Sunday, April 12, 2020

Homeschool sepanjang PKP (Covid-19) Al-Fateh Minggu 1 & 2

Homeschool sepanjang PKP (Covid-19) Al-Fateh Minggu 1 & 2 | Rata-rata ibu-bapa tidak terkecuali di dalam memberi pendidikan kepada anak-anak dirumah sejak PKP ini. Ada guru-guru atau pihak pentadbiran sekolah memberikan tugasan untuk anak-anak muridnya melalui emel, aplikasi What'sApp, Video Call dan lain-lain medium supaya anak-anak ini tidak tercicir didalam pelajarannya sepanjang PKP ini.

Anak Asha si Al-Fateh pun tidak terkecuali. Guru sekolah tadikanya ada memberi task untuk 2 aktiviti setiap hari. Pada mulanya Asha agak terkial-kial juga la nak ikut task yg diberi, maklumlah bukan bidang perguruan tetiba jadi bidan terjun jadi cikgu kat rumah pulak. 

Untuk minggu pertama dan kedua punya task so far Asha boleh follow la, task yg diberi pun mudah kecuali masuk task Minggu ke 3 berat sikit dan perlu korbankan banyak masa untuk menyiapkannya. Manakan tidak, ada task yg perlu dirakam melalui video atau gambar dan ada yg perlu memasak fuh... mencabar juga.

belajar mengira-ibu bapa perlu melukis gambar objek atau haiwan kemudian minta anak kira dan tampalkan sticker mengikut kuantiti bilangan yg dikira, malangnya tiada sticker so Asha guna je kertas bewarna suruh Fateh tampal.


belajar mengenal huruf jawi - yg ini parents kena tulis huruf-huruf jawi pada dua kertas, satu kertas putih dan satu lagi kertas bewarna yg dipotong lalu anak-anak perlu menyebutnya dan tampal mengikut huruf jawi yg sepadan. Yang ini kerja abah Fateh, memang saje je tulis huruf jawi tu berselerak supaya Fateh pandai sebut dan kenal huruf-huruf jawi tanpa ikut susunan. Bijak juga idea ni, kalau ikut susunan memang Fateh hafal tapi bila letak selerak macamni dia confius.

belajar mengenal ciptaan manusia dan ciptaan Allah - memandangkan rumah kami tiada printer so terpaksa la cari majalah tak pakai untuk cari gambar yg bersesuaian dengan tugas yg diberi.

belajar kaedah motor halus - menggunakan jari untuk menggunting garisan-garisan yg berbeza. Ha...menyesal bagi dia garisan yg pelik-pelik kan dah susah nak gunting. Garisan melengkung kecil dengan zig zag tu Fateh susah nak gunting.

Garisan lurus dengan melengkung besar je Fateh lepas.

So far task untuk permulaan PKP ini mudah sahaja, ha...tunggu week 3 & 4 punya task dah macam cikgu Pendidikan Seni pun ada. Lagipun nak ajar Fateh ni pun bukan mudah, nak kena ikut time adik dia tidur dulu baru boleh ajar, kalau tidak tak siap la kerja sekolahnya. 

Walaupun kerja sekolahnya nampak senang tapi dah yg buat pun budak-budak so faham-faham jela...satu task aktiviti 1 pun siap dekat sejam setengah, adui...kita nak kejar masa memasak pula terkejar-kejar. Tu kadang-kadang aktiviti yg menggunakan masa yg panjang atau yg tak sempat siap Asha sambung ajar Fateh buat weekend je. Nak mengajar budak-budak ni kena banyak bersabar sebab bermain dengan emosi, bila dia dah penat even task tu tak siap lagi ko jgn harap dia nak habiskan, masa tu la dia buat perangai, menangis la, cakap merepek-repek la, penat la dan macam-macam lagi. Fuh...memang ler tak boleh jadi cikgu kita ni.


1 comment:

Curheart.Bedelia said...

wow. saya tak pernah terfikir pula pembelajaran budak2 tadika masa pkp ni lol. haah laaaa..ibu bapa yang kena guide, hehe. Mencabar juga RMO ni, tapi takpe.. Kita cuba yang terbaik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...