Wednesday, January 23, 2019

Anak kena Jaundice | Demam Kuning

Jaundice | Demam Kuning | merupakan penyakit yg sangat popular dikalangan bayi pada masa kini. Boleh dikatakan setiap bayi yg lahir mesti ada jaundice. Anak Asha juga tidak terkecuali dari terkena demam kuning ini. Selepas beberapa jam lahir je dah nampak tanda-tanda demam kuning, sama seperti kelahiran anak yg sebelum ni.

Kebiasaannya nak kurangkan demam kuning ni kena kerap susukan anak dengan susu ibu. Tapi Asha ni jenis lepas bersalin memang tak keluar susu badan. Pam susu pun keluar 1/2 ounce sahaja. Memang terus naik mendadak la bacaan demam kuning anak.

Bacaan Pertama Bilirubin 

Sehari selepas bersalin nurse desa datang kerumah buat check up bayi dan ibu. Seperti biasa Asha sudah menjangkakan nurse mesti akan check dan kata baby kita demam kuning. Nurse suruh refer Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi untuk check bacaan darah baby memandangkan Klinik zon kami iaitu Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra tutup pada hari Sabtu. 

Pagi-pagi dah menapak ke Klinik Bandar Baru Bangi, kami pergi awal-awal pagi sebab Sabtu half day je sini. Itupun dah ramai orang, nasib baik baby kita tak meragam.



































Bacaan yg pertama 11.6 masa check tu kira tinggi juga.

Bacaan Kedua Bilirubin

Keesokan harinya (Ahad) nurse desa datang lagi dan minta kami check lagi bacaan demam kuning anak di wad kecemasan Hospital Kajang pula, memandangkan hari minggu klinik kesihatan (KKIA) tak buka. Dengan badan yg masih lemah lagi pergi juga lah, nasib baik dah berurut sekali rasa kuat sikit la badan, kalo tak rasa berat je nak jalan. Asha packing baju Asha dan anak siap-siap mana la tahu kena tahan wad pulak.


Kami pergi terus ke Emergency Ward. Agak lama juga tunggu disini, faham-faham jela wad kecemasan, doktor-doktor disini agak sibuk melayan kes-kes kecemasan jadi kena bersabar la menunggu huhuu. 

Bacaan kali kedua - 12.8, naik lagi tu tapi nasib baik tak kena tahan wad tapi masih lagi kena ambil darah untuk pantau bacaan keesokan harinya. Kesian baby asyik kena cucuk je ambil darah, kesian kat umminya juga dalam pantang asyik kena keluar je.

Bacaan Ketiga Bilirubin


Hari isnin petang datang sini pula (Klinik kesihatan Bandar Seri Putra), memandangkan badan tak kuat lagi dan mama pula memang tak bagi kita drive dlm pantang ni jadi kena tunggu suami balik dari kerja petang tu baru pergi.

Bacaan kali ketiga pada 17.12.2018 menunjukkan peningkatan pada skala 15.0 pula adoi...semakin naik bacaan, kalau bacaan semakin meningkat sehingga 17.0 dah kena duduk bawah lampu ungu dah tu. Malam tu gigih susukan anak. Paksa baby bangun setiap 2 jam untuk disusukan.

Bacaan bilirubin yg seterusnya (18/12/18) Alhamdulillah dah semakin menurun. Untuk check up dua kali terakhir tu (20 & 26/12/18) memang Asha tak ikut dah, suami boleh pergi sendiri bawa baby sorang-sorang pasal badan Asha tak tahan duduk kerusi besi kat klinik tu rasa sejuk je maklumlah dalam pantang lagikan badan rasa tak sedap je.


Masih kuning lg ms ni. 

Simptom Penyakit Demam Kuning

Bagaimana nak mengenal pasti simptom penyakit demam kuning ni? Mudah sahaja, kita check  dan lihat bahagian putih mata dan kulit bayi bewarna kuning-kekuningan. Lebih jelas lagi apabila kulit bayi ditekan lembut memang akan lebih jelas la nampak kuningnya.

Tips atau Petua Menghilangkan Demam Kuning

1. Kerap susukan anak dengan susu badan kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Kejutkan dan susukan bayi anda setiap 2/3 jam.

3. Elakkan menjemur bayi di bawah matahari kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika perlu jemur bayi pada pukul 8.30-9.30 pagi.

4. Ibu-ibu yg menyusukan anak tidak digalakkan memakan makanan yg berunsur lada hitam, jamu, halia kerana boleh melambatkan proses demam kuning pulih. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...