Kebetulan suami nak keluar beli barang makanya kita minta tolong asben buatkan salinan surat beranak kat kedai fotokopi. Selain dari itu, ada la dokumen2 lain yg kita mntk fotokopi sekali.
Setelah beberapa jam menanti, asben pun hulur la dokumen2 yg kita minta tu, alih-alih surat beranak kita hilang, malah yg fotokopi punya pun x de. Adeh...rs nak nangis time tu, tido malam pun x lena mengenangkan macamana nak submit form keje lau surat beranak even yg salinan pun xde.
Dah tak boleh nak lelap tu kita google la internet cari info macamana nak buat surat beranak baru. Alhamdulillah...jumpa la beberapa blog entri pasal buat surat beranak baru bagi yg dah kehilangnnya, lega sangat. Malam tu juga sms mama kita bgtau nak buat surat beranak baru esok paginya dan minta mama tolong jagakan Fateh kejap.
Esok pagi-pagi tu hantar Fateh, kononnya terus nak buat surat beranak baru tup...tup...mama bg surat beranak kita yang fotokopi. Alhamdulillah...tak jadi nak buat surat beranak yg baru pada hari tersebut. Terus ajak abah tolong hantar ke rumah Penghulu Kampung untuk cop dan sign sijil-sijil yang dah di 'compile'. Maka, keesokan harinya dah boleh terus submit form kerja ke MPKJ.
Lusanya la baru kita pergi buat surat beranak yang baru kat Jabatan Pendaftaran Negara, Perhentian Kajang. Alang-alang nak ambil myKid Fateh tu kira sekali la buat semua urusan.
Langkah-langkah nak buat surat beranak yg baru akibat hilang/rosak;
1-Mula-mula kena pergi kaunter ambil no giliran dulu yek. Kat kaunter tu nanti kena bagi IC dan bgtau urusan apa kita nak buat kat sini. Jangan lupa kena bawa salinan IC. Kalau tiada boleh fotokopi kat kedai fotostat area JPN.
2-Lepas dah ambil no giliran, staff yg bertugas kat kaunter tu akan bg satu borang untuk diisi seperti gambar dibawah;
Muka depan
Muka belakang
Isi yang mana perlu dan yang anda tahu sahaja. Tak perlu risau sebab actually JPN memang dah ada semua detail info data korang dalam sistem pun sebenarnya.
3-Bila nombor giliran dah naik, serahkan borang yg sudah diisi tu kepada pegawai yg bertugas.
4-Lepas tu dia akan bagi satu slip untuk datang ambil surat beranak yang dah siap tu nnt. Tempoh yg diberikan adalah selama 2 minggu dari tarikh permohonan. Gambar seperti dibawah;
Masa dapat slip ni tak perlu bayar apa-apa fee lagi pun tau.
5-Sepatutnya selepas 2 minggu dah boleh ambil surat beranak tu tapi kita ambil selepas 4 minggu dari tarikh permohonan. Pergi kat kaunter ambil nombor giliran terlebih dahulu dan serahkan slip kat atas ni bersama IC anda.
6-Tunggu nombor giliran dipanggil.
7-Bila nombor giliran dah naik, pergi ke kaunter pengambilan sijil beranak dan kena buat pembayaran terlebih dahulu sebanyak RM5.00 sahaja, so tiada charge denda kehilangan sijil beranak. Contoh resit pembayaran seperti dibawah;
8-Lepastu, anda akan diminta untuk duduk terlebih dahulu sementara menunggu pegawai yg berurusan dgn anda tu pergi mencari sijil beranak anda yg dah siap dalam drawer penyimpanannya.
9-Setelah sijil beranak anda dijumpai anda akan diminta untuk tandatangan dalam buku rekod sebagai bukti yg anda sudah mengambil sijil beranak anda.
Tara...ini la sijil beranak kita yg baru, dah sm dgn anak punya pulak. Kalau anda perasan kat colum umur bapa tu x de sbb ikut surat beranak style dolu2 punya pun mmg takde, sekarang je baru ada. Yg lain semua sama, mmg diorang dah ada rekod data kita dah semua tu. Tapi part yg Pemaklum tu je kita conpius sikit, ikut surat beranak lama mmg takde colum Pemaklum tu tp sijil beranak jenis baru ni ada maka tertera la nama pakcik kita pulak kat situ sebagai pemaklum.
