Sunday, February 24, 2019

D.I.Y Buckwheat Pillow

D.I.Y Buckwheat Pillow | D.I.Y kali ini Asha nak share cara-cara membuat bantal dari isi kulit taugeh yang telah kering atau nama omputihnya buckwheat pillow. Asha pun baru je tahu buckwheat ni dari officemate Asha yang berbangsa cina, dia yang memperkenalkan pada Asha dan siap bagi sikit isi buckwheat ni untuk Asha cuba buat satu bagi anak pakai. Lama dah sebenarnya dia bagi, dari awal kehamilan dulu tapi oleh kerana Asha ada alahan tak dapat la nak buat.


Buckwheat Pillow.

Ini rupa kulit taugeh yg dah kering tu. kalau korang perasan dekat hujung tugeh tu kan ada kulitnya, ha yg itu la diambil lalu dikeringkan. Ada yg tanya Asha tak rapuh ke kalau dipicit. Jawapannya tidak sebab Asha dah test, bila dipicit sifatnya liat seperti daun kering yg tak habis kering gitu.

Cara-cara D.I.Y Buckwheat Pillow

  • Kain cotton / Japanesse cotton
  • Gunting kain, bukan gunting ikan yek
  • Jarum peniti
  • Isi buckwheat


1- Pertama sekali kain cotton haruslah dilipat dua secara terbalik, kalau yg baru nak belajar tu kena ukur dulu la size nak besar mana yek.



2- Langkah kedua - Tang hujung tu Asha potong sikit sebab panjang sangat pula, tak nak ada banyak ruang kosong bila buckwheat tu diisi.



3- Langkah ketiga -  Kita pinkan sekeliling kain dengan jarum peniti supaya mudah nak jahit nanti. Dah expert tak yah pin pun tak pe. Jarakkan 1 inci dari tepi kain supaya tak terjahit peniti tu.



4 - Seterusnya kita mula menjahit sekeliling kain tadi tetapi dibahagian atas dibiarkan terlebih dahulu, sebabnya nanti nak diterbalikkan kain tu untuk mengisi buckwheat.



5- Sebelum itu, jangan lupa potong sikit dibahagian penjuru kain yg telah dijahit tu, fungsinya supaya masa kain diterbalikkan nanti takde la bergulung hujung tu, nampak kemas sikit.


ni la rupa sarung bantal yg dah siap dijahit dan diterbalikkan tu.


6- Setelah sarung bantal dah diterbalikkan, kita isi buckwheat. Asha isi sampai habis buckwheat, ngam2 cukup untuk satu bantal peluk kecil.



7- Akhir sekali, kita lipatkan hujung kain yg belum berjahit tu masuk kedalam kemudian dijahit.


Tara...dah siap pun, mudah je nak buat, kalau tiada mesin jahit pun boleh je jahit pakai tangan.


boleh la pulangkan semula bantal lembik-lembik polka dot si abangnya dah.


suka dia bantal peluk baru ni.

Antara kebaikan penggunaan Buckwheat pillow ini adalah dapat memberi sokongan yang sempurna pada tubuh bayi terutama dibahagian kepala. Bayi juga lebih lena tidur sebab dapat peluk bantal yang lembut dan bukan keras seperti bantal-bantal yg dijual dipasaran. Sebenarnya penggunaan buckwheat pillow ni sangat meluas tau di luar negara dan ramai digunakan oleh golongan dewasa juga cuma di  Malaysia ni je kurang pendedahan atau Asha je yg tak tahu kot.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...