Tuesday, March 24, 2020

Restriction of Movement Order | Aktiviti minggu Pertama

Restriction of Movement Order | Aktiviti minggu Pertama - Assalamualaikum semua....seperti yang anda sedia maklum satu dunia kini telah terkena tempias virus Covid 19 ini. Rata-rata negara-negara yang terlibat telah mengarahkan rakyat-rakyatnya untuk berkurung di rumah sepanjang tempoh RMO ini. Hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk melakukan urusan-urusan penting seperti membeli barangan keperluan keluarga. Lain-lain urusan seperti pergi bekerja atau pulang ke kampung tidak dibenarkan sama sekali apatah lagi melancong ke luar negara. 

Makanya, sepanjang tempoh berkurung ini sudah pasti semua aktiviti harian hanya dilakukan didalam rumah sahaja. Untuk hari pertama dan kedua tempoh berkurung ini Asha stay kat rumah mama dan abah dulu memandangkan suami masih lagi pergi bekerja. Sebelum kena RMO lagi memang dah plan nak stay umah parents untuk beberapa hari. Kira macam balik kampung la walaupun dekat.


hari pertama tempoh berkurung budak-budak ni berendam dalam besen mandi. Rumah parents luas dan berpagar so tak perlu risau kalau berselisih dengan jiran-jiran yg lalu.

Pulang je dari keje hari selasa tu terus tuju kerumah parents. Bawa balik file-file keje konon-konon nak buat dirumah, so far satu pun tak mula lagi huhuuu. 

Dua hari berada dirumah parents makan tidur je sambil-sambil layan kerenah anak-anak. Hari pertama RMO pagi tu kami makan mee sup air tangan bondaku, tengahari pula menu biasa-biasa sahaja erm...tak ingat sebenarnya mamaku masak apa hehehee. Minum petang pula masak burger je dan malam kami repeat makan menu yg sama tengahari punya. Malam tu suami singgah kejap bawa KFC Chicken Korea, sedap la pulak.

Sepanjang dua hari berada dirumah parents ni asyik tengok TV layan HBO dan Netflix di phone aje. Anak-anak pula bermain basikal diluar beranda rumah. Kadang-kadang tu bosan juga, ada la round sekeliling rumah mama tengok kebun dia.

Hari kedua, sarapan pagi mama sediakan nasi lemak, makan la kami sampai ke tengahari dan sambil-sambil tu mama ada buat laksa juga, biasa la mak kan kalau anak-anaknya ada macam-macam la nak dimasaknya. Petang tu Asha dan anak-anak pulang kerumah kami semula sebab terkenangkan suami dah tak boleh pergi ke office lagi keesokan harinya dan itu bermakna kena la memulakan tugas memasak untuk beliau, kalau tidak makin kerap la suami beli makanan di luar sepanjang RMO ini.

Hari ke-3 dirumah sendiri baru la start nak memasak, lama giler tak masak ooi. Breakfast pagi tu Asha masak bihun goreng rencah ayam je dan takde sayur, Asha gantikan dengan daun bawang. Lunch Asha masak kari ikn bawal, papadom dan ulam raja, memandangkan ikan bawal tu dah lama duduk dalam frezeer jadi kena habiskan lauk-lauk yang lama dulu. Petang tu Asha buat cekodok ikan bilis cicah kari ikan. Bila malam pula rasa perut macam tak lapar sangat maka makan megi ayam je. Aktiviti sepanjang hari tersebut hanya tonton Netflix dan drama kat youtube je, rumah kami takde Astro dah terminated. Lain-lain aktiviti Asha dan suami ada la buat senaman juga dirumah.

Hari ke-4 - Sarapan pagi kami beli nasi lemak dan roti canai kat kedai depan umah ni, ikutkan hati nak masak nasi goreng je sbb ada balance nasi tapi asben rajin bebeno nak keluar beli nasi lemak, aduh...tak boleh nak duduk dendiam dirumah. Tengahari Asha masak simple je, ikan dalam tin makeral tu jek dgn sup telur untuk bebudak ni. Petang tu Asha buat lempeng cicah dengan sardin. Malam tu kami ulang makan menu yang sama, buat pe nak membazir ye dak. Aktiviti lain adalah sama seperti aktiviti semalam iaitu bersenam, manakala asben berkebun dibelakang rumah.

Hari ke-5 RMO Asha dan anak-anak breakfast burger je, kebetulan hari tersebut suami berpuasa.  Tapi pagi tu suami keluar beli barang-barang keperluan, topup stok makanan kami yang dah menyusut tu terutama barang-barang basah dan roti, dua tiga hari tak dapat roti rasa lain macam feel nya. Menu tengahari Asha masak telur hancur kicap je makan dgn anak2, simple je sebab sibuk lipat pakaian dan mengemas rumah. Makan malam pula baru Asha masak meriah sikit sebab suami nak berbuka puasa tapi still bersederhana menunya iaitu ayam goreng, ulam timun dn tempoyak ikn bilis petai dan telur dadar. Aktiviti untuk hari tersebut Asha luangkan masa buat pendaftaran sekolah Al-Fateh untuk darjah satu tahun 2022 nanti secara online.

paling lama nak isi form part Imunisasi.

Hari ke-6 - Asha dah semakin rajin memasak tau, tiba-tiba mencanak-canak pula idea nak memasak tu datang. Sarapan kami pagi tu nasi lemak berlauk homemade makan sampai ketengahari, jimat masa, jimat gas, memang itu la sepatutnya yang kita kena buat disaat-saat genting ini. Sebelum nak buat sarapan tu keluar la juga rumah sambil-sambil panaskan enjin kereta tu Asha ambil ler daun pisang kat kebun untuk buat nasi lemak. Makan malam pula hanya perlu masak nasi putih dan tambah lauk ayam drummet goreng je. Oleh kerana tengahari tu tak perlu masak jadi Asha pun terlebih rajin la buat agar-agar roti, stok roti dan bahan-bahan pun ada so terhasil la agar-agar roti.

nasi lemak homemade

agar-agar roti perisa jagung sirap

sedap sangat, buat seloyang habis kejap je.

Aktiviti anak-anak sepanjang RMO berjalan;

hari ketiga stay kat rumah dah jadi macamni budak-budak ni. Protes tak bawa diorang keluar jalan-jalan.

si kecil ni paling terjejas emosinya hahaha, hari-hari setiap pagi tengok ayam dgn kucing mkn je.

tonton siaran Netflix kartun.

dah teruk sangat budak kecik ni punya tahap kebosanan.

akhirnya abah budak-budak ni bawa juga keluar rumah tapi dok belakang bonet kereta je sambil makan super ring sambil tengok ayam dan kucing.

teman ummi panaskan enjin kereta je.

Sepanjang 7 hari berada dirumah ini bohonglah kalau kami tak ambil tahu atau risau mengenai berita peningkatan kadar jangkitan dan kematian Covid-19 ni, kadang-kadang tu tidur malam pun tak lena tau. Tapi tula, kami cuba jalani kehidupan seperti biasa dan anggap inilah waktu keemasan yang kami ada untuk bersama keluarga. Kalau hari-hari biasa kami tak seperti ini, jadi Asha nak hargai setiap momen ini sebaik-baiknya andai kata esok belum pasti ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...