Tuesday, August 6, 2019

Demam Campak

Demam Campak | Al kisahnya, anak Asha yg no 2 si Al-Fakeeh tu sebelum kena demam campak dia demam panas biasa-biasa je mula-mula tu. Asha perasan badannya start panas masa tengah malam hari khamis dalam pukul 4 pagi macamtu, time tu nak bagi dia susu.
 
Esok paginya tu Asha hantar je bebudak ni macam biasa kat neneknya dan bekalkan ubat demam serta cool fever incase suhu badannya naik mendadak.
 
Tengahari tu abah bebudak ni balik awal pasal dah inform abahnya pagi tu minta dia balik awal hantarkan Fakeeh pergi klinik. Pergi klinik yang pertama dekat dengan area rumah tu Klinik Amani, doctor bagi ubat demam yg jenis masuk kat punggung tu dan yg cecair. 

 
Malam tu still macamni je result suhu badan Fakeeh 37.5c tak turun-turun.

Malam tu tido sekali dengan Fakeeh sebab nak pantau suhu badan dia. Malam tu juga la dia start meragam tak tido lena. Cool fever banyak kali tukar dah sampai kering benda alah tu suhu tetap tak turun-turun sikit pun. Ubat makan dan punggung pun dah masuk still cenggitu je suhunya.
 
 
Keesokan harinya Jumaat tu Asha ambil Emergency Leave (a.k.a unpaid leave pasal cuti balance 4 hari je tp kira ikut purata so boleh apply start bulan 9 tu pun boleh apply satu bulan satu je huhuuu). Risau juga si kecik tu demam panas tak kebah even dah bawa pergi klinik. Malam tu kami bawa pergi klinik lain pula kat area Semenyih Sentral, kali ni pergi klinik Annisa pula. Selain dapat ubat demam dan tambahan ubat antibiotic doctor juga ada advice kami mandikan je Fakeeh bagi suhu panas tu surut.
 
Sebelum tu Asha ada juga try kaedah perubatan tradisional lapkan badan Fakeeh dengan rendaman daun bunga raya.
 

Fist time petik daun bunga raya ni Asha petik daun bunga raya yang tua-tua je.

rendam dengan air paras-paras daun tu je.

lepas tu Asha ramas-ramas daun tu bagi keluar lendir pada daun tu dan biarkan 30 minit sekejap.

ni suhu sebelum badan dilap dengan air rendaman daun bunga raya 37.1c

selepas 30 minit tu Asha rendam tuala kecil dan perah sebelum dilapkan pada tubuh si kecil tu.

Kemudian Asha lapkan air rendaman daun bunga raya pada tubuh si Fakeeh.

Selesai lapkan satu badan si Fakeeh termasuk kepalanya Asha pakaikan dia baju then check semula suhu badannya ada la turun sikit 36c.
 
Hari sabtu tu demam Fakeeh masih lagi tak kebah so Asha teruskan lap badan si Fakeeh dengan daun bunga raya lagi. Tapi kali ni Asha try ambil daun yang muda-muda pula.
 

Kali ni pakai daun bunga raya yang muda-muda je dan lendirnya lagi banyak keluar, air jadi likat dibuatnya. Bau pun sedap je macam bau daun pandan.

Asha lapkan satu badan dan biarkan kain towel kecil basah tu lekap atas dahi Fakeeh. Asal dah nak kering je towel tu Asha rendam lagi dengan air daun bunga raya tu.
 
Alhamdulillah...hasilnya demam Fakeeh makin surut dan kebah dah hari ahad tu. Nampak sedikit bermaya si kecil tu dan ada selera nak makan sikit serta nak bermain.
 
Tapi....start petang tu dalam pukul 5 abahnya perasan badan si Fakeeh dah naik ruam-ruam merah pula.


Tu la adik, demam dah kebah tapi kena campak la pula. Masa ni ruam merah nai sikit jeso tak nampak sangat lagi. Hari isnin tu makin banyak dan muka Fakeeh jadi sembab macam bengkak. Tido malam tak usah kata la tak lena dia tido tergaru-garu kepala dan telinga. Asha cuba sapukan kawasan badan dia yg ruam tu dengan lotion badan cetaphil je.
 
Makanya tak  masuk kerja lagi la Asha hari Isnin tu, terpaksa EL lagi. Takpela walaupun kena potong gaji banyak bulan ni demi nyawa anak kan huhuu. Bapaknya pun cuti juga risau anaknya sakit dah lebih 3 hari. Pagi tu suami la yg hantarkan Fakeeh pergi klinik KK pula ambil darah, hari tu juga dapat result darah semua ok sahaja doctor cakap Fakeeh disyaki ada jangkitan toksin je.
 
Petang tu nenek dan atuknya datang melawat bawakan air kelapa muda. Alhamdulillah hari ni (Selasa) ruam-ruam merah tu dah semakin menghilang. Umminya pun dapat la masuk kerja semula setelah 4 hari berjaga malam mata pun dah macam mata panda je jaga Fakeeh muehehehe.
 
Doktor minta datang semula ambil darah lagi harini (Selasa) tapi tadi neneknya bagi gambo tru whatsapp tengok dah tiada ruam-ruam merah tu lagi.
 
Hari ni ruam campak tu dah tiada...Alhamdulillah.
 
Boleh la kita balik kampong raya Haji ni ye nak.
 

 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...