Saturday, July 25, 2020

Fateh Birthday Celebration at School

Fateh Birthday Celebration at School | Hari jumaat(24.07.2020) yg lepas anak kami Al-Fateh telah menyambut hari lahirnya yang ke-5 tahun bersama-sama dengan kawan-kawan sekolahnya yang lahir pada bulan 1(Jan) sehingga bulan 7(July). Kalau diikutkan tarikh lahir Fateh jatuh pada 28.07.2020 iaitu hari Selasa.

Selamat Hari Lahir Fateh anak abh dan ummi.

Sebenarnya Asha memang ada plan nak sambut hari lahir Fateh dan majlisnya nak diadakan disekolah tup tup dapat surat dari ticer inform pihak sekolah akan mengadakan hari lahir pelajar-pelajarnya sekaligus yg lahir pada bulan 1-7. Tapi tula, Asha dah terlewat sehari baca surat tu, surat tu ticer bagi pada hari Isnin dan Asha baca surat tu pula pada hari selasa dimana pada hari tersebut Asha sibuk pergi buat urusan pengesahan darjah 1 Fateh. Tu pun tergerak nak check beg sekolah dia, selalu tiap-tiap hari memang check beg sekolah dia tapi hari Isnin tu tak tertengok pula. Asha pun apalagi terus tukar plan, ikut plan asal nak buat cookies sendiri utk dijadikan goodies dan nak masak macaroni goreng serta buat sandwich je untuk budak-budak, kek dan snek pula memang plan nak beli je untuk tambah lagi dalam goodies.

So plan nak masak macaroni dan sandwich tu memang Asha cancel la sebab pihak sekolah dah sediakan, kecuali la nak tambah. Fikir budak-budak tak makan banyak karang membazir pula jadi pilih bagi goodies sebab budak-budak suka hadiah.

Start beli barang-barang goodies hari khamis sebab hari rabu tu Asha busy dengan urusan order cadar customer melalui bisnes online yang Asha baru start cuba jual di socmed tu. Selain dari itu, Asha sibuk siapkan tambahan extension facemask budak-budak ni untuk dimasukkan ke dalam goodies. Yang sedia ada tak cukup pula, itu pun Asha dah stop penjualannya di socmed sebab dah plan yg balance tu nak bagi budak-budak ni serta ticer sebagai gift. 

Hari khamis tu lepas ambil Fateh dari school terus cari barang-barang untuk goodies tapi sebelum tu adik Fateh si Al-Fakeeh Asha hantar rumah mama dulu sebab leceh la nak bawa si kenit yg tengah lasak tu kan hihihii, lagipun virus kat luar tu masih berlegar-legar lagi jadi tak nak dia terdedah. 

Kami pergi hampir empat buah kedai cari barang-barang goodies. Dari kedai Pemborong makanan untuk besday parti kat area Tesco Taman Pelangi Semenyih tu sampai la ke DIY Tesco dan DIY Eco Hill serta kedai ECO Rm2++ tu ha. Cari paper bag untuk goodies pula tak berapa nak ada kat dua2 DIY yang Asha pergi. Kalau kedai area Semenyih Sentral tu ada je dan kalau nak beli snek pelbagai jenis untuk besday parti pun ada je jual kat Semenyih Sentral tu lagi banyak choice. Oleh kerana nak cari gift tambahan untuk bagi ticer tu yg pergi DIY juga tu. 


Inilah hasil pencariannya.

List barang-barang yg dibeli;
  • Paper bag untuk goodies ticer 2xRM 1.04 BELI kat DIY Tesco
  • Wafer Coklat POPOLO 2xRM2.10 beli kat ECO kedai 2 hengget
  • Air Kotak Sunquick 5xRM2.10 kedai ECO
  • Gift Wrapping Bag  6xRM2.90 (Seunit ada 2pcs) - Tesco
  • Hanging Deco Hook 2xRM6.30 - Tesco
  • Butter Cookies 2xRM2.00 - Tesco
  • Torto Kidz Space Biscuits 6x2.00 - Tesco
  • Lolipop 1xRM6.95
TOTAL: RM200+ (tidak termasuk extension mask). Extension mask tu utk dewasa RM4X2 dan kanak-kanak 12XRM2 hahaha walaupun d.i.y sendiri kalau jual itulah harganya.

