Tuesday, September 22, 2020

PNB Ilham Resorts Port Dickson

PNB Ilham Resorts Port Dickson | Hai semua...lately ni Asha asyik pergi bercuti je kan, ala...dah rezeki org belanja kita ikut jeler memandangkan sekarang ni Asha still jobless so manfaatkan cuti ini untuk rehatkan minda betul2 sampai rasa dah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan semula gitew.

Last minit planning sebenarnya, adik Asha si angah tu la tiba-tiba ajak pergi bercuti nak release stress katanya yela dua tiga minggu yg lepas memang nampak dia agak sibuk bekerja sampai weekend pun kena pergi kerja dan ada kerja yg dibawa pulang.

Ayam Pasu Terlangkup

Percutian kami tak lama mana pun cuma 2 hari 1 malam sahaja. Bertolak dari rumah pukul 10.00am selepas sarapan. Oleh kerana jalan sedikit jam jadi kami tiba di Port Disckson pada pukul 11.30am. Nak check in masih terlalu awal, kami punya hotel kena check in pukul 3pm so singgah lunch dulu di Ayam Bakar Pasu Terlangkup. 

senang je nak cari kedai ni.

Nak order makanan konsepnya layan diri disini, mujur kami tiba awal so tak ler kena beratur panjang.

Sepinggan nasi ayam pasu terlangkup ni harganya RM6, ok murah la kalau kat KL mau RM8 ke 9 Ringgit dan sedap๐Ÿ‘. Air coconut shake pula tak silap kita RM4 ke 5 ringgit camtu(maaf kalau kita silap info), pasal org belanja jadi tak tau rege๐Ÿ˜, memang sedap la coconut shake dan manggo shake kat sini ada letak 1 scoop vanila ice cream๐Ÿ˜‹

sebelum makan baca doa makan terlebih dahulu.

si kecik pun pandai dah tadah tangan baca doa juga.๐Ÿ‘ถ oh ya abah bebudak ni tak join sebab kerja, pak teh bebudak ni pun xde juga sbb kena kerja la, maklumlah nak bertambah ahli keluarga dah kena kerja keras hihiii.

Tempat makan yang disediakan disini memang banyak table sebab owner memang dah aware time lunch akan ramai pengunjung datang makan disini. Masa kami dah nak habis makan around pukul 1pm tu pengunjung dah mula berpusu-pusu beratur dan cari tempat. Mujur sampai awal. Selain nasi ayam pasu terlangkup ada juga nasi campur.

Pantai Tanjung Biru

Selesai makan tengahari kami terus pergi ke pantai Tanjung Biru, kebetulan hotel kami dah dekat area situ je. Nak check in awal lagi so bawak budak-budak ni main pasir pantai dulu, air laut hujung-hujung tahun ni lambat pasang mungkin faktor geografi kot, sebelum ni pernah datang sini kira-kira 4 bulan yg lepas selepas arahan PKP dilonggarkan masa tu air laut start pasang pukul 2pm, tapi time yang ni kami datang pukul 2pm pun tak start pasang lagi. 

cuaca mula-mula redup, nak dekat pukul 3pm tu terik sikit. Kami sewa canopy ni siap dengan canvas sebagai tikar RM35 dan ikut suka kau la nak stay situ berapa jam pasal byr pun dah mahal kan bhahaha. Tikar pun ada kami bawa letak la atas canvas tu bersih sikit. Canvas tu bukan dia basuh pun kan.๐Ÿ˜

berenang ye adik, kalau air laut takat buku lali ni adik Fakeeh berani la nak main.

budak berdua ni memang gemar sangat main air.

peace๐Ÿ˜ป

rajin pak cu layan bebudak ni.

Sampai pukul 2.30pm je kami disini. Lepas tu terus gerak check in hotel, budak-budak ni lap-lap je terus tukarkan baju. Sampai hotel baru kasi bilas badan mandi shower pulak.

PNB Ilham Resorts Port Dickson

Resort ni nice sangat walaupun sedikit lama tapi cantik dan berpuas hati dengan accomodation disini. Berdekatan dengan hutan dan laut memang cantik sangat view serta sejuk. Aktiviti untuk jungle trekking pun ada, betul2 bersebelahan resort ni. Rumah api Tanjung Tuan pun area hujung-hujung resort ni juga tapi tak dan pergi situ.

(foto sumber dari google)

bilik kami di bangunan tinggi tujuh tingkat dekat dengan menara tinjau.(Foto sumber dari Google)

Apartment kami di level 7 paling atas sekali, nasib baik ada lif kalau tak jenuh nak angkat beg baju. Kemudahan disini sangat lengkap, ada iron dan hair dryer tu yang paling penting selalu nau hotel tak sediakan dua benda penting ni. 

View dari pintu masuk, nampak luas dan selesa.

Tingkat atas ada dua bilik dan bawah juga ada dua bilik. Oleh kerana Asha sorang je yang handle anak-anak yg masih kecil so ambil bilik bawah. Tapi ada satu bilik dibawah tu dikunci sebab kami booking untuk 3 rooms sajo.

pantri dan ruang makan yang sangat cozy.

ruang tamu yang luas, suka sangat design dalam apartment ni, kalau rumah design gini kita berkenan sangat.

ni bilik kami, kat sini ada dua bilik yg ruangnya agak besar dan dua lagi sederhana luas. Sangat sesuai untuk percutian family.

ni bilik nenek dan atuk budak-budak ni, kalau bilik bawah tu tak kunci memang ambil bilik besar sikit.



bilik air yang bersih dan selesa.

