Monday, January 20, 2020

Housewife on Weekend

Housewife on Weekend | Sebagai seorang ibu even jadi surirumah pada hujung-hujung minggu aje pun boleh stress iye. Lebih-lebih lagi anak-anak nak membesar ni masing-masing aktif kemain. Sebagai seorang wanita bekerjaya, jadi surirumah pada hujung minggu je pun bagi Asha mencabar juga. Jangan tak tahu, Asha pernah jadi fulltime housewife 3 thn lepas tau, tu pun bertahan selama satu tahun setengah je. Tak mampu la kita, rasa terperap dan otak rasa tak mengembang.
 
Macam biasa hari sabu ahad memang offday keje, so kebanyakannya kerja-kerja mengemas rumah memang dilakukan pada hari sabtu. Vacum, basuh baju, jemur baju, lipat baju, memasak, mandikan anak semua dilakukan pada hari tersebut dari pagi sampai la ke senja, kadang-kadang tu membawa ke malam. Kalau hari-hari biasa pula, Asha kebiasannya tidak memasak, hanya basuh baju kalau mesin basuh dah penuh serta iron baju kerja dan baju sekolah anak sahaja. Selebihnya Asha banyak melayan kerenah anak-anak pada malam hari selepas bekerja. Sejam bagi anak-anak tengok kartun dan sambil-sambil tu tukarkan pampers anak, gosokkan gigi anak-anak, buatkan susu dan iron baju.
Pukul 10 mlm waktu untuk tidurkan anak-anak.

Ceritanya hari sabtu yang lepas, setelah penat melakukan kerja-kerja rumah, petang tu dalam pukul 4 tu Asha siapkan mandi anak-anak semua lepas tu suruh diorang tidur pasal Asha rasa penat dah nak layan bebudak ni. Sambil-sambil tu sambung semula lipat baju anak-anak pula, siap je lipat Asha pula mandi, solat dan baring-baring pula, fuh...rasa aman la rumah untuk sejam dua tu, tapi...30 minit je la dapat baring, tiba-tiba si cinonet tu dah bangun sendiri dari buai. Lepas tu si kecik tu dah bangun buat bising udah abangnya pula bangun. Oh no, start balik kecoh rumah macam fun fair.

ni dia si cinonet Al-Fakeeh
 
Biasa la budak-budak, dah bermain, bergurau gaduh pula. Si adik dah pandai buli abang sampai menangis, dah tu dalam bilik kami pula hurm...apa lagi mengaum la kita macam rimau. Bantai ler dua-dua tu melalak. Ngam-ngam pula suami balik kami semua dah berderet dok atas sofa dengan muka cencorotnya hahaha. Semuanya senyap je bila abahnya lalu bagaikan tertelan cekodok hahaha.
Sorang muka sembab baru lepas nangis(si abg Fateh), sorang lagi (me) muka tak puas hati baru lepas marah anak-anak, dan si kecil tu pula muka tak bersalah dia lepas gaduh dengan abg. Sah-sah suami pelik terus tanya abg Fateh kenapa muka mencuka aja, si adik pula kalau nampak abahnya suka bergurau tunjuk penumbuk geram comel dia tu. Ha...ternyata kami bertiga sudah meroyan duduk dirumah sahaja seharian.
 
Kita pun apa lagi bagitau ler budak-budak ni stress seharian dirumah, nak tengok tv pun line macam siput. So suami pun kesiankan kami yang dah selenge ni berjanji lepas solat maghrib tu nak bawa kami pergi round-round kedai 2 ringgit.
 
Sementara nak tunggu azan maghrib tu Asha suapkan anak-anak makan malam dulu. Lepas tu kami bersiap-siap pukul 8.15 gerak, tapi plan nak pergi kedai 2 ringgit tak jadi sebab Asha ajak suami cari gerai or restoran yg ada jual makanan dessert sebab makan malam Asha awal pukul 6 ptg dan menu pun simple je, rasa tak puas tekak ni nak makanan manis-manis pula.
 
Pusing-pusing area Tesco Semenyih nmpak Secret Recipe je, lalu kami singgah makan disini. Oleh kerana main course sudah dirumah kami order menu starter dgn dessert je.
 
Kek Indulgence share 4 orang.

Kids meal burger mini, sedap, tapi anak-anak makan kentang je sbb bebudak ni dah kenyang makan nasi, makanya ummi dan abahnya yang ngap.

air sirap tp tak macam sirap, macam sirap smoothie pun ada, bebudak ni minum dgn abahnya.

My starter-Fried wonton minum dgn hot chocolate kenyang sikit perut.

dah kenyang mengantuk ye adik.
 
Selesai makan, ajak suami ke kedai 2 ringgit tapi dah pukul 9.30 macam tak sempat nak round dalam kedai tu makanya suami ajak round-round Putrajaya je.
 
Sampai je budak-budak ni eksaited, menjerit-jerit macma tak pernah dibawa keluar hahaha. Tengok orang ramai, kawasan luas berumput hijau, ada benda terbang-terbang berlampu atas langit mau tak seronoknya bebudak ni. Tiba je kat tengah-tengah dataran Putrajaya tu nampak ramai budak-budak main bubble, Fateh la seronok kejar-kejar letupkan bubble.
 
Kami cari port tempat duduk kat tepi-tepi air pancuran yg tak aktif dan takde air tu, duduk sambil mencari-cari tempat atau port orang meniaga bubble dan mainan-mainan terbang yg lain untuk budak-budak ni main. Elok je duduk ada budak-budak meniaga bubble lalu offer suruh beli, Asha pun beli la RM10. Berbaloi la setengah botol mineral tu sabun bubble kami guna bagi Fateh main untuk sejam setengah.
 
si kecik ni eksaited dapat berjalan atas rumput yg luas, berjalan je dia tak berhenti.

si abang syok main bubble dah. Siap buka selipar tu.
 
sempat la rakam keseronokan budak-budak ni main.
 
 
Pukul 11 malam kami bergerak pulang, tengok anak-anak dah letih dan mengantuk, masing-masing haus, umminya sempat bawa susu adik je, memang tak bawa beg yg berisi air, susu dan diapers budak-budak ni sbb tak plan nak round-round jauh sikit dari Semenyih. At the end abg Fateh minum susu botol balance si adik hahaha.
 
Kesimpulannya, jadi suri rumah ni walaupun bukan sepenuh masa pun kadangkala koyak juga mental, apatah lagi yang full time housewife. Makanya para suami penat bagaimana pun kalian jangan lupa bawa isteri dan anak-anak keluar dari rumah untuk release stress mereka walaupun hanya pergi ke taman dan makan ice-cream Malaysia aje.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...