan.

Signboard Baitul Annur ni nampak baru.

Tapi sayangnya rumah ini seperti dibiarkan begitu sahaja. Harap ada pihak-pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu seperti galeri pameran disini supaya dapat menarik lebih ramai lagi pelancong dalam dan luar negara kerana bangunan ini mempunyai nilai estetika yang unik dan tinggi lebih-lebih lagi rumah lama ini adalah milik bekas keluarga Diraja Perak.

Sebelum kami meneruskan destinasi kami yang terakhir kami singgah sebentar untuk berfoto kenangan di hadapan Istana Iskandariah.

Tidak dapat berfoto didalam atau diperkarangan Istana kat luar pintu pun jadi la.

1 comment:

AzlindaAlin Bicara Mummy said...

klasik rumah ni, akk tunggu anak besar baru nak pi tempat bersejarah. Anak-anak akk ni penakut sket skrg. Takut nangis je tengok tempat bersejarah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...