Almost sangat-sangat berpuas hati dengan accomodation disini recommended sangat ๐Ÿ‘ Harga untuk satu malam pula start dari RM170++ sehingga RM200++ termasuk breakfast memang sepadan dengan harga (depends pada berapa bilik di booked serta hari biasa atau weekend). 

Waktu petang takde plan nak bawak budak-budak ni mandi kolam pasal ramai sangat, tengah virus ni tak de la nak kasi mandi kolam. Bawak jalan-jalan dalam resorts je.

kasi adik jalan-jalan je, kat tepi sebelah kanan tu laut memang dekat la kalau nak mandi laut, time ni air laut pun dah pasang, sibuk juga si abangnya nak mandi lagi tu. Next time ye nak kita datang tempat ni lagi.

Makan Malam di Hidayah Seafood Port Dickson

Untuk makan malam kami ditaja sepenuhnya oleh Pak cu budak-budak ni hehehee.

Restoran ni sangat popular disini, tempatnya memang luas meja makan banyak dan parking space pun luas. (foto sumber dari google)

Menu makan malam kami ambil set C untuk 6 orang makan - kailan masin, telur dadar, tomyam campur, siakap 3 rasa, daging masak merah dan sotong goreng tepung. Semuanya sedap-sedap belaka, paling kita suka sotong celup tepung tu soft sangat dan daging masak merahnya, tak puas makan dua lauk ni.

Kesemua lauk yang kami makan ini harganya RM120 je weh...murah berbanding kat restoran lain yang pernah kami makan di PD ini cecah RM400 untuk menu sama yang macamni. 

Breakfast

Sebelum breakfast Asha dah plan nak bwk anak-anak mandi laut atau kolam terlebih dahulu, pukul 7 dah kejut anak2 dan siapkan mereka dengan baju mandi tapi apakan daya air laut tinggi sangat cecah tebing resorts dan sangat dalam huhuhuu, time ni ramai orang mancing jeler kat tepi-tepi tu. Nak tunggu surut tak sempat le sebab nak check out dah kul 11am. Bawak pergi kolam mandi tak buka lagi dah tu air kolamnya kotor so tak jadi bagi ank2 mandi. Bawak balik bilik mandi air shower jela๐Ÿ˜„

Alang-alang bagi anak2 mandi lelama sikit dalam bilik air tu Asha pun apa lagi kemas la packing baju-baju sesiap. Dah siap setel baju-baju dan anak2 baru kami pergi breakfast.

nak masuk sini kena ikut SOP, tak de mask tak leh masuk, setiap sorang akan diberi glove plastik pakai buang tu untuk amil makanan dan utensils. Yang mana lupa pakai glove tu bila waitress nampak terus kena tegur dan senduk yang dah kena direct touch tu diambil ganti baru, ha...bagus sangat pekerja disini. Diorang tegur guest pun elok-elok je.

adik makan hot dog je, si abangnya pula biasa suka nasi lemak tapi bila nampak coco crunch nak makan yg tu je. dua-dua nak berkepit dengan atuk je.


gamabr makanan yang ni jela sempat snap
 ๐Ÿ˜„

Menu breakfast disini semua sedap, menunya pun standard la mcm kat hotel-hotel yg lain mesti ada English breakfast dan melayu seperti nasi lemak, roti, salad, kuih-muih dan lain-lain. Kami makan nasi lemak ambil lauk ayam masak merahnya sedap la pulak, rasa macam lauk kenduri. Kuih-muihnya pun sedap paling kita suka cekodok seperti dalam foto diatas ni, sedap weh...nampak simple kecil-kecil je, mula-mula ingat cucur udang rupanya cucur kosong letak bawang dan sayur je sedap sangat garing diluar lembut kat dalam cicah dengan cili sos buatan chef ni memang ngam๐Ÿ‘

Selesai makan, on the way ke bilik tu abah kami ajak pi menara tinjau pula, dah satu bangunan dengan bilik kami jadi naik juga la, lenguh kaki memasing naik tangga empat tingkat.

lenguh peha naik tangga tinggi-tinggi ni.

lagi bertambah lenguh + krem dukung budak ni ๐Ÿ˜€

Selesai check out kami pun bergerak pergi ke Melaka pula melawat sedara disana, sambil-sambil tu beli la juga buah tangan. Rugi la  kalau tak beli kuih telinga dengan cakar ayam di Melaka.

Berakhirlah percutian pendek kami, terima kasih pada Angah kerana menaja penginapan kami dan lunch untuk hari pertama sampai. Terima kasih pada Pak cu sebab belanja makan malam kita dan tak lupa juga pada atuk yang jadi driver kami bertiga hihiii.





 




2 comments:

Suria Amanda said...

Dulu sebelum PKP Ilham Beach Resort ni mahal skit tau...hahaha..la ni murah plak...kena pi la lepas ni

Wak Lat said...

bestnyer jalan2 cuti PD kann., ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...