Oleh kerana masa suntuk dengan pelbagai urusan so Asha tak dapat nak buat homemade cookies even barang-barang semua ada je di rumah.

beli biskut budak-budak ni ganti homemade cookies yg tak jadi tu dan biskut ni memang tak masin serta berlemak memang sesuai untuk budak-budak. Rasanya plain je tiada perasa MSG. Bentuk cookies pun menarik dan sesuai untuk kanak-kanak sebab bentuk abjad dan nombor, haa...sambil makan sambil belajar abjad dan nombor. Ada juga Asha beli bentuk hidupan laut serta angkasa.

Ni dia siap bungkus dah, pelbagai bentuk dan perisa, ada perisa vanila, coklat dan ayam.

 goodies untuk budak-budak ada 6 item: air kotak sunquick, biskut, biskut coklat-2, lolipop from cameron(ada balance) dan d.i.y mask extension.

dah siap bungkus camni la rupanya.

goodies untuk ticer pula ada 5 item : 2 bungkus biskut butter, air kotak sunquick, hanging deco hook dan d.i.y mask extension. Saja je la kita bagi 2 gift dekat ticer sebab nak bagi masa teacher's day PKP so kira kita bagi sekali la ni.

ticer punya goodies yg depan sekali tu, memang asingkan paper bag ticer dgn budak-budak ni lepas tu kita susun dalam kotak. Student pun tak ramai dalam 12 orang, cikgu yg mengajar serta menguruskan budak-budak ni pun ada dua orang je.

ni la kek bebudak ni, nampak sedap cheese kek.

pagi-pagi dapat whatsapp dari ticer foto deco wall besday diorang, siap ada gambar dan date besday masing-masing. Rajin pula ticer nak snap foto budak-budak ni kemudian print.

goodies dari parents ada 4 jenis, weols punya opkos yg menyerlah tu ler paperbag coklat. nak cari plastik mcm goodies yg sebelah tu tak jumpa pula kat 4 jenis kedai yg kita pergi tu, kalau ada pun punya la kecik.

makanan selain kek ada spaghetti carbonara, sandwich dan minuman vitagen, erm...memang suka sangat la Fateh ada air kegemaran dia.  

celebrate time PKP gini la ye anak-anak.

bagus penjarakan sosial budak-budak ni.

Happy muka memasing dapat goodies dan hadiah sampai penuh tangan nak pegang.


selesai nyanyi lagu 'happy birthday to you' dan dpt goodies baru boleh makan. bagus anak ummi ni betul-betul duduk dalam kotak hehehe.

video nyanyian 'Happy Besday to You' budak-budak ni. Jenuh ticer nak sebut nama sorang-sorang sampai kena tarik nafas gitew hahaha.

Balik sekolah kat rumah dah tak sabar nak keluarkan semua goodies yg dia dapat termasuk la yg dari ummi dia punya dapat balik hahaha.

kesemua goodies yg Fateh dapat.

dapat hadiah tapi tak tau la samada dari pihak sekolah atau parents yg bagi.

puzzle bernombor, memang sesuai untuk budak-budak susun sebab ada nombor turutan di belakang.

ni goodies dari kawan Fateh Nuha, dapat roti, coki2, pemegang pensil dan mask washable. memamg sedang elok la tu pasal ummi bagi kawan-kawan Fateh mask extension kan, nak bagi hand sanitizer kurang sesuai untuk budak-budak.

yg ni tak tahu siapa yg bagi tapi nampak best sebab banyak jajan, ummi yg suka ni sebab ada snek kegemaran nabati tu ha, ada dua snek berasaskan cheese kegemaran ummi, Fateh bukan suka pun. Dia makan mimi, tam tam dengan air milo je.

Selamat Hari Lahir anakku...Simpan sini sebagai kenangan untuk Fateh dan kawan-kawan Fateh.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...