Thursday, February 6, 2020

Aktiviti School Fateh sepanjang January 2020

Aktiviti School Fateh sepanjang January 2020 | Pejam celik bulan Januari 2020 telah pun melabuhkan tirainya, kini lembaran februari pula menjelma. Sekejap je masa berlalu tup-tup dah sebulan anak sulung kami si Al-Fateh bersekolah.

Selama tempoh sebulan persekolahan ni macam-macam aktiviti pembelajaran anak yang telah diajar dan dipelajari, mostly Asha nampak more to technical and skills.

First week of school adalah week orientasi anak-anak di Tadika Smart Caliph Centre ini. Aktiviti yang dijalankan pun lebih kepada arts. Minggu yg agak mencabar juga sebab first time anak masuk sekolah kan memang mencabar la sebab tiada pengalaman lagi. Paling mencabar nak kejutkan anak bangun tidur dan hadap drama tak mo pi sekolahnya tu.

First week of school
belajar buat kolaj, masa ni emosi Fateh macam bercelaru sikit, first time kena berdikari dan berjauhan dengan kami sekejap gitu la.
 

hasil kolaj Al-Fateh.

Ada belajar solat juga.
 
Untuk first week persekolahan ni memang tiada homework lagi, belajar menulis pun belum mula lagi masa ni.
 
Masuk second weeks of school pula Fateh dah start dgn drama TV3 dia tu ha, tak nak pergi sekolah la, pergi sekolah lambat sebab mengantuk la dan kadang-kadang suruh atuk dia pula hantar. Hurm...macam-macam.
 
2nd weeks of school
belajar buat mickey mouse pula, art kali ini lebih kepada meningkatkan motor skill jari-jemari anak-anak dengan menggunakan gunting pula.
 
berfoto dengan kawan...ke awek ni Fateh hahaha.

Third weeks of school pula Fateh ada skip kelas sebab demam selsema, kebetulan masa tu wabak demam Influenza tengah viral tapi Alhamdulillah la Fateh demam selsema biasa-biasa sahaja. Kali ni aktiviti sekolahnya ada masak-masak pula, Fateh jadi little chef pulak.
 
3rd weeks of school
little chef Al-Fateh belajar buat kuih donut

uli-uli doh

Nampak kusyuk sgt dia, masak-masak ni memang minat dia juga ni.
 
ni la hasil donut anak-anak disini.
 
Minggu terakhir persekolahan pun still ada aktiviti art tapi dah start belajar menulis juga sebab Asha perasan dalam beg Fateh ada homework tapi so far tu jela sekali. Tapi Fateh tak pandai menulis lagi maybe sebab tu cikgu banyak bagi buat art bagi skill jari-jemari tu cekap pegang colour pencil kot. Asha ada juga print dan beli buku untuk Fateh belajar menulis, tapi nampaknya dia kurang berminat menulis. Kalau suruh mengaji atau menyanyi lagu apa yg dia belajar kat sekolah tu laju je dia, nampak la kalau apa yg dia belajar kat sekolah tu dia ingat.

Last week of January 
belajar buat kumbang atau lady birds.
 
 
berfoto dengan kawan-kawan sambil tunjuk hasil seni masing-masing.
  
Aktiviti hari jumaat pula dengar kisah nabi-nabi dan rasul

focus sangat budak tu hehehe, tapi baguslah supaya cepat ingat.

lepas tu aktiviti indoor sports.

main rebut kerusi

main pass bola, Fateh nampak excited menunggu giliran dia.

main-main masuk terowong

meniti titi
 
Pendek kata aktiviti hari jumaat ni lebih santai dari hari-hari lain. So far nampak Fateh dah seronok nak ke soklah, drama dah takde sangat, kalau ada pun bila dia rindu dgn atok dan neneknya dia minta abahnya hantar rumah atok dan neneknya dengan alasan nak salam atok dulu la, nak atok hantar la, nak nenek dukung la. Mengada-ngada kan.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...