Saturday, February 9, 2019

Pasir Salak

Pasir Salak | The next day pula iaitu hari terakhir kami di Teluk Batik (Entri sebelum ini >> chalet-pak-man-teluk-batik << ) macam biasa dah hari terakhir tu bagi chance la kat anak yg sulung tu mandi laut puas-puas.

Around pukul 12pm kami pun check out dan meneruskan perjalanan kami ke Pasir Salak pula. Sibuk cik abang tu ha ajak kita pi kompleks bersejarah tengok sejarah pula katanya. Kita layankan...

Sebelum masuk ke dalam muzium kita berfoto dulu dihadapan jam suria.


Peta seluruh kawasan muzium. Tempat ni sesuai sangat untuk photoshoot wedding atau untuk korang yg kaki posing pasal banyak bangunan atau menara bersejarah disini.

Ini keterangan berkenaan Jam Suria.

Asyik gambar ummi je maka kita bagi mereka bertiga ni pose pulak hee..Baby Uwais tak sampai dua bulan lagi dah dibawa berjalan. Tak meragam elok je dia, good boy budak nih.

Kaunter bayaran masuk muzium Pasir Salak.

Bayaran masuk kesini sekitar RM4 untuk dewasa dan kanak-kanak atas 7 tahun RM2 sahaja. Sebelum masuk kami telah diberitahu supaya tidak mengambil foto pameran sepanjang berada didalam muzium. 

Apa yang menarik sangat kat dalam ni yek, ha dah nama pun muzium sejarah kalau yg tidak minat sejarah tu memang rasa tak menarik dan bosan la jadinya. Mula-mula masuk kami melihat pameran kronologi sejarah terbentuknya kerajaan Melayu yg dimulai dengan sejarah Parameswara membuka negeri Melaka dan seterusnya sejarah susur galur raja-raja melayu sehinggalah kepada sejarah politik yang memperlihatkan dimana tertubuhnya UMNO serta pejuang-pejuang rakyat didalam memperjuangkan kemerdekaan.

Dapat Asha rumuskan disini sepanjang melihat pameran sejarah pembentukan kerajaan Melayu ni yg paling menarik mengenai penubuhan UMNO, opps hakak bukan nak berpolitik tapi Asha boleh nampak kenapa orang tua-tua sangat sayangkan parti yg satu ini berbanding orang-orang muda zaman la ni. Nak tahu kenapa kena la datang sini.

Kemudian kami melihat pameran pakaian raja-raja melayu, menteri-menteri, hulubalang dan rakyat jelata zaman dahulu. 

Yang terakhir kami melihat pameran khazanah asal keris-keris seantaro Asia dan kebanyakan keris-keris disini berasal dari tanah melayu dan Indonesia. Apa yang Asha ketahui hasil dari lawatan pameran bersejarah ini sejarah asal keris dikatakan berasal dari Indonesia dan ada lagi satu pendapat menyatakan bahawa ianya berasal dari Eropah. Tang keris ni je yang Asha rasa menarik sangat nak tengok dan ambil tahu. Keris yang paling cantik dan unik sekali bagi Asha adalah keris buatan jawa dan bali memang cantik dan kreatif pembuatannya. Lagi satu yang best korang boleh tengok keris Taming Sari kepunyaan kesultanan Perak, memang kerisnya nampak cantik dan lain daripada yg lain, teringat pula drama melayu dahulukala pasal perebutan keris Taming Sari ni. Tapi sayang tidak dibenarkan mengambil foto-foto pameran kecuali pihak-pihak tertentu sahaja yang dibenarkan.


Pameran diluar pintu masuk, hahaha yang ni je boleh ambil gambar.

Seterusnya kami pergi melihat tapak tempat dimana J.W.W Birch mati dibunuh. 


Disini la sungai dimana tempat J.W.W Birch bermandi-manda sebelum dibunuh.


Tugu peringatan pahlawan Perak dibina bagi melambangkan pengorbanan dan kepahlawanan penduduk Pasir Salak ketika menentang penjajah British.

Tugu peringatan J.W.W Birch dibina oleh Kerajaan British sekitar tahun 1900 yang dibunuh berhadapan tugu ini di tebing sungai Perak.

Last sekali kami berfoto disekitar perkarangan Muzium ini, pemandangan kat sini not bad la untuk kaki foto macam hakak ni.

Suruh posing tapi macam nak menari ballet pulak budak nih.

berposing depan tugu J.W.W Birch

Ha..cukup la setakat ni je Asha share foto-foto pose hakak nanti korang menyampah pulak hehehe. Habis je lawatan ini kami pun pulang ke rumah mertua di Bota dan meneruskan lagi misi berjalan-jalan ke sekitar Kuala Kangsar pula.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...