Friday, March 27, 2020

Jamu Kunyit Homemade

Jamu Kunyit Homemade | Sejak perintah kawalan pergerakan/PKP ni banyak juga stok-stok barangan dirumah tidak kira la makanan atau barangan kegunaan harian yg lain turut menyusut. Untuk pembeli tegar barangan secara online macam kita ni memang terjejas sungguh la sejak dari awal kemunculan virus Covid-19 ini lagi terus hilang mood nak shopping secara talian.

Bermula sahaja perintah PKP atau nama penuhnya Perintah Kawalan Pergerakan ini lagi susah la nak dapatkan barangan keperluanku terutamanya jamu huhuuu pasal tak semua kedai yg boleh buka time PKP ni, kalau kedai jamu lagi la tak buka.

Bagi wanita yang telah berkahwin dan beranak pinak macam kita ni memang elok la amalkan jamu ni kerana khasiatnya yang sangat bagus untuk dalaman wanita.

Bila stok jamu segera yang biasa kita beli tu dah habis memang tak senang duduk la dibuatnya. Manakan tidak, sejak perintah berkurung ini datang masa banyak dihabiskan didalam rumah aje. Badan pun mula la sakit-sakit dan sengal-sengal, nak pergi berurut tidak dibenarkan keluar dari rumah pula. Tapak kaki ni semakin hari semakin berdenyut-denyut atau rasa sejuk-sejuk je walaupun cuaca panas. Berstokin la didalam rumah sepanjang masa, kadangkala pakai selipar bulu-bulu tu ha. Paling last kita punya ikhtiar rendam kaki dgn air panas yg telah ditabur garam spa, ada la kurang sikit sengal-sengalnya tu. 

Oleh kerana itu kita terfikir nak buat semula jamu Kunyit homemade ini, memandangkan bahan-bahan pun semua ada.


Bahan-bahan;

  • Kunyit hidup - 3 inci/ 4 ulas kunyit size 2 inci (merawat luka dalaman) 
  • Seulas halia - size 2 inci (membuang angin)
  • 2 biji manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • 5 helai daun sirih (mengatasi keputihan, menurunkan berat badan)
  • 2 sudu madu (pelbagai khasiat)


Cara-caranya;

  1.  Tumbuk manjakani, halia dan kunyit hidup sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yg  telah diisi 2-3 gelas air.
  2.  Daun sireh di koyak-koyak lalu dimasukkan kedalam periuk.
  3.  Setelah jamu sedikit mereneh, masukkan sesudu asam jawa dan dua sudu madu. Masak sehingga mendidih selama 30 minit.
  4. Setelah siap dimasak biarkan jamu kunyit sedikit sejuk lalu ditapis dan simpan didalam bekas minuman bertutup dan simpan didalam peti sejuk.
  5. Amalkan minum jamu kunyit setiap hari sebelum sarapan setengah gelas sehari. 

Kesan awal mengamalkan jus kunyit ini korang boleh rasa badan tu segar je dan yang paling best masalah sengal-sengal badan tu makin kurang. Kita minum dua hari je dah hampir hilang rasa sengal-sengal tapak kaki ni. Takde la 24 jam nak kena pakai stokin lagi. Selamat mencuba.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...