Saturday, February 1, 2020

Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara | Hari ke-3 cuti raya cina kami masih meneruskan jalan-jalan KL ke Pusat Sains Negara pula. Dah lama nak datang sini bawa anak-anak tapi masa tu tengah viral kata Pusat Sains dah renovate cantik luar dan dalam serta banyak perubahan maka berpusu-pusu orang datang sampai parking kete kat tepi jalan je. Tapi tu cerita tahun lepas la.

 Cantik dah Pusat Sains Negara yang sekarang ni, warna-warni baru padan sebagai Pusat Sains Negara, macam Pelangi.


Pusat Sains Negara ini terletak di kawasan Bukit Kiara berhampiran dengan area Damansara. Kami gerak awal seawal pukul 8.00am tau dan tiba di sana pada pukul 8.40am gitu. Kami diantara yang terawal sampai di Pusat Sains Negara ini. 




Terlalu awal sampai, pintu Pusat Sains pun tak buka lagi.

Oleh kerana Pusat Sains dibuka pada pukul 9 pagi jadi kami bersarapan dahulu di café yang terdapat disitu. Mujur datang awal, tak perlulah kami berebut tempat makan.

 adik Fakeeh muka mengantuk je, tak puas tidur dia.

Asha makan mee goreng dengan nescafe tarik

asben makan nasi goreng telur mata dengan teh tarik

Menu di café ini simple je, ada mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, bihun goreng, sambal, telur goreng dan timun. Asha makan mee goreng dengan nescafe tarik, manakala suami makan nasi goreng dgn teh tarik. Anak-anak pula makan kuih pau. Tak banyak sangat pun pilihan makanan disini, yang makan pun staf-staf disini sahaja.

abg dan adik ralik tgk ikan

Sementara tunggu abah budak-budak ni beli tiket Asha layankan anak-anak tengok ikan dalam aquarium kat area lobi atau depan kaunter tiket tu. 

Nampak bersih aquarium disini.

Harga tiket masuk ke Pusat Sains;
  • Dewasa RM 6.00
  • Kanak-kanak 7 tahun ke ats RM 3.00

Pameran 'Dinosaur Encounter'
  • Dewasa RM 15.00
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas RM 12.00

Pameran 'Survive the Bunker'
  • Dewasa RM 4.00
  • Kanak-kanak 7 tahun ke atas RM 2.00 (kanak-kanak dibawah umur 7 tahun kebawah tidak dibenarkan masuk) 
Untuk info lanjut anda boleh layari website: http://www.psn.gov.my/bayaran-masuk/

So kami beli tike masuk ke Pusat Sains serta pameran Dinosaur Encounter sahaja, untuk pameran Survive the Bunker tak boleh masuk kerana anak-anak masih kecil lagi mungkin pameran-pameran didalam itu tidak sesuai untuk mereka.

Fateh dan abah mencuba pam tekanan air untuk melihat setakat mana sampan atau bot kat dalam tu boleh terapung


tengok menda ni nampak macam tiada fungsi pada mulanya.

try letak tangan baru ada function

Fateh sedang menimbang berat untuk menyukat berat jisim air dalam badan.

ni diantara benda-benda interafktif yg baru disini.

Science Valley

merasai gempa bumi pada skala paling rendah sehingga yang tertinggi.

Anatomi ombak 

menngetahui mengenai sel-sel tubuh badan

yg ni seksyen genetic atau kromosom, saje try tgk sama tak campuran genetic tu hehee.

 yang ni Fateh suka la letrik-letirk ni pasal biasa tgk atok pasang lampu.

yang ni kita belajar pasal tuas. duduk lepastu angkat diri sendiri atau peribahasa kata masuk bakul angkat sendiri hahaha.

yang ni bunyinya agak bising, setiap kali ada orang cuba alat ini memang bergema bunyinya kat dalam tu.

