Friday, September 20, 2019

Short Vacation at Cherating, Pahang

Short Vacation at Cherating, Pahang | Bersempena dengan cuti hari Malaysia yang lalu, kami sekeluarga telah mengambil peluang yg ada ini dengan pergi bercuti dan merehatkan minda di Cherating, Pahang.

eRYA by Suria Cherating Beach Resort-foto sumber dari google.

eRYA by Suria Cherating Beach Resort

Rancangan untuk pergi bercuti di Cherating ini merupakan plan asal encik suami, dah lama sebenarnya asben teringin nak bercuti disini cuma tertangguh dek kerana plan bercuti selalu je dicaras oleh si isteri hahaha. Setiap kali beliau bagi cadangan ke sini je kita selalu menolak atas alasan tiada apa yang menarik. Cuma kali ini kita biarkan je dia buat keputusan sebab tiada idea nak kemana kalau dekat-dekat ni, dalam kepala ni banyak idea nak pi jauh-jauh je yang sebenarnya hehehe.
Bertolak dari rumah ke Cherating around pukul 10.30am, kami keluar agak lewat sikit sebab breakfast dulu dirumah dan packing barang-barang yang perlu dibawa ke hotel. Walaupun pada waktu malamnya dah packing sesiap pakaian kami anak-beranak tapi, macam biasa la...kalau boleh satu rumah nak bawa.

jalan jem jadi kami makan kepci je acik.

Macam biasa la jalan raya kalau public holiday ni memang jem teruk lagi-lagi start dari Ampang sampai la tol Gombak. Lepas je tol Gombak tu kami berhenti berehat di hentian PETRONAS Bentong. Perut pun dah lapar makanya kami isi perut dulu di KFC.


eRYA by Suria Cherating Beach Resort.

Kami tiba di Hotel Suria lebih kurang pukul 4 petang juga, memang terasa jauh pula Cherating ni sebab dah hujung-hujung dekat dengan Terengganu. Sampai je asben terus pergi ke reception ambil kunci, memandangkan asben dah booking terlebih dahulu secara online so tak lah lama sangat kami menunggu di lobi.

area lobi Suria Beach Resort yg sekarang ini lebih dikenali sebagai eRYA by Suria Beach Resort.


Jika dilihat view di bahagian lobi dan bangunan luar hotel ini agak menarik, mari kita lihat view dibilik pula. Untuk pengetahuan korang kami telah booking bilik jenis Deluxe Twin Seafront which mean bilik kami menghadap sea view.

dari pintu masuk bilik kami. Ok la nice, kemas.

ruang luas bila katil dicantumkan. Anak siap boleh guling-guling kat lantai lagi.

Tea & Coffee making facilities

Bilik air

Tapikan... towel kat sini agak kotor sikit, ada stain. Jadi Asha tak guna sangat towel kat hotel ni.

toiletries pula ada sabun, shower cap dan conditioner sahaja, conditioner tanpa shampoo rasa macam pelik je kan.

Bathtub sedikit berkerak but tak berendam pun dalam ni. 

Secara keseluruhannya apa yang Asha boleh komen kat sini keadaan bilik yang kami dapat ni boleh  tahan la, kira kalau bagi rate bintang 3 star je la. 

Untuk facilities yang ada seperti TV kami dapat TV pesen yang lama tapi dalam website tengok TV flat screen, ish macam tak puas hati pulak rasa huhuu. Lain-lain kemudahan seperti Wifi ada tapi tak la laju sangat sebab ramai orang, water heater dalam keadaan yang baik, fridge ok, aircond sejuk giler, seterika & board pun ada senang tak perlu bawa iron. Ada sediakan sejadah dan Al-Quran juga. Breakfast untuk 2 orang pun included.

voucher breakfast untuk 2 orang.

ruang entertainment, tempat letak luggage dan almari.

anak kami dua orang nasib baik muat katil ni bila dicantumkan.

meja coffee.

disebalik langsir tu nampak view laut.

boleh nampak pantai dan swimming pool.

kalau ada balcony mesti lagi best ambil angin pantai waktu malam-malam.

Warung Masakan Ibu 

Sebelah malamnya kami keluar makan malam di Warung Masakan Ibu, hanya 5 minit je dari hotel. Malas nak try makan kat tempat-tempat yang viral confirm ramai orang. Tapi kalau tengok review di blog dan website yang berkaitan dengan destinasi percutian di Cherating ini Warung Masakan Ibu ni agak popular juga terutama menu tengaharinya. Oleh kerana kami tidak berkesesempatan nak merasa lauk pauk makan tengaharinya so kami sempat dinner goreng-goreng jela disini. Jom tengok menu apa yang kami order.

orang sibuk nak makan dia sibuk nak tengok kereta atas jalan je adik ni.

sejak ada adik ni ummi asyik ambil foto adik je kan.

air minuman kami order air kelapa laut tapi terlalu manis sampai tak terasa pun kelapanya.

nasi goreng cina untuk abg Fateh tak pedas dan sedap.

nasi goreng daging merah untuk asben

untuk sendiri punya order kueh teow sup je, boleh tahan la rasanya.

