Sunday, September 6, 2020

Parents Meeting

Parents Meeting | Semalam hari Sabtu Asha berpeluang menghadiri perjumpaan Ibu Bapa bagi membincangkan prestasi anak kami Al-Fateh untuk penggal yg pertama. Oleh kerana PKPP hanya ibu bapa shaja yang perlu hadir tanpa anak-anak. Jadi kami mengambil keputusan hanya Asha sahaja yg perlu hadir.

sekarang ini silibus tadika pembelajaran anak-anak untuk umur 4-6 tahun perlu ikut standard yg ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Subjek yang Fateh pelajari di sekolah tadika untuk usianya 5 tahun ni ada lima subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sains.

Gara-gara PKP tempohari pembelajaran anak-anak sedikit terganggu dan terlewat ke belakang. Sedikit sebanyak merunsingkan kami juga lebih-lebih lagi inilah pengalaman pertama Fateh ke sekolah.

Memandangkan silibus tadika anak-anak zaman sekarang ini mencabar, Asha agak risau juga jika Fateh akan tercicir kebelakang. Ada hikmahnya juga time PKP hari tu bilamana kena stay kat rumah dan pihak sekolah pula ada berikan homework jadi dari situ boleh lihat tahap pencapaian anak sampai mana.

Sebulan sebelum Fateh mula bersekolah semula tu Asha ada la belikan buku-buku latihan untuk Fateh, kebetulan semua kedai-kedai termasuklah kedai buku dah mula beroperasi. Bila ticer beritahu yg anak-anak akan ada assessment atau exam pertengahan tahun memang kelam kabut kita dibuatnya, manakan tidak, lagi seminggu nak exam tu nak tak nak kena bagi homework pada Fateh. Memandangkan Fateh ni agak lemah didalam penguasaan jari jemari dia tu seperti menulis dan menggunting memang Asha start bagi dia homework menggunting dan menulis banyak-banyak. 

Untuk aktiviti membaca dan mengira pula Alhamdulillah Fateh sedang menguasai, kita bagi dia ulangkaji sikit2 bagi dia refresh apa yg dia belajar disekolah. 

Subjek Bahasa Malaysia

Untuk ujian mendengar dan bertutur dia telah menguasainya dengan baik. Kerap membawa anak-anak ke taman dan zoo sebenarnya banyak membantu anak-anak mengenal benda-benda dan bunyi disekelilingnya dengan cepat.

Penggunaan ayat-ayat mudah seperti ucapan dia belum menguasai sepenuhnya sebab tak pernah diamalkan dirumah, setakat ucapan Assalamulaikum dan Selamat malam aje ler ;) Mengenal huruf pula ada yg Fateh keliru contohnya 'i' dengan 'l' 'p' dengan 'b'.

Kemahiran membaca pula pihak sekolah kata anak-anak baru je mula jadi Fateh belum kenal sangat suku kata, kalau tak PKP cikgu cakap dah mula awal. Bab ni paling lama kami bincangkan mengenai kaedah yg sesuai untuk anak-anak 4-5 tahun ni faham baca suku kata. Cikgu pun pening katanya nak cari cara yg sesuai nak bagi anak-anak faham sebut suku kata tanpa mengeja. Bila dieja lepas tu suruh sebut bunyinya apa budak-budak jadi blur. Part ni Asha faham sangat bila cikgu terangkan sebab sendiri ajar Fateh pun blur juga nak cari kaedah apa yg sesuai bagi dia faham dgn cepat, yelah kita pun bukan cikgu, bukan bidang kita.

kosong la part suku kata ni sebab baru mula. tapi kat rumah Asha dah start ajar Fateh membaca suku kata. 

menulis semula perkataan yang pendek-pendek dia ok

ayat yang panjang-panjang cikgu kata dia tak mahu buat😄

Bahasa Inggeris

Untuk subjek ini Fateh agak lemah walaupun dirumah kerap tengok rancangan kanak-kanak kat you tube tu kadang-kadang berabuk juga speaking😂 tapi tu la sebab bila kat rumah Asha pun tak tahu nak ajar dia apa Inggeris ni macam Asha kata tadi la bukan bidang kita, tak tahu silibusnya. Beli buku pun masa tu ada sejenis je buku Inggeris, initipati buku dalam tu pun sama je macam belajar bahasa Malaysia iaitu ABC. 

bila ticer tunjuk kertas exam untuk subjek Inggeris ni baru ler kita dapat idea nak ajar Fateh nanti👍 cari kat you tube banyak je ni, lagi mudah dan cepat dia hafal kalau guna kaedah multimedia.

Matematik

Subjek ini paling memberangsankan mungkin sebab banyak bagi dia latihan matematik kot kat umah, lagipun Fateh suka kira-kira. Untuk subjek ini Fateh tiada masalah, cikgu pun tiada complaint, malahan cikgu kata dia boleh buat semuanya sendiri tanpa bantuan.👍 Good job anak😀

tapi tang warna tu masih perlu touch up lagi, Fateh belum pandai mix dan match warna lagi.