Kalau korang nak tahu Pusat Sains Negara ni ada 3 tingkat. Level paling atas tu boleh tengok cermin warna-warni yang korang nampak kat luar tu tapi malangnya kami tak naik pun sampai situ. Kami naik sampai tingkat 2 je sebab nak tengok dinosour.

sebelum tengok dinosour kami bagi anak-anak main kat sini dulu-Kidsworld.

tengok syiling kubah ni cantik.

sementara tunggu budak-budak ni main puas-puas kita selfie skit.

si abang Fateh pula main kat sini.

adik sebenarnya dah mengantuk, nampak permainan terus segar.

Bagi budak-budak ni main 15 minit je sebab nak tengok dinosour pula. Lagipun si kecil tu dah meragam sikit takut tak sempat tengok apa-apa pun.

sebelum masuk kami diberi sedikit penerangan oleh renjer yg bertugas.

masuk je terus rasa wow...macam dah lama tak tengok pameran macamni.

welfie satu family, nasib baik muat frame lagi.










Lama juga masuk dalam tu lagi-lagi tiada orang, tu untung datang awal. Dah puas tengok dinosour kami keluar untuk menyaksikan Virtual Reality Dinousour pula. 

sebelum masuk tengok VR Dinosour kami disuruh buat origami dinosour, part yg ni Fateh dgn abhnya jela buat, umminya pula dah bawa lari adik ke tempat lain yg sunyi sepi bagi adik susu dan tidur kejap.

ni la origami yg Fateh buat dgn kakak-kakak renjer tu.

Bagi si kecik tu susu dan tidur 20 minit kat seksyen pameran Fizik, seriously kat area ni memang tiada orang sebab orangnya ramai kat bawah.
ni la dia Virtual Reality yg Asha cakap tu

boleh tengok versi video ni

Kemudian kami sambung semula tour kami ke seksyen fizik dan kimia pula.

Ingat lagi ke formula ni uols...siapa student sians stream mesti gila-gila  kena hafal menda ni kan.

yg ni seksyen audio dan media.

cari frekuensi radio. bayangkan kalau phone sekarang ni kena pakai arial ni cemana la agaknya nak letak kat poket hahaha.


kat sini pun tak ramai orang. Memang syok la tengok pameran kan.

Fateh cuba terbangkan helikopter.

show ekpsperimen

Around pukul 11 tu ada show eksperimen sains. Selesai je kami tengok pameran sains di tingkat atas kami turun semula kat area Kids World ni, sambil-sambil tengok anak-anak main tengok la show eksperimen sains ni.

Selesai show kami pun bergerak pulang, on the way cari jalan keluar tu kami masuk lagi seksyen pameran sains yg kami tak masuk lagi, fuh...memang berbaloi-baloi masuk sini dengan kadar bayaran tiket 6 hengget je. Fateh pun sampai minta balik, kalau dia tak puas main atau masuk sesuatu tempat tu memang mengamuk tak nak balik.

tempat ni je tak masuk memandangkan anak-anak dah penat.

last photo sebelum balik. Fateh siap tukar baju lain dah.

Almost 3 hours kami kat dalam Pusat Sains Negara ni, memang best dan puas hati bawa anak-anak kesini, selain dapat bermain anak-anak juga dapat didedahkan dengan ilmu-ilmu sains. Walaupun ada beberapa peralatan sains yg rosak tetapi ianya tidak mematahkan semngat kami atau berasa jemu sebab terlalu banyak peralatan sains yg lain boleh dicuba, itupun ada yg tak tercuba tau. 

Korang tak tahu nak bawa anak-anak kemana atau tempat yg sesuai untuk anak-anak serta bajet, kat sini la tempatnya. Boleh bermain dan boleh dapat ilmu.

ikan bakar  sari ros cafe

On the way balik kami singgah lunch kat Cheras, makan ikan bakar kat Restoran Sari Ros cafe. Ikan bakar kat sini memang awesome, sedap gila, kena cuba, memang fevret kami masa stay kat Cheras dulu. Ayaq asam dia paling power yg pernah aku rasa setakat ini.

Entri sebelum ini;

1 comment:

Umi Nazrah said...

Best sangat tengok gambar2, rasa excited nak pi 😍

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...