Monday, August 19, 2019

National Zoo of Malaysia

National Zoo of Malaysia | Sabtu lepas (17/8/19) kami sekeluarga beriadah di Zoo Negara yang terletak di Ulu Kelang, Daerah Gombak, berdekatan dengan Highland Tower yg runtuh dan berhantu tu ha.

Tak rancang pun nak pergi zoo ni sebenarnya, entah tetiba abah Fateh dan Fakeeh ni ajak, tak dan nak fikir betul-betul masa mengajaknya tu. Mana taknya, hari Jumaat petang tu tetiba whatsapp kita time keje  bagitau esoknya (Sabtu) nak bawa bebudak ni pergi bersiar-siar. Siap bagi tiga cadangan tempat lagi, first ICT Shah Alam, second Taman Botani Shah Alam & Farm in The City. Diantara ketiga-tiga tempat tu Asha rasa tertarik nak pergi zoo je memandangkan kalau pergi ICT malam-malam tgk lampu2 tu mcm pening je nanti dan masa pun agak terhad. Farm in the City dah banyak kali pergi dan Taman Botani pula macam besar sangat nak masuk situ bawa budak-budak, kena daki bukit bagai, manakala Zoo Negara suami dan anak yg baby tu si Fakeeh tak pernah sampai lagi. Fateh pula last bawa dia kesini masa umurnya setahun lebih itupun pergi dengan atuk dan neneknya, entah dia ingat lagi ke tidak.

tak perlu ke Australia kalau nak tgk Kanggaro, kat National Zoo of Malaysia pun ada dah.
 
 
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 pagi macamtu. Tapi pukul 6am dah bangun awal bersiap-siap memasak didapur, cadangnya pada hari tersebut Asha nak bawa nasi impit yg dimakan dengan kuah lodeh, sambal ikan bilis, telur goreng dan kuah kacang, kebetulan minggu lepas balik raya haji mak mertua tapaukan lebihan nasi impit dan kauh kacang, masih elok lagi sebab Asha bekukan terlebih dahulu.
 
Tekak teringin nak makan sebenarnya even kalau tak plan nak pergi zoo pun memang Asha dah siap beli sayur untuk buat kuah lodeh pun masa time rehat kerja hari Jumaat tu. Malam tu Asha sempat la siapkan bahan memasak untuk dimasak pagi tu dan sempat juga la masak sambal ikan bilis. Paginya baru Asha masak kuah lodeh dan telur goreng, manakala kuah kacang pula tak dan cair even dah letak kat chiller semalaman pun still beku erm...
 

Menu simple ni jela yg Asha bawa, kenyang la juga makan
 
Sampai je di Zoo Negara asben belikan tiket kami dan sementara itu Asha berfoto di perkarangan zoo .


Abang Fateh pose dgn mangkuk tingkat ummi.
 
Dah beli tiket dan pakai tag kat tangan semua kami masuk je terus diminta bergambar pula, 15 minit juga la berfoto dengan pelbagai gaya. Selesai berfoto kami diberi kad no giliran dan diminta  melihat semula keseluruhan gambar di kiosk yg terletak berhampiran di ruang legar zoo.

Kalau dah tengok tu kena la beli, entah berapa pula kos harga sekeping gambar A4 size kami sekeluarga beserta 3 biji fridge magnet gambar Panda & Zirafah tu. Tanya asben macam nak dekat RM50 je harganya. Kalau Asha yg pergi memang tak la nak beli yg siap pakej ni, maybe beli gambar je la sebagai kenangan. At least ada la juga gambar kenangan kami sekeluarga.

Sementara tunggu asben dok pilih-pilih gambar di kiosk tu Asha dan anak yg sulung si Fateh tu singgah duduk di kedai café yg berdekatan dengan kiosk gambar tersebut. Sambil-sambil tengok menu kat café tu terus la order air milo dan nescafe panas secawan, setiap satu air minuman kami beli tu harganya RM5 kau, mahal. Asha memang dah jangka harga-harga makanan dan minuman disini mahal