Thursday, December 26, 2019

Birthday Celebration - Al- Fakeeh

Birthday Celebration - Al- Fakeeh | Pada 13/12/2019 merupakan hari ulangtahun kelahiran yang pertama anak Asha yang no 2 tu. Planning pun last minit, one week before baru terfikir nak buat makan-makan kat rumah kami. Jadi menu pun simple-simple je dapat buat dan beli.

Majlis buat hari sabtu walaupun hari lahirnya jatuh pada hari jumaat, memandangkan Asha pun sibuk uruskan Annual Dinner company pada hari jumaat tu so postponed buat keesokan harinya.

Oleh kerana semua pun last minit menu pun simple je, tak sempat nak buat or order dessert seperti kuih-muih, sandwich, puding atau aneka kek seperti muffin dn marble cake.

Tetamu yang dijemput pun family Asha je so mudah la untuk Asha prepare jenis dan kuantiti makanan yang perlu ada masa majlis tu.

Kek besday.
 
Kek besday suami Asha yang belikan kat Tesco je, kedai kek King's tu ha, tapi Asha lagi suka kek kat kedai area Pekan Semenyih yang selalu Asha beli tu kalau ada besday sesiapa dalam family kami tu ala...lupa nama kedai tu.

Dekorasi simple Happy Besday.
 
Dekorasi pun simple sesangat last minit hari Jumaat tu beli kat kedai jual barangan party area office kita ni je. Padahal yang lama punya deko ada je tak perasan dan sebab nak cepat tiada masa nak check kat mana simpan huhuuu.

Pizza Hut
 
Suami beli tiga pan pizza size medium, size large tak de katanya tapi semua bukan perisa yang kita suka huhuuu untuk tetamu boleh la.

Drumet & chicken wings pizza hut
 
Drumet dan chicken wings pizza hut ni memang Asha suruh suami beli buat tambahan makanan memandangkan Asha memang tak cukup masa nak masak semuanya sendiri. Walaupun plan nak je beli ayam or nugget frozen tu dan goreng sendiri tapi kakitangan dan masa tu tak cukup maka beli aje ler.


 
Pasta goreng
 
Betul-betul pasta goreng ni je yang Asha masak, tengok bahan-bahan dari pasta, ayam, hot dog
dan daging memang ada je kat rumah so terus terdetik nak goreng pasta je. Tambahan bahan-bahan masakan lain seperti carrot dan daun kucai je Asha beli kat pasaraya area office.

Buah oren.
 
Buah oren ni pun Asha beli kat Pasaraya Super Seven area office juga. Tapi Asha tak beli yang timbang kilo tu dikhuatiri rasanya masam, beli yang dah siap bungkus cantik terletak kat chiller buah-buahan dan sayur-sayuran tu ha. Memang betul manis rasanya tak masam.


Candy Bar
 
Semua pun beli kat pasaraya yang sama, beli coklat cadburry dan pudding je. Budak-budak ada dua
orang je so jadila, orang tua bukan boleh makan banyak-banyak coklat pun hihihi.

 

Air minuman suami lupa nak beli jadi Asha buat tea susu je.

Adik Fakeh potong kek.
 
Sebelum potong kek kami nyanyi lagu happy besday dulu then acara tiup lilin tapi Fakeh dah terpinga-pinga tengok orang nyanyi, apatah lagi tiup lilin. Lastly, atuk dengan abg fateh yang tolong tiup lilin.

Yang ni je dia paham, hadiah mainan.
 
Hadiah ni Asha yang beli online kat shopee je, dapat harga murah. Teringat Fakeh suka tolak walker dia berbanding duduk dalam tu, yela dah besar, dah nak berjalan. So Asha belikan fakeh Music walker.

terkial-kial dia nak berdiri.

seronok dia dapat tolak walker ni.
 
Selain dari hadiah music walker ni Fakeh dapat hadiah baju dari Pak Teh, Basikal dua seat dari Pak Ngah dan Paksu.

