Wednesday, January 15, 2020

Ulangtahun Kelahiran Abah

Ulangtahun Kelahiran Abah | Agak terlewat juga Asha update entri ini sebab kekangan masa lately ni sibuk tambahan pula sejak kedatangan virus Influenza di Malaysia ni, taraf kesihatan anak-anak dan diri sendiri merudum.

sebelum pergi ke restoran kami sambut sat kat rumah.
 

 
 
Pada 1/1/2020 merupakan hari kelahiran abah kita yang ke 60 tahun. Ngam la sambut time hari cuti new year. Ikut our planning nak sambut makan-makan kat kedai Steamboat tapi malangnya beberapa jam sebelum kejadian tokey kedai tu call informed kedainya tutup atas sebab-sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. Tiada rezeki la kiranya erm..

Planning dah cantik siap ada tema baju kaler merah tapi at the end macam kelam kabut je huhuu. Kalau ikut planning yang sebetulnya nak sambut kat luar kawasan maksudnya kami plan nak buat percutian keluarga sepertimana kami pernah buat sambut besday mama kat Port Dickson 2 tahun lepas tu. Memang cantik planning besday mama yang tu tapi abah ni Asha rasa agak terkilan juga planning banyak tak jadi huhuuu.

Kebetulan Fateh pun baru nak mula bersekolah so memang tak boleh nak ambil cuti la melainkan kami sambut awal atau lewat sedikit.

Last minute plan kami terjah je Restoran Mohd Chan kat Bandar Baru Bangi, memandangkan abah pun memang suka makan masakan restoran tersebut.

 
see dah cantik dah pakai baju sedondon kaler merah.

Jom lihat apa yang kami order.

dimsum
 
Dah nama pun restoran masakan cina muslim jadi menunya Chinese Cuisine ler. Kami order dimsum sebagai pembuka selera. Sedap sangat, menyesal order sepiring hahaha. Cecah dgn sos ala-ala sos yon tau foo tu sedap sesangat.

pau kacang
 
Order pau kacang sebagai desert tapi dah sampai dulu sebelum main menu ngap dulu la.
 
                                                                         dumpling

Order sepiring dumpling ala-ala macam karipap, sedap juga kulit pastrinya lembab walaupun nampak garing, intinya tak dapat nak dikenalpasti rasa inti apa, cicah dgn sos kicap campur cuka rasa macam pelik sikit, sedap makan cenggitu je.
 
butter prawn
 
Main menu pula kami order butter prawn, rasanya sedap la juga. 
 

sayur 4 musim
 
Sayur kami order satu jenis je iaitu sayur 4 musim maksudnya ada 4 jenis sayur dalam tu, bendi, kacang botol, kacang panjang dan terung. Sedap, rasa macam tumis cili api belacan gitu.

daging blackpepper
 
Daging blackpepper ni mama yang sibuk nak. Normal la rasanya, lembut je tak liat.
 
 
siakap taucu pedas
 
Last main menu Ikan siakap taucu pedas, konon nak raa kelainan sebab biasa order Siakap 3 rasa je. Entah la macam tak kena dgn tekak, rasa hanyir sikit sbb masak steam kot. Sosnya sedap. Selain itu, adik-adik Asha yang lain ada order mee dan nasi goreng ketam juga.

ni air minuman Asha tak ingat pula air apa tapi ada asam boi.
 
si kecik ni pula meragam pulak
 
Total makan kat sini RM300++ juga untuk 10 orang makan. Ok la, next time tak nak macam ni dah, plan macam kelaut sangat. Sebelum balik ke rumah tu ada la bagi abah hadiah, harap abah suka.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...