Sekian. Hope dengan entri ini dapat membantu anda diluar sana.
Nota: 15-3-19 - memandangkan ramai yg inform depa buat surat beranak baru tak sampai sejam siap tu depends pada tempat JPN masing-masing hokay. This entri post pun da berapa tahun punya, harap maklum. Sila komen yang murni-murni atau yang boleh membantu readers yg lain sahaja. Sekian terima kasih.
60 comments:
bagus info ni... surat beranak baru...lawa...hehehe...
Hehee tu la. Lawa sikit dr yg lm.
hahaha..besar pulak tu.. mak aku punya dulu pon hilang..so masa nak daftar masuk msu dulu buat surat beranak baru jugak..kecik sikit la dari ni..budak sekrg punya yg besar,.mujur ada mykid..senang nak bawak kesana sini
Tula. Besar. Takut tertukqr dg ank je huhuu. Kalo x de keperluan x de aku buat. Takut kedepan nk guna time ank sekolah ke apa ke kan.
Assalam ashmira . Nak tanye skit ... klu surat branak hilang kne denda brpe ek ? Sy bru 1st time hilang jd tkut klu kne denda byk sgt .. lg 1 soalan ... surat beranak hilang x pyh report polis kan ? Ok thnx membantu ...
Assalam ashmira . Nak tanye skit ... klu surat branak hilang kne denda brpe ek ? Sy bru 1st time hilang jd tkut klu kne denda byk sgt .. lg 1 soalan ... surat beranak hilang x pyh report polis kan ? Ok thnx membantu ...
Wassalam...tak perlu buat report polis, terus pergi JPN je buat br. Byr denda pun x perlu. Hanya byr RM5.00 je bila collect nnt.
Bukan on the spot dapat?
Bukan on the spot dapat?
Salam , kalau surat beranak anak hilang mcmna ? Kena denda berapa ? Sebab sy nk mohon rumah ppr so kena ad lengkapkan semua .
Salam. Tak perlu buat report, bawa my kid je dn terus apply surat beranak br. Kalau bernasib baik hri tu jg siap. Boleh minta proses awl jika ada hal penting.
Tgk pd keadaan br mrk proses awl.
As salam kak. Thank you for the post. sangat membantu! Saya nak tanya satu lagi, IC tu bawak saya punya je ke (saya yg kehilangan surat beranak) ke sekali copy IC mak ayah?
Thanks kak! :)
Bwk IC yg ori dn fotokopi sekali tp yg u punya je tau dear. Parents punya x perlu.
salam.tq for the info. nak tanya kalau surat beranak hilang perlu buat report polis tak?
info yg berguna. sijil kelahiran sy cari x jumpa2. tq
info yg berguna. sijil kelahiran sy cari x jumpa2. tq
info yg berguna. sijil kelahiran sy cari x jumpa2. tq
tq sis, macmana ek kalau ni dah kali ke-2 hilang. adoii aii maknanya yg copy pun dah pernah amek dulu.
hanya perlu bawa i/c asal & salinan i/c je ke? hari tu banjir so semua dh hilang xtau reput kemana. detail surat beranak mmg xtau la yg asal hilang xsempat buat copy
Assalammualaikum,
selain bawa ic original dan fotocopy, document lain yang diperlukan apa lg?kena datang dengan parent skali if kita yg dah berkahwin?tq
Tak perlu bawa Parents, pergi seorang diri pun boleh. Hanya bawa IC shj kerana semua data maklumat keluarga mmg dah ada dlm sistem JPN. Tinggal print out Sijil baru shj malah lebih detail dr yg lama.
Dun worry. Semua data masih dlm simpanan JPN. Hanya perlu bawa IC ori dn photocopy.
Surat beranak saya hilang.. Kalau wakilkan suami yang buatkan boleh tak?
surat beranak yg original saya pun sudah hilang.Kalau budak remaja berumur 15 tahun,boleh buat yg baru punyakah?
boleh ke wakil kt org utk aplly and amik surat beranak ni?
wahh info yang sgt berguna. thanks for sharing your experience. xde la menggelabah sgt bila nk pergi buat yang baru esok. versi lama buruk nau nengoknye..nak bawak pergi interview pun malu aih
Aslamu alaikum
Asalamualaikum boleh tanye mcam mne klo surat branak tubhilang lpastu tp budatubpernah skolah kat sabah lpastu tahun 2002 budaktu balik kat indonesia dan skrang nak uruskan tu mcem mna terimakasih
Assalamualaikum saya ingin bertanya..ada sesiapa yg kenal dgn pegawai jpn putrajaya bgh surat beranak...mita jasa baek ctc email saya..t.kasih
Kalau hilang..nk buat bru..kene denda brape?
Nak buat juga surat beranak ank sbb dah hilang cari seharian tak jumpa besok kenalah pegi juga buat baru sbb sekolah nak sijil kelahiran nak daftar tahun satu..nasib sy bc blog mira nih juga tuk pengetahuan sy😅
assalamulaikum kak. saya nak tnya . klau p buat surat branak baru nak kena bwak waris dak
Assalamualaikum
Nk tnya surat beranak yg baru tu dia punya nombor sijil tu sama dengan yg lama x?
Azhar 92: salam. No sijil beranak masih yg sama.
Unknown: tak perlu waris kalau dah ada IC kecuali kanak-kanak.
Unknown: Tak perlu bayar denda, hanya perlu bayar proses pengeluaran sijil beranak shj.
SAYA NAK BUATTTT...YG BARU PUNYA BESAR MCM SIGAPORE PUNYA YG LAMA...ABG,,,AKAK SEMUANYA LAHIR DI SINGAPORE DAN BESAR BESAR SURAT BERANAK...TU PASAL TK REPUT...SAYA PUNYA JER DAH REPUT
Suami boleh buatkan untuk isteri tak?
Mencari sesiapa yg perlukan dokumen untuk buat surat beranak
Nk tnye.. klo sye nk buat mak sye pnye sijil kelahiran blh ke pgi dgn berbekalkan potostet ic.. sbb urgent nk gune
Assalamualaikum surat beranak saya hilang tapi IC belum ada lagi macam mana saya nak buat
Assalamualaikum surat beranak saya hilang tapi IC belum ada lagi macam mana saya nak buat
Salam kak..baru2 ni saya buat...dalam sejam dh siap..Alhamdulillah..
boleh..tiada masalah...sbb wakil boleh buatkan/ambilkan...janji ada photostat ic dua2 pihak..ic awk n mak..sekian
Hi, kalau sb anak hilang, boleh tak parent saje pergi ambil yg baru? Thanks
Knp di sabah kena report polis??
itu saya tak pasti lah..sbb di sini boleh terus buat saja..tidak perlu report polis bagai..pergi UTC ambil borang,isi,photostat ic, terus buat..hari itu juga dapat..laju..
mcam sy,baru buat harini sijil lahir yang hilang alhmdulilah tak smpai sejam dah siap
Kad my kids x dpt ke wt baru,sb kehulu ke hilir bwak srat branak lupe nk simpan hilang jgk.,knpla jd pelupa
Bagai mnaka surat beranak tiada taraf berapa lama mau tungu
Tq for info...sgt membantu saya.....
Salam.nk tnya saya pg ni nk p buat srat brnak.adkah nk kena denda smpai 100 ad owng cakap kna denda bnyak 2 btol ke
Kalau tmpt kelahiran di sabah tp skrg menetap di semenanjung,boleh ke buat sijil beranak baru d semenanjung je. Atau patut saya tanye d kaunter jpn shj
Sy nk buat surat beranak sebab passport dengan IC dan surat beranak sy hilang. Berapa kene ah sebab sy ni 18
Sis ? Surat beranak sy dh 2x buatt , so kalau nk buat lg kene DENDA tak ? 😰
kalau skrng charge bpe erk agak ii?🤔
Good Morning.Birth Of Certification.(Drive Menu Online & Gallery Menu Online.Personal Account And Dawn Payment Unsucbscribe And Fees.Thank You.Khairi.
Good Morning.Birth Of Certification.(Drive Menu Online & Gallery Menu Online ).Personal Account And Dawn Payment Unsucbscribe And Fees.Thank You.Khairi.
Good Morning.Birth Of Certification.(Drive Menu Online & Gallery Menu Online ).Personal Account And Dawn Payment Unsucbscribe And Fees.Thank You.Khairi.
Post a Comment