 

Wednesday, December 18, 2019

Restoran Rebung by Chef Ismail (Annual Dinner)

Restoran Rebung by Chef Ismail (Annual Dinner) | Pada 13.12.2019(Jumaat) yang lalu telah diadakan majlis makan malam tahunan company tempat Asha kerja di Restoran Rebung. Macam biasa la tugas Asha adalah mencari tempat-tempat makan atau event untuk company function. Booking restoran ni tiga minggu awal dan follow up booking semula lima hari sebelum event.


Lucky Draw

Sebelum itu, acara Lucky Draw telah diadakan terlebih dahulu di opis, memandangkan kami semua tak mahu angkut semua hadiah-hadiah lucky draw yang boleh tahan besar juga tu ke Restoran.

Kami habis waktu bekerja pukul 5.30pm tapi pukul 5.00pm acara Lucky draw telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari President kami Mr. TGL(maaf tak mo mention nama bos hihhiii) dan ucapan dari Naib Presiden En. KAG (juga tak nak mention nama penuh).

Ini dia hadiah lucky draw kami. Ada kipas, handbeg, coffee maker, steamer iron, water heater, voucher, vacuum, BBQ set, juice blender, power bank, dan lain-lain.

Lucky draw no.1 sis Leenda dapat Handbeg brand Brenice kaler merah gitew.

Uncle Yasin(Driver bos) dapat coffee maker.

Our Despatch Boy Nazim dapat Juice blender.

Our Fieldman Syukri dapat voucher membeli-belah AEON

Our fieldman Halim dapat BBQ set.

Our draughtsman Pn. Rina dapat water heater.

My colleague Fitriyah dapat hadiah yg sama dgn kita iaitu vacum. 

Our Accountant Kaka dapat steamer iron.

Dapur letrik yang kita aim tu draughtsman kita si Suhaimi yang dapat huhuuu.

 draughtsman kami seterusnya Kharul dapat voucher Aeon dan beg chair.

Our HR yang suka potpet2 macam mak tiri Cinderella ni pula dapat last sekali, voucher Aeon.

Me-lucky draw no 6 huhuuu dapat vacum. Aim nak kipas or dapur masak elektrik tapi dapat vacum pun ok la kan. Dah tiga biji vacum Asha ada sekarang ni dan semuanya orang bagi juga tu. Tapi yang ni best la sikit sebab kecil dan ringan. 

See anak pun boleh tolong vacum sebab ringan dan paling best boleh nampak habuk dan sampah2 kecil kat dalam vacum tu, boleh terus buang je, nak buka pun senang.

Setel lucky draw kami bergerak terus ke Restoran Rebung. Masing-masing ada yang pergi dengan kenderaan sendiri, macam kami yang mak-mak ni naik kereta company je jimat minyak hihii.

Restoran Rebung by Chef Ismail

Kami tiba dalam pukul 6.50pm macam tu, round-round dalam restoran dulu tengok persekitaran dan hidangan-hidangan yang mana dah siap dihidang sambil-sambil ambil gambar.

ini dekorasi kat pintu masuk betul-betul depan lif, buka je pintu lif wow banyaknya deko dia huhuu. Dekorasi stail kampung gitew.

sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai Asha berfoto dulu, actually restoran Chef Ismail ni banyak sangat hiasannya tau dah macam galeri. Kalau dekorasi di pintu masuk ada barang-barang antik, pinggan mangkuk, periuk dan kain batik. Kat sini pula ada almari antik dan buku-buku dijadikan sebagai dekorasi.

Table kami dapat bahagian hujung dekat dengan pintu, kita yang request gitu sebab ingat nak buat lucky draw kat sini, nasib baik tak jadi fuh.

ni table kami untuk mak-mak kaki gossip wakakaka.

