Sunday, April 8, 2018

D.I.Y | Sink Curtain

D.I.Y | Sink Curtain - Dah sebulan pindah umah sewa baru, bila pindah umah sewa baru ni barang-barang kelengkapan umah pun ada la tambah yang baru kan. Kalau duduk umah sewa ni memang tuan umah akan bagi kelengakapan yang basic aje la, jangan kau harap ada kabinet kitchen yang lengkap gitu. Walaupun begitu, tidak semestinya kita tak boleh nak hias-hias cantik umah sewa kita tu kan. Jadinya Asha pun gigih la mencari idea di internet untuk ubah suai menutup sinki bawah dapur tu ha. Umah sewa yg sebelum ni Asha pasang langsir je tapi umah sewa yang baru ni tak boleh nak paku sebab ada tile, tu yang Asha kena fikirkan idea lain untuk tutup bawah sink ni. Survey punya survey terjumpa satu blog ni d.i.y bawah sink dia pakai shower curtain je, rasa tertarik sebab nampak mudah, kemas dan cantik. Kebetulan area office ada kedai Mr. D.I.Y, bila ada masa terus je cari barang-barang tu kat situ. 

Barang-barang yang diperlukan almost ada kat Mr. D.I.Y tapi tu la shower curtain tak banyak choice. Yang kira lawa tinggal design yang atas ni je, ngam pulak tu dengan tikar getah. Memang saje cari warna hijau biar sejuk mata memandang, menyewa pun kat kawasan kampung, buka pintu dapur je memang nampak kebun yang penuh kehijauan, dengar bunyi ayam, burung-burung berkicauan memang nyaman je rasa, tu yang Asha suka duduk kawasan kampung, bila balik kje je hilang stress bila masuk umah. Tengok pula batu-batu sungai warna hijau kat tikar getah dan shower curtain ni lagi la terasa nyaman, rasa macam duduk belakang sungai pula, walaupun rumah kami memang dah hampir dengan sungai tapi sungai yg tak boleh mandi la hihii. Oleh sebab itulah Asha pilih warna dan design kehijaun ni, nak masak kat dapur pun rasa lapang dan nyaman je, barulah rajin ke dapur selalu hahaha.

Barang-barang yang diperlukan untuk sink curtain d.i.y ini 3 barang utama sahaja iaitu, Curtain bar atau curtain rod, penyangkut berpelekat, dan shower curtain. Lain-lain barang tambahan adalah gam uhu.

Mula-mula tampal dahulu penyangkut berpelekat ni, Asha tambah gam uhu nak bagi kukuh lagi. Kena cari hook yang lebar dan bersesuaian supaya boleh tampung curtain rod nanti. Tunggu sampai gam kering dan betul-betul kukuh, sementara tu boleh la siapkan sink curtain tu kan.

Mula-mula kena ukur dulu labuh curtain yg dimahukan pada sinki dan curtain, lepastu potong sikit sebab shower curtain tu sah-sah la labuh. Tapi Asha potong sikit je, selebihnya Asha lipat dua dan jahit cantum sebab design curtain yg Asha pilih ni warnanya jernih so boleh nampak barang-barang disebalik curtain ni. Dah potong dan lipat dua tu Asha pin terlebih dahulu dengan jarum peniti sebelum dijahit. Sebaik-baiknya lipatan tu elok cantumkan ngam-ngam atas line hook tu baru kemas.

Dah pin kemas-kemas barulah boleh jahit.

Memandangkan curtain ni material jenis macam plastik bukan kain so nak jahit tu tak payah lipat kelim pun sebab tak berbulu.  Kalau anda xde mesin jahit pun boleh buat juga tau. Boleh jahit tangan je, jahit jelujur, tak pun gam hahaha.

Dah siap jahit kita pasangkan hook yang telah disediakan. Sebab tu mudah guna shower curtain ni, semua dah siap.

Sediakan curtain rod, curtain rod yg Asha beli ni memang khas untuk shower curtain tau dan kelebihannya boleh dilaraskan panjangnya. Size pula Asha beli yang paling panjang iaitu 260cm, harga pun tak mahal dalam RM9.90 je dan ianya ringan. Ada banyak kegunaan curtain rod ini tau kalau korang kreatif diantaranya:

boleh sangkut sudip.

sangkut kasut tumit

untuk aksesori dan banyak lagi tau.


Masukkan hook yg telah dipasang pada curtain ke dalam rod. Lepas tu boleh la sangkut bawah sink.

Lihat hasil sebelum dan selepas.


Baru nampak kemas sikit, yang paling penting kalis air, kalau kotor atau berminyak boleh lap aje.

Total cost(anggaran):

Shower curtain - around RM10.00
Rod - around RM9.90
Hock Sticker - around RM2.00x2=RM4.00

TOTAL: RM23.90



1 comment:

adianiez AIDA said...

Kreatif.
Nak nampak cantik & kemas, memang kena fikir luar kotak skit ekk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...