Tuesday, January 28, 2020

River of Life KL

River of Life KL | Cuti hari Raya Cina yg lepas kami sekeluarga telah menghabiskan masa bersama dengan bersiar-siar di area KL sahaja.

First day raya cina yang jatuh pada hari sabtu yang lalu kami bawa anak-anak bersiar-siar tengok lampu-lampu di KL pada sebelah malam. Pada siang harinya tu kami bawa anak-anak jogging di Taman Setia Eco Hill, Semenyih terlebih dahulu, kemudian bersarapan di luar dan membeli-belah barangan dapur pula di Tesco.

Adik muka mengantuk mamai lagi, pagi-pagi abah dah kejutkan dia bangun. 

Pukul 6.30 lepas solat suami kejutkan kita ajak pergi jogging kat taman, terpisat-pisat ler kita bangkit tido pasal dia kata dia kena keje pagi tu. 

suruh anak bujang amikkan gambar nampak semenggah sikit hehee.

Macam biasa la kita, even nak pergi jogging aje pun amik masa fikir nak pakai outfit apa tau. Kalau awal-awal tahu mesti malam tu dah prepare. Tenung punya tenung baju-baju dalam wardrobe tu terus nampak seluar senam, T-shirt dan extender baru beli tak pakai lagi terus try mix and match dulu. Nak pilih pakai kasut sport yng mana satu pun kalut, konon nak match dgn outfit, sampai kat tudung pula rasa tak dan nak iron terus grab shawl je, itu pun cincai-cincai lilit. Baru sapu krim sunblock kat muka udah dibilang tak payah mekap-mekap oleh suamiku. Tu pun dah makan masa, org laki-laki apa tau.

Berjaya naik sampai atas walaupun termengah-mengah. Berharap lemak-lemak itu akan cair hahaha.

Wefie satu kali.

Selesai aktiviti pada pagi itu kami pulang berehat dan bangkit semula pada pukul 5 petang bersiap-siap untuk bersiar-siar di sekitar KL pula. Sebelum sampai KL tu kami singgah isi perut dulu di KFC Alam Damai Cheras. 

masa ni persembahan lagu Faizal Tahir lagu Negaraku.

Persembahan air pancuran hanya bermula pada pukul 9-11 malam sahaja. Lagu-lagu yang dimainkan mengikut rentak air pancuran ada 6 lagu;
  • Asma-ul-husna: 9.15pm 
  • Warisan (Sudirman): 9.30pm 
  • Jambatan Tamparuli: 9.45pm 
  • Star Wars Theme Song: 10.00pm 
  • Rolling in the Deep (Adele): 10.15pm 
  • Negaraku (Faizal Tahir): 11.00pm 

Kami sampai pun around pukul 9.30pm tu pun berpusing-pusing cari parking sampailah kami park  kereta belakang HSBC dekat Masjid Jamek. Masa sampai tu show dah sampai kat lagu Hindustan hahaha ikut schedule atas ni patutnya lagu Adele, maybe rolling tukar-tukar lagu kot. Betul-betul last dapat dengar lagu Faizal Tahir pada pukul 10.15pm.

setiap show mengikut rentak atau ritma lagu yang didendangkan melalui speaker besar.

sempat rakam video sebagai kenangan eceh...macam kau datang dari jauh je.

wefie dengan background River of Life.

Actually River of Life ini tak capai expectation yang aku bayang dan harapkan pasal dalam gambar org lain atau blog-blog website yg disiarkan nampak cantik.

kita mahu seperti ini, air pancur keluar tepi-tepi tebing sungai ni ha baru lawo amik gambo.

atau begini, air pancur keluar bagaikan asap. Maybe we came not in the right time kot huhuu.

Kemudian, kami berjalan kaki sedikit melintas jalan ke dataran Merdeka pula. Bawa anak-anak melihat bangunan bersejarah dan lampu-lampu neon sekitar bandar KL. Seronok sangat budak-budak ni tengok lampu-lampu kat bangunan-bangunan tu.

Si abang Fateh paling suka nampak air.

sama macam dataran Putrajaya malam-malam minggu begini sentiasa ramai orang datang dengan family.

adik Fakeeh seronok dapat berjalan atas rumput.

jarang kita pakai spek kalau jalan-jalan ni kecuali memandu, oleh kerana berjalan waktu malam takut tak nampak suami dan anak-anak.

Bagi anak-anak bermain lari-lari sana sini puas-puas sampai penat. Terlalu seronok budak-budak ni.

sambil-sambil tu kami dapat tengok show api. KL biasa la ada benda-benda gini lagi-lagi kat tempat tumpuan ramai.

makin lama makin ramai pula orang kat dataran ni.

sedikit sedutan video show api.

Around pukul 11.30pm kami bergerak pulang. Agak letih juga badan sebab kena dukung budak-budak ni sambil berjalan jauh dari dataran tu ke parking, penat jogging pagi tu pun tak hilang lagu huhuuu. Lenguh-lenguh badan esok harinya. Anak-anak pula jadi mengantuk teroverdose, tu la berjalan dan berlari tak ingat dunia.



Foot Note: Next entry 'MRT & Sate Kajang'



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...