Mari kita lihat menu-menunya;

Harga buffet (dinner) untuk sekepala RM53.00 tidak termasuk caj. Menu masakan disini mostly hidangan masakan melayu kampung dan dipecahkan mengikut kategori seperti Appetizer, Main Buffet, Side dish, desserts dan Grilled.

Menu Appetizer;

Menu pembuka selera yang dihidangkan disini lebih kepada yang berkuah. Tapi Asha tak de amik untuk rasa pun menu appetizer yang jenis berkuah ni sebab takut kenyang hirup kuah je hehee. Tapi tu la, rasa menyesal pula tak rasa lagi-lagi ada menu febret seperti laksa.

Appetizer yang berkuah - Laksa, mee dan bihun.

Bahagian salad or vegie.

Rojak buah kena pilih dan gaul sendiri, sumpah sedap.

Tauhu Bakar dibawah lapisannya ada pes sos kacang tapi tauhunya bagi Asha kureng sikit la sebab terlalu garing jadi liat sikit. Adoi...frust sikit la sebab tauhu one of my fevret tau.

Popiah basah - my collegue said vegie nya tersangat fresh bila gigit so crunchy.

Lain-lain menu appetizer ada murtabak, cucur bawang yg so sedap, sotong goreng tepung, onde-onde, keropok lekor, roti jala dan banyak lagi.

Grilled;

Menu bakar-bakar pula yang menarik perhatian kami sampai sanggup nak beratur panjang adalah sate ayam. Setiap sorang yg beratur dapat 4 batang je tapi boleh la beratur ambil lagi dan sangat berbaloi  juga beratur sebab sedap.

Ikan bakar - Kembung, cencaru dan Keli

Selain ikan bakar dan sate, kambing bakar pun ada juga, yang ni pun salah satu menu bako2 yang ditunggu-tunggu.

 Main Course;

Menu utama atau kita kata makanan beratnya yang dihidangkan disini diantaranya adalah daging salai masak lemak cili api, asam pedas pari, telur itik masak lemak cili api, ayam masak merah, rendang daging, perut masak lemak cili api, ulam-ulaman, nasi lemak bungkus dan banyak lagi.  

hidangan utama

ulam-ulaman

 nasi lemak bungkus
  
Side Dish;

Side dish nya pula beraneka sambal turut dihidangkan seperti sambal ikan bilis tempe garing, telur masin, sambal terung, sambal goreng jawa, paru goreng berempah, sayur goreng, sambal belacan dan banyak lagi.

side dish

beraneka sambal dan kerabu.

Dessert;

Menu paling tak sabar nak rasa masa mula-mula sampai adalah dessert, nampak pula ada sago gula melaka memang try la, geram je tengok sago tu bulat-bulat. 

Aneka kuih-muih melayu tarditional dan moden.

Pulut kuning dan rendang daging.

Dodol sedap ni nak makan cedok terus dari kuali.

Lain-lain dessert yang ada disini, cekodok pisang, beraneka puding, pengat pisang, pulut durian, keropok, mix fruit, wajik durian dan aneka bubur.
 
Selain itu, kami juga turut didendangkan live performance nyanyian dari siapa penyanyi itu tidak pasti, stage tu ngam2 pula belakang table kami, kira tak rugi la dapat seat area situ.

rakan sekerja yang gila-gila.

rakan gosip aka membawang time bekpes dan lunch.

with sis Leenda.

Oh ya, tengah kami makan-makan tu nampak la chef Ismail tgh berbual-bual di meja makan bersama-sama kenalan dia. Tapi tu la kami tak de pun berfoto dgn beliau, segan pula tiba-tiba.



muka-muka ceria selepas perut dah kenyang tapi ternyata muka-muka bossku yang paling happy wakakaka.

Kami selesai makan malam dan bergerak pulang ke sarang masing-masing lebih kurang pukul 8.45 malam huhuuu. Bila dapat having fun or mee time macam ni sesekali memang syok sampai terlupa anak-anak dirumah entah jadi hape bila dijaga oleh bapanya hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...