Selesai makan malam kami round-round sekitar Cherating, kami sempat singgah di River Safari Kelip-kelip ni untuk bertanyakan informasi mengenai kelip-kelip ini.

River Safari Kelip-kelip


Tapi malangnya keesokan hari tu kami call nak booking boat tengok kelip-kelip dah full. Mungkin sebab last minit decide nak pergi, tiada rezeki. Nak datang tengok kelip-kelip kat sini kena call booking boat terlebih dahulu dan time trip nak tengok kelip-kelip pula start pukul 8.30 atau 9.00 malam macamtu selama sejam. 

Selesai round-round sekitar Cherating kami terus pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.

Pantai Cherating

Sebelum kami pergi bermandi-manda di pantai Cherating keesokan harinya, kami bersarapan dulu di Restoran Bunga Padi yang terletak didalam hotel Suria.
bangun tidur terus sarapan ye adik.

weols ambil nasi lemak lauk kari ayam dan sosej.

honey star untuk si Fateh

bubur nasi ayam untuk adik Fakeeh

Selepas sarapan tu terus asben ajak pergi pantai Cherating yang sebenar. Eh...yang depan hotel ni belum cukup pantai ke nak mandi hihiii. Layankan jela walaupun sebenarnya rasa malas nak keluar ketempat lain selain dalam area hotel sahaja sebab badan rasa lemau.

sampai je pantai si abang Fateh dah tak sabar nak mandi laut.

umminya malas nak mandi tapi at the end baju basah juga hahaha.

ni first time adik Fakeeh mandi laut, seronok sangat dia tengok air banyak.

terus landing atas pasir laut.

ngam-ngam dapat snap gambo air percikan ombak kat kaki abang Fateh.

siap bawa bekal susu adik tau.


 

Setelah 3 jam  melayan anak-anak mandi laut kami pun bergerak pulang ke penginapan kami pasal cuaca semakin membahang walaupun tak panas terik dek kerana awan dilitupi jerebu, takut anak-anak jatuh sakit tu yang balik tu. Sebelum balik hotel tu kami singgah makan tengahari dulu di kedai makan area situ, agak awal juga kami makan tengahari dalam pukul 12 gitu. 

Sampai je hotel kami semua mandi semula dan tidur,  Asha pula badan tak berapa sihat pasal jerebu kot asyik telan panadol je, tu yang tak dapat nak layan anak-anak mandi laut lama-lama tu. Anak-anak pula nasib baik tak demam even masing-masing kulit dah kemerahan kesan akibat mandi laut.

Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)

Dah puas tidur tu dalam pukul 3.30 terjaga, Asha ajak suami pergi minum petang kat area Kemaman pasal dah sempadan kan, teringin nak makan kepok lekor dengan otak-otak Ganu pula. 

On the way nak ke Kemaman tu asben ajak singgah ke Pusat Konservasi Penyu tapi malangnya tutup pula. Tak dapat la anak-anak tengok penyu.

Pusat Konservasi Penyu


Kemudian kami terus proceed pergi ke Chukai Kemaman, Terengganu. Tekak dah dok ngidam nak pekena kepok lekor. Mula-mula nak singgah warung Aziz Satar yang famous tu tapi terlampau ramai orang so kami jalan depan sikit ada satu lagi restoran yang menjual makanan yang sama juga itu pun ramai orang gak tapi dah tiada pilihan singgah juga la. Cuma kami tak ingat nama kedai tersebut.

Order otak-otak tapi sedikit berbeza rasa dan teksturnya dengan otak-otak kat KL ni. Tak kena dengan tekak dan macam kurang masak sikit, dapat part ikan belah ekor tu pergh...tergigit tulang dan ekor-ekornya sekali dan rasa mentah terus mati seleraku.

Sotong celup tepung ok la sedap juga tapi terlalu garing.


Keropok lekor je tak merasa sebab dah habis. Kat Kemaman ni makanan yang sangat popular adalah satar but masa pergi ni kami tak order pula satar sebab tak pernah makan so takut tak kena dengan tekak.

Dah setel minum petang kami terus bersiar-siar disekitar Pantai Teluk Mak Nik atau dikenali dengan nama Monica Bay. Apa yang menariknya disini adalah tumbuhan pokok ru nya yang cantik tersusun dan sesuai untuk mereka yang gemar berfoto lagi-lagi untuk kaki photog.  

Sampai je kat tempat ni dah penuh orang atas buai ni memang tak merasa duduk atas buai ni. (foto sumber dari goggle)

pantai kat sini nampak bersih je.


asben sibuk melayan anak sulung main buih sabun.

adik dengan ummi duduk tepi pantai je ambil angin

kami main selpi2 je kan dik.

ummi bagi adik main ranting pokok ru je.

Pantai Teluk Mak Nik ni so far nampak hidup, ada pelbagai aktiviti untuk anak-anak dan keluarga disini seperti main buih sabun, gelongsor, kuda, kereta kuda & basikal berhias, serta kereta mainan auto kanak-kanak. Masa kami datang sini pun tak ramai orang sebab hari Ahad orang-orang Terengganu bekerja so agak selesa la nak beriadah.

si abang Fateh sibuk nak naik kereta kuda, teringin ler tu.

masa mula-mula naik takut sebab abahnya tak naik sekali dengan dia, abahnya tak sampai hati nak naik pasal kuda ni kecil sesuai untuk budak-budak je. Dah ler kuda ni namanya Sofia, sah-sah ler betina.

Lepas dah naik kuda si abang Fateh minta nak naik kereta mainan auto pula. Tak pe la anak asal kamu gembira.


Kami bergerak pulang ke hotel lebih kurang pukul 6.30 petang, dari Pantai Teluk Mak Nik ke tempat penginapan kami lebih kurang 35 minit.


Aktiviti kami waktu malam pula hanya stay dalam bilik je berehat even makan malam pun room service je malas nak keluar. Sambil-sambil melayan anak-anak tu Asha belek-belek la menu hotel yang disediakan didalam bilik. Tengok menu tak tahu nak makan apa so kami decide order chicken chop je.

rasanya boleh la tahan.


Hari terakhir kami menginap disini, sebelum pulang bersarapan dahulu di tempat yang sama buat kali terkahir, memandangkan breakfast kami included so tak merasa la nak breakfast kat luar. 

macam biasa muka bangun tidur si adik.


menu sarapan hari terkahir kami disini deme masak nasi minyak, lauk kari ayam dan acar tapi acar dah habis jadi Asha ambil bihun dengan sosej.

So far menu-menu kat hotel ni terutama untuk menu sarapan pagi ini bagi Asha biasa-biasa sahaja dan pilihan makanan pun agak terhad.

Selesai sarapan asben bawa anak-anak mandi laut buat kali terakhir. Asha pula balik bilik dan packing pakaian.


Keropok Warisan Timur Cap Penyu

Sebelum bergerak pulang asben ajak singgah beli ole-ole untuk dibawa pulang so kami singgah ke kedai yang menjual keropok lekor dan pelbagai snek yang berasaskan makanan laut serta manisan.

Setiba sahaja dihadapan deretan kedai keropok lekor kami memilih untuk singgah ke kedai Keropok Warisan Timur Cap Penyu kerana kedai tersebut bukan setakat jual snek makanan laut sahaja, malahan kami juga boleh makan disitu.
si kecik ni dah mengantuk sebenarnya.

nampak pekerja kedai ni bakar satar nampak menyelerakan, bau pun sedap jadi kami try order satu cucuk tu ada 10 biji satar.

order juga keropok lekor pasal mengidam beno keropok lekor ganu punya pasal. nasib baik sedap, isi ikannya memang terasa.


Satar kat sini memang sedap walaupun first time makan, tapi kena hati-hati bila makan tu pasal dalam tu ada cili api potong tau.

isi satar, cicah dengan sos cili keropok lekor pun sedap. Menyesal order satu cucuk je.

Dah kenyang isi perut kami pun cuci-cuci mata sat di gerai-gerai yang ada disitu dan beli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang.

Asha try beli Kuih Semang ni sebab nampak macam sedap. Ingredient simple je, tepung, gula dan santan. Tapi tu la rasanya manis sangat seakan-akan rasa gula kapas. Bila masuk dalam mulut jadi keras dan melekit.

satar versi popia memang sedap. tak silap Asha popia cheese pun ada jual tapi tak pasti samada popiah satar cheese atau popiah cheese sahaja. beli dua pek memang tak menyesal beli, isi sama je dengan satar yang dibalut dengan daun tu cuma yang ni versi balut dengan kulit pastri dan lebih tahan lama kalau nak beli bawa pulang.

keropok lekor frozen, yang ni kami beli kat kedai lain, sebelum singgah ke Kedai Keropok Warisan Timur ni kami singgah ada satu kedai ni dulu tapi tak ingat nama. Sedap juga.

Dah habis membeli-belah segala jenis keropok dan snek kami pun bergerak pulang.

Kesimpulannya, pusat peranginan Cherating ini bagi kami satu tempat percutian yang agak menarik dan sangat sesuai untuk percutian keluarga kerana pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan alam semulajadi yang terdapat disini.           

                      
                 Aktiviti-aktiviti yang terdapat di Cherating ini seperti;
- Turtle Laying Egg
- Mangrove River Cruise
- Fireflies
- Jungle Trekking
- Panorama Hill
- Mencanting Batik

dan lain-lain.

                     
kedai makan juga banyak dan sedap-sedap.


Agak-agak korang tak de idea nak bawa keluarga bercuti dimana kat Cherating ni best juga, dapat tengok penyu, alam semulajadi, kelip-kelip dan banyak lagi. Kami sendiri pun rasa tak puas sebab tak dapat tengok kelip-kelip dan penyu, next time Insyaallah mesti datang sini lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...