Monday, October 23, 2017

Kasut Cantik Menawan Hanya Di Hypershoe KIP Mall, Bangi.

Cuti sekolah sudah semakin hampir, confirm banyak undangan majlis perkahwinan sana sini. Selain  sibuk mencari baju baru untuk digayakan pada majlis kenduri kahwin, Asha juga sibuk mencari kasut yang cantik dan sesuai untuk dipadankan dengan baju nanti.

Hujung minggu yang lalu Asha dan suami serta anak kecil kami ke KIP Mall Bandar Baru Bangi, kebetulan kedai kasut Hypershoe ada buat majlis perasmian pembukaan kedai baru masa tu. Dari luar kedai dah nampak menarik dan meriah lalu kami pun singgah masuk.









 Mix Point - Men Shoes terdiri daripada beberapa jenis koleksi kasut seperti Men Boot, Men Canvas, Men Casual, Men Formal, Men Moven, Men Sandal and Men Sport. Kasut jenis kasual seperti foto diatas ini amat sesuai untuk lelaki yang sangat menjaga penampilan diri.  Rekaannya yang nampak kemas tetapi santai sesuai digayakan untuk aktiviti semi-formal.




Oleh kerana rekaannya yang menarik, maka suami Asha pun tertarik nak grab sepasang kasut Mix Point warna Black/Grey ini. Memang warna kegemaran dia Black & Grey ini, katanya warna maskulin ni. Harga pun berpatutan tau, harga sepasang kasut ni RM49.99 je murah kan.


Mix Point Sport - Men Shoes pun tak kurang hebat juga, ada pelbagai jenis kasut sukan untuk lelaki disini. Pilih je yang mana-mana yang pasti ianya tidak mengecewakan anda.



Mix Point Sport - Women Shoes merupakan koleksi kasut sukan untuk para wanita dan gadis yang aktif. Boleh dipakai untuk bersukan, jogging dan santai juga.


Vetini - Women Flat Shoes sesuai untuk gadis-gadis lincah dan tak kurang juga untuk mommies yang ada anak kecil, senang nak berlari-lari kejar anak kalau pakai kasut jenis ini.

Vetini - Women Sandal sangat sesuai untuk akak-akak yang nak cepat ke pasaraya terus sarung je. Rekaannya yang simple, selesa dan tak berat, soft je kat tapak kaki memang sesuai pakai kalau nak berdiri lama-lama dalam pasaraya tu. Maklumlah akak-akak kalau nak pilih barang memang lama betul tak.


Vetini - Women Wedges yang ini merupakan design kegemaran Asha. Boleh dikatakan Asha banyak kumpul kasut jenis wedges ini. Ha... cuba tengok design yang lain untuk kasut jenis ini kat sebelah kanan cermin dalam foto atas ni. Rambang mata dibuatnya, memang lama Asha berdiri kat situ. Akhirnya dapat juga pilih sepasang warna Blue. Sedap pakai, lembut dan ringan.


MP Kids - for Girls koleksi untuk gadis-gadis cilik pun tak ketinggalan juga tau. Banyak warna-warna ceria seperti warna pink ha...warna kegemaran Asha ni tau, sama warna dah dengan baju. Nasib baik tak muat sarung kalau tidak dah grab juga sepasang ni hihiii. 


MP Kids - for Boys boleh tahan juga koleksi untuk budak lelaki nih. Ada boot, sandal, casual & sport shoes. Boleh belikan satu untuk Fateh nanti especially kasut boot tu nampak bergaya kalau Fateh pakai.



MP Kids - School selain itu ada jual kasut sekolah juga tau kat Hypershoe ni. Harga semua berpatutan.


So apa tunggu lagi korang...jom singgah Hypershoe KIP Mall Bandar Baru Bangi yang beralamat di:

Lot M-02, M-03, M-04,M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No. 1, Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, 
Bandr Baru Bangi, 43650 Selangor.

Untuk pengetahauan anda ada 32 cawangan kedai kasut Hypershoe ni tau dan ianya telah lama beroperasi sejak dari tahun 1996 lagi. Untuk maklumat dan keterangan lanjut anda boleh layari;








5 comments:

Amanda Suria said...

Semua kasut tu cantik la...especially woman shoe tu kan...

Asha Raimi said...

Semua cantik2 sis SA. Rambang mata nk pilih.

Ana Suhana said...

Cantik juga kasut2 Hypershoes ni ye. Harga pun mampu milik. Boleh lah nak cari kasut dekat sini nanti. :)

Azlinda Azman said...

dapat sepasang kasut yeay..cantik pulak tu !

yoorin melacolea said...

lawa sha kasut dia.. nampak selesa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...