Saturday, January 4, 2020

Smart Caliph Centre | Fateh 1st day School

Smart Caliph Centre | Fateh 1st day School - Assalamualikum dan Selamat Tahun Baru 2020 semua. Coretan Asha kali ini berkisar persekolahan anak yang pertama kali menjejaki kaki ke alam persekolahan.



Misi Pencarian

Alhamdulillah...misi pencarian sekolah tadika untuk Al-Fateh selesai.

Misi pencarian sekolah untuk Fateh ini bermula dari bln 1 tahun lepas sebenarnya, Asha try survey tadika yang berdekatan dan harga berpatutan seperti Tadika Kemas tapi kena register awal pertengahan tahun bulan 6 macam tu dan kuota pula agak terhad serta belum tentu berjaya. Hasil perbincangan dengan suami pula tak nak terburu-buru, katanya bila tiba masa nanti baru cari so Asha  pun cancelled Tadika Kemas dalam list survey kami.

Dua bulan sebelum decide Smart Caliph Centre ni Asha ada berbincang dengan suami beberapa list Tadika yang betul-betul mengikut spesifikasi yang suami nak tu. Maksudnya school yang bakal Fateh sekolah ni mesti berteraskan Islamic Education, ada belajar mengaji, zikir, solat dan searus dengannya. Diantara list sekolah tersebut adalah;
  • Genius Aulad
  • Little Caliph
  • Brainy Bunch
Lokasi untuk ketiga-tiga list ini pula agak jauh dari rumah kami dan ianya terletak di kawasan pekan atau Bandar serta di kawasan perniagaan(shoplot). Jadi faham-faham ajela kawasan sibuk, dari segi keselamatan tu agak kurang sikit lagi-lagi kami berdua ni jenis bekerja jauh di tengah bandaraya pesat Kuala Lumpur tu ha.

Bila hampir ke penghujung tahun pula suami ada ternampak kain rentang 'Pendaftaran Tadika Smart Caliph Centre' di area kedai berhampiran rumah kami. Terus dia snapshot dan hantar ke whatsapp.

free trial 1 week.

Selepas kami berbincang suami decide nak pergi ke main brunch Smart Caliph Centre Bandar Seri Putra untuk pertanyaan dan pendaftaran. Masa open day pula Asha ajak suami pergi ke Tadika tersebut walaupun dah registered tapi sekadar nak lihat kawasan tadika tu aje, yela kena la check tempat kita nak tinggalkan anak kita belajar tu selesa ke tidak, selamat tak, so dapat la tengok keadaan bilik kelas, dapur, tempat tidur untuk anak-anak yang ambil day care dan kawasan sekeliling school tu cuma bilik air je segan nak buka tengok hahaha. Yang paling penting ada cctv dan ada guard house, nak masuk kena ada sticker pass dari cikgu, macamni baru selamat sikit. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami untuk dapatkan tempat belajar Fateh yang dekat dengan rumah kami dan rumah parents Asha. Jika ada berlaku hal-hal kecemasan Atuknya boleh tolong tengokkan.

Fee Registration

Silibus Pembelajaran

Bayaran Pendaftaran Tadika Smart Caliph Centre ini berpatutan juga dalam RM800+ je. Monthly aound RM400 termasuk day care(belajar, makan & minum-3 kali dan mandi). Start masuk sekolah pukul 7am-12.30pm, day care pula sampai pukul 6.30pm. Tadika lain-lain Asha survey day care sampai pukul 6pm je, aje gila kita nak pecut dari KL tempoh jem lagi jemput anak hahaha. Tapi ada kenakan charge setiap seminit RM0.60 selepas 6.30pm jika lewat ambil anak dan cikgu ada bagi kelonggaran juga paling lewat pukul 7pm.

Tadika ini juga menerima pelajar bermula dari usia 3 hingga 6 tahun, jarang sekali ada school yang nak ambil anak-anak yang berusia 3 tahun masuk school.

First Day School


Pagi-pagi pukul 6.30am dah kejutkan Fateh bangun pagi bersiap untuk ke sekolah. Abahnya yang siapkan Fateh mandi dan pakaikan baju sekolah. Umminya cuma iron baju, packing barang-barang sekolah dan baju basahan Fateh, ok la tu uruskan anak sama-sama baru betul hehee.

abg Fateh buat drama pagi-pagi

Lepas dah siap tu dia boleh buat drama pula, sedih macam kita nak tinggalkan dia lama kat sekolah tu, siap minta abahnya nak peluk, air mata mengalir macam nak kena tinggal kat asrama kekdahnya.

Aktiviti Orientasi

Selepas selesai hari persekolahan hari pertama ticer sent link foto aktiviti anak-anak ke whatsapp ibu-bapa.

Day 1 Orientation week👦👧
🎨 collage: my name
🕋 solat dhuha
🎈blow the balloon
🎪 play with new friends & teachers


Solat Dhuha


Buat collage nama sendiri

Inilah hasilnya

Tiup Baloon tapi Fateh tak pandai tiup, dia duduk je kat belakang tu hahaha.

So far untuk branch Semenyih Permai ni tak ramai student dalam 10 orang je, baru lagikan. Pengasas tadika ini target paling minimum 15 orang dan maximum 30 org je. Tak ramai sangat pun bagus juga sebab cikgu boleh focus kat anak-anak.

Hari pertama sekolah ni ambil Fateh awal sikit dalam pukul 3pm macamtu sebab Asha off day hari tersebut untuk selesaikan beberapa urusan personal. Masa ambil tu time anak-anak yang day care ni tidur beramai-ramai kat ruang tamu, tapi Fateh tak tidur pun, masa sampai depan pintu school tu dengar suara dia je bermain.


Next day pula Asha start pergi kerja macam biasa dan Fateh abahnya yang siapkan serta hantar pergi school still ada drama juga pagi-pagi tu nangis minta abahnya tinggalkan adik sekali kat school hahaha. Bila time balik Asha sampai ngam-ngam pukul 6.30pm tinggal dia je sorang-sorang dengan cikgu. Cikgunya mengadu Fateh asyik tanya mana abah tak datang-datang ni sebab dia bosan kawan-kawan semua dah balik, kesian pula bila dia sorang-sorang je tinggal tunggu kita. Bila Asha tanya cikgu tu last student balik parents ambil pukul berapa, cikgu tu bagitau pukul 6 petang, oooh ok la  tu beza 30 minit je, risau juga kalau Fateh bosan nanti hari-hari begini.

Dari segi harga Asha rasa berpatutan sahaja, mana lagi nak cari yang lagi murah dan dekat. Kalau ada yang lagi murah pun tapi jauh pula, perkara-perkara begini pun perlu diambil kira. So Asha listkan dibawah ini beberapa point punca yuran tadika swasta mahal serta tips pilih tadika, bagi buka sikit minda ibu bapa yang masih tak celik lagi tu huhuhu.


Punca Yuran Tadika Swasta Mahal


1) Peningkatan gaji minimum di Malaysia - cikgu-cikgu pun manusia biasa yang ada kehidupan lain yang perlu ditanggung seperti kita juga, takkan nak bagi gaji 500-700 je.
2) Sosio kekeluargaan yang telah banyak berubah. Majoriti ibu bapa hari ini bekerjaya. Menyebabkan permintaan taska, tadika prasekolah di Malaysia semakin meningkat. Adakalanya permintaan melebihi penawaran penyebabkan yuran tadika yang dikenakan melonjak tinggi.
3) Tahap keperihatian ibu bapa hari ini terhadap pendidikan awal kanak kanak semakin meningkat. Mereka mahu yang terbaik.
4) Kos sewa kedai dan sewa rumah semakin meningkat tinggi - kebanyakan sekolah tadika sekarang terletak dirumah kedai atau shoplot faham-faham sahaja sewa shoplot lagi mahal dari rumah. Sedangkan sewa rumah di KL pun dah cecah RM900 sebulan untuk apratment kalau teres lebih lagi la harga sewanya.
5) Kalangan guru yang mengajar adalah yang berkualiti dan berpendidikan - kebanyakan guru  tadika sekarang adalah lepasan Diploma dan Ijazah.

Tips Pilih Tadika

Paling penting jangan sibuk ikut orang. Setiap orang berbeza-beza taraf keperluan kehidupan berkeluarga seperti jumlah anak, kewangan, lokaliti. Semua itu perlu diambil kira.
  • Cari yang berhampiran dengan tempat kerja atau rumah anda. Senang jikalau ada hal kecemasan anda boleh segera bergegas ke sana. Senang juga hantar dan jemput anak.
  • Tahap kebersihan dan keselamatan tempat tadika tersebut perlu diambil kira. Sebab anak anda akan ke sana setiap hari bekerja sepanjang tahun.
  • Kaedah dan modul pembelajaran adalah sesuai dengan “keperluan semasa” anak anda?
  • Anda mampu atau tidak untuk bayar degan kadar yang dikenakan? Ukur baju dibadan sendiri. Jikalau mampu apa salahnya.
 
Kesimpulannya, ini baru permulaan pra-persekolahan Fateh untuk usianya 5 tahun, kami lihat dulu perkembangannya bagaimana disini, masih ada peluang lagi untuk cuba hantar tadika lain untuk usianya 6 tahun nanti. Bagi Asha untuk permulaan ini bagi dia berkawan dan bermain dulu, belajar sikit-sikit tu tak pe la dulu. 




Nota Kaki: Punca Yuran Tadika Swasta Mahal & Tips Pilih Tadika telah diambil disalah satu blog atau website di internet dan telah diolah mengikut kesesuaian penulis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...