Syabas anak💪

Pendidikan Islam

Lagi satu subjek yang Fateh hampir menguasainya. Alhamdulillah...huruf-huruf Hijaiyyah Fateh dah boleh kuasai sepenuhnya.

👍😊

cuma...cuma...menulis huruf-huruf Hijaiyyah yg susah-susah tu Fateh tak pandai lagi. Tak pela nak...ummi pun pandai tulis jawi pun masa darjah satu.

Menghafal surah-surah lazim bagi anak-anak usia macam Fateh ni memang kita tabik la. Kita boleh hafal surah-surah lazim pun masa darjah dua dan ke atas.
diantara surah-surah lazim yg Fateh telah kuasai - Al-Fatihah/An-Nas/Al-Falaq/Al-Nasr/Al-Kawthar.

Rukun Iman dan Rukun Islam pun Fateh hampir menguasainya cuma cikgu kata dia kadang-kadang keliru sikit diantara Rukun Iman dengan Rukun Islam, kalau nak bagi budak-budak ni faham kena buat gaya, contohnya Rukun Iman-Percaya kepada Allah tu kena buat gaya tadah tangan baru budak-budak ni ingat.

Solat Alhamdulillah...Fateh dah boleh ikut step-step dari awal sampai habis dengan sempurna. Cikgu siap beritahu sekarang Fateh selalu jadi Imam, Masyaallah...sejuk perut ummi mengandungkan kamu anak.👐 Tang ambil wuduk tu je belum ingat step-step yang mana dulu.

Lain-lain seperti doa harian pun hampir menguasai sepenuhnya seperti Doa sebelum Makan/selepas makan/masuk tandas/keluar tandas/dhuha/doa iman/doa masuk kelas/keluar kelas/menaiki kenderaan dan lain-lain. Masyaallah...ummi pun tak semua doa-doa harian yang ummi ingat dan amalkan.

Sains

Untuk subjek Sains ni Asha dengan cikgu Fateh memang banyak gelak pasal tingkah laku Fateh la apalagi😂

Ujian Kemahiran Pemerhatian ni misalnya yg membuatkan kami tergelak tau pasal apa subjek Sains ni banyak menggunakan logic akal. Suruh dia interpret gambar-gambar yang dia lihat tu memang power la jalan ceritanya tu sampai karakter atuk dgn adik pun masuk sekali hahahaha.

Guru Besar pun pandai ha snap foto kami tang gelak besar tu😂

pasal ni la yg kami gelak besar tu. Cikgu cerita semula bila suruh Fateh interpret gambar yg first tu dia cerita begini 'ooh...ni kakak..' cikgu tanaya 'ha yela kakak ni buat apa' hahaha. Fateh  boleh kenal deria yg betul cuma gambar deria kat atas ni dia tak dapat kenal pasti.

dan juga yg ini membuatkan kami gelak besar. Kemahiran Fateh didalam membuat Ramalan gambar memang power. Cikgu suruh ceritakan gambar awan tu dia memang boleh cerita la awan gelap hujan turun, lepas tu macam biasa dia masukkan watak atuk dia dalam cerita ni lagi😂 Kita rasa untuk gambar no 1,2 dan 3 tu dia cerita berdasarkan pengalaman dia di rumah atuk dan neneknya lagi-lagi gambar siram pokok tu memang dia boleh cerita habsi la pasal nenek dia suka belek pokok bunga.

Kemahiran Sains yg lain seperti mengelas objek, haiwan, ukur panjang atau pendek, tebal atau nipis dan lain-lain Fateh telah menguasainya dengan baik. Alhamdulillah la hasil bagi Fateh latihan dirumah time PKP tu sebab perasan dia tak minat subjek Sains pada awalnya, dia tak minat eksperimen.

Cikgu pun ada kata sekarang Fateh nampak lebih ceria dan minat belajar berbanding dulu, mungkin Fateh dah semakin besar dah matang, dulu pergi sekolah selalu moody, belajar pun kena ikut mood dia, alahai kesian pulak kat cikgu-cikgu nak kena follow mood dia terbawa-bawa perangai baby-baby dia tu kot😁. Fateh ni manja kalau dia tak tahu nak tulis abjad yg dia memang tak tahu tulis tu dia tarik tangan cikgu tu suruh tuliskan dulu dia nak copy. Kalau nak belajar membaca pun kena follow mood dia tak nak baca page yg depan dulu tapi nak baca page belakang. Alahai anak...cikgu tak garang tak pa la, murid-murid pun tak ramai boleh la cikgu layan dok sebelah dia je. 

Kalau ikutkan banyak lagi yg cikgu cerita pasal kerenah anak kami sorang ni. Malu ada, kelakar pun ada. Cikgu pun ada kata Fateh ni cerdik sebenarnya cuma tu la kena banyak ikut mood aje budak ni. Alahai anak biar ummi sorang je ler yg selalu moody boleh dak hahaha😜

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...