Friday, November 17, 2017

Dapatkan Harga yang Berbaloi untuk Percutian yang Terindah



Dapatkan Harga yang Berbaloi untuk Percutian yang Terindah | Cuti sekolah sudah semakin tiba, sudah pasti ramai yang tengah merancang percutian untuk keluarga bukan. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam merancang percutian, perkara utama sudah tentulah bajet. Kemudian pemilihan destinasi pula samada di dalam negara atau di luar negara, bila sudah memilih destinasi percutian perkara lain yang perlu difikirkan pula sudah semestinya pengangkutan apa yang sesuai, selesa dan berbaloi untuk sampai ke destinasi percutian. Jika anda memilih pengangkutan jenis udara, korang mesti pening nak pilih syarikat penerbangan mana yang terbaik dan berbaloi.




Bagi Asha dan suami pengangkutan jenis udara dari Malaysia Airlines adalah pilihan yang terbaik setakat ini. Ini berdasarkan pengalaman kami sendiri yang pernah menaiki Malaysia Airlines beberapa tahun yang lalu, semasa kami pergi bercuti ke Bali. Bagi suami pula, kekerapan bertugas diluar negara membuatkan suami lebih suka memilih penerbangan dari Malaysia Airlines ini. Hal ini kerana, perkhidmatan layanan yang diberikan, dari cara mereka melayan penumpang, memastikan penumpang merasa selamat, memastikan penumpang selesa, menyediakan makanan yang lazat dan terbaik, memberikan satu pengalaman penerbangan yang hebat dan ini semua merupakan cerminan kehebatan operasi Malaysia Airlines! Tidak hairanlah Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan yang diiktiraf, malah mendapat anugerah di peringkat Antarabangsa.




Untuk pengetahuan korang, Malaysia Airlines pernah menerima Pensijilan Penerbangan 5-bintang di Anugerah Penerbangan Dunia™ SKYTRAX 2013, telah menyertai kumpulan elit bagi produk dan servis yang konsisten dan berkualiti tinggi. Kita sebagai rakyat Malaysia yang datang dari sebuah negara kecil, yang kaya dengan budi bahasa seharusnya berasa bangga dengan harta kekayaan kita. Malaysia Airlines ini milik kita, milik semua, milik rakyat Malaysia, dan Malaysia Airlines juga mewakili duta kecil negara yang menjulang tinggi nama Malaysia.



Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Seperti yang anda ketahui sektor pelancongan merupakan penyumbang ekonomi terbesar di Malaysia.

Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Jangan tak tahu, simbol atau lambang wau Kelantan pada kapal terbang merupakan simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia.





Taraf penerbangan Malaysia Airlines adalah bertaraf lima bintang. Dan Malaysia Airlines juga menawarkan beberapa jenis kelas kepada penumpang untuk menikmati perjalanan ke destinasi dengan kadar keselesaan yang berbeza mengikut harga. Bagi kelas ekonomi, Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Favourite Spot yang membolehkan penumpang di Kelas Ekonomi menempah mana-mana tempat duduk yang diinginkan. Perkhidmatan Favourite Spot tersedia untuk tempahan dalam talian sahaja. Penumpang juga boleh memilih tempat duduk yang diingini secara percuma 48 jam sebelum waktu berlepas di bahagian daftar masuk dalam laman web rasmi Malaysia Airlines. Tempat duduk Kelas Ekonomi Malaysia Airlines terbahagi kepada dua jenis, iaitu Tempat Duduk Premium dan Tempat Duduk Standard. Tempat Duduk Premium terletak di beberapa barisan hadapan dan berdekatan dengan pintu kecemasan, manakala selebihnya merupakan Tempat Duduk Standard. Penumpang Kelas Ekonomi akan merasai pengalaman penerbangan yang menarik dengan ruang letak kaki tambahan, peruntukan bagasi 30 kg dan hiburan dalam penerbangan. So kalau korang amik kelas ekonomi pun korang still boleh buat dua pilihan mengikut keselesaan dan budget korang.




Bagi kelas perniagaan pula disediakan dengan ruang tempat duduk yang luas dan boleh dicondongkan 180 darjah dengan mudah sehingga menjadi rata sepenuhnya, penumpang Kelas Perniagaan akan menikmati perjalanan dengan keselesaan maksimum. Hiburan dalam penerbangan yang lengkap dengan filem, program siri televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran turut disediakan kepada penumpang Kelas Perniagaan, selain keistimewaan semasa daftar masuk. Semua penumpang Kelas Perniagaan layak mendapat peruntukan dua bagasi berdaftar dengan jumlah berat sehingga 40 kg. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan mendapat akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines. Di situ, mereka boleh mandi, mendapatkan minuman atau menyiapkan urusan kerja dengan menggunakan WiFi percuma sementara menunggu penerbangan seterusnya. So kalau anda nak lebih selesa bolehlah ambil kelas perniagaan . Memang layanan terbaik.




Bagi Penumpang Kelas Pertama yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpeluang menikmati perkhidmatan ruang istirahat istimewa Malaysia Airlines. Sama seperti penumpang Kelas Perniagaan, penumpang Kelas Pertama juga boleh menunggu waktu memasuki pesawat dengan merehatkan diri di ruang isitirehat eksklusif, Golden Lounge. Sebaik penumpang sudah menaiki pesawat, penumpang Kelas Pertama boleh duduk dengan selesa di tempat duduk yang mempunyai ruang letak kaki yang luas serta boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk menambahkan keselesaan dan keseronokan penerbangan, penumpang juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan muzik sepanjang penerbangan. Kemudahan E-pembelajaran yang lengkap dengan fungsi tapis bunyi di fon kepala masing-masing turut disediakan. Untuk penerbangan yang lebih berbaloi, jom click sini untuk dapatkan Malaysia Airlines promosi terkini .

Oh ya, kebetulan pada 21.11.17 ni Asha dan suami akan pergi bercuti dan sudah pasti kami memilih Malaysia Airlines untuk terbang dengan selesa ke destinasi percutian kami. Tak sabar rasanya lagi-lagi bawa si kecil kami Fateh, ini pertama kali Fateh nak naik kapal terbang tau, selalu tunjuk kapal terbang lalu di langit. Kali ini kami nak realisasikan impian Fateh untuk terbang bersama Malaysia Airlines.

Fateh dah tak sabar la nak naik Aeroplane.

3 comments:

Yoorin said...

Selesa lagi naik mas kan.. makanan pon dalam pakej kan? Tak yah nak add on.

Asha Raimi said...

Selesa sgt, luas sikit. Takde charge tersembunyi. Baggage up to 30kg boleh bwk periuk belanga bagai hahaha.

Azlinda Azman said...

pernah 2x naik MAS, memang best !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...