Sunday, February 10, 2019

Pasar Stesen Kuala Kangsar


Pasar Stesen Kuala Kangsar | Hari selasa iaitu first day raya cina kami bersiar-siar sekitar Kuala Kangsar pula. (Entri sebelum ini >>  Pasir Salak  << ) Disini terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati maklumlah Bandar Diraja kan...mesti banyak bangunan-bangunan sejarah dan unik untuk dilawati. Sambil-sambil tu dengar cerita dari suami yg dia pernah sekolah kat Clifford School yg terletak bersebelahan dengan sekolah MCKK(Malay College Kuala Kangsar). Katanya sekolah MCKK tu sekolah budak-budak pandai. Kalau tengok di carian Google pun sekolah MCKK ni sangat popular.

Mula-mula sampai kami cari tempat makan yg popular terlebih dahulu. Kata pak mertua tempat makan yg sedap banyak kat area tepi sungai tu, ramai peniaga yg buka gerai disitu.

Diantara gerai-gerai di sepanjang tepi sungai Perak, Kuala Kangsar.

Tapi kami tak pergi makan kat area tepi sungai tu pun pasal cuaca panas dan lagi pun kami bawa baby jadi tak sesuai nak makan kat situ, next time aje ler. Kami try makan laksa di area food court  yang berhampiran dengan pusat kraftangan disitu. Tak ingat nama kedai tu pula hurm...

Kami order dua mangkuk laksa Kuale, kuahnya kurang pekat tapi sedap je cukup rasa, maybe laksa kuale begini kot rupa dan rasanya.

Order semangkuk Es Milo kepal sedap sesangat walaupun tiada isi kosong je, hanya ais dan milo. Tak puas makan, next time kena datang sini lagi.

Si kecik ni senang betul bawa berjalan tak meragam sangat.

Selesai makan kami terus masuk ke dalam Pasar Stesen. Actually tempat ni macam bekas pasar lama, now dah jadi tempat menjual pakaian, kasut dan lain-lain barang means bukan pasar tempat jual ikan atau barangan basah ler. Rasanya tapak pasar ikan dah tukar tempat lain kot, maaf Asha takde banyak info berkenaan hal ini.

Mula-mula masuk je dah nampak orang jual jajan(makanan ringan) di tepi pintu masuk pasar. Suami yg mula perasan dulu, katanya ni jajan zaman-zaman 80's 90's nih. Kat sini jajan-jajan legend ni dijual pada harga yg murah juga jika nak dibandingkan di KL.

Ada gula-gula macam lolipop susu yg panjang-panjang tu tak ingat nama apa tapi selalu juga Asha beli zaman kecil dulu. La ni bagi anak pula rasa. 

Salah satu gula-gula atau coklat zaman-zaman kita dulu kalau anda masih ingat.

Ada juga diantara jajan-jajan zaman sekarang turut dijual disini.

Suami yg sibuk nak beli sangat tu. Kalau Asha tak suka nak ajar anak-anak makan jajan ni.

Kat Pasar Stesen ni selain kami membeli jajan ada juga Asha singgah beli baju, berkenan juga Asha baju-baju kat kedai brader sorang ni. Muda je lagi tokey kedai baju tu malahan kedai dia yg agak besar berbanding kedai-kedai yg lain. Not bad la, up to date juga pakaiannya walaupun fesyen ala-ala uptown downtown atau baju siam sekali pun lawo-lawo juga rambang matalah jadinya. Asha siap cakap dengan suami kena datang sini selalu la jika pulang ke kampung. Memang mark terus tempat ni jadi one of my favourite place untuk menyinggah selain di Lumut. Sempat la grab 2 helai baju kelawar dengan harga RM12 serta kelawar lengan panjang RM20 dan sport legging RM10. Ikut hati macam-macam nak dibeli pasal geram pulak tengok barang-barang kat sini. Entah tak tahu la kenapa lepas habis pantang ni Asha jadi gila menyopping pulak, offline ke online ke habis hakak sapu.

Selesai perabis duit suami membeli-belah kat sini kami pun bergerak pulang. On the way nak ke kereta tu ternampak mak cik jual apam tapai, try beli satu.

Apam tapai yg dijual pada harga RM3 untuk dua keping.

Sedap juga apam tapai ni, mula-mula ingat rasa tapai tapi tak rasa pun, maybe tapai tu digunakan untuk menaikkan atau melembutkan apam agaknya sebab teksturnya memang lembut, sedap makan dan tidak terlalu manis. Sekeping juga la Asha habiskan sorang-sorang makan.


Ada jual barangan kraf juga disini, yang mana dok mencari bakul, tudung saji, labu sayong dan sebagainya boleh la singgah sini.

Next kami meneruskan perjalanan ke Istana Kenangan tapi sayang sekali Istana Kenangan hanya tinggal kenangan sudah pasal tempatnya telah ditutup untuk renovation. Tinggal rangka je bangunan tersebut, dinding-dindingnya telah ditanggalkan untuk digantikan yg baru, tak dapat la Asha nak berfoto kenangan disini.

Tengok Istana Kenangan ni teringat iklan Adabi.

Kemudian kami singgah di Galeri Sultan Azlan Shah tapi malangnya public holiday galerinya ditutup. Penyudahnya kami ke Masjid Ubudiah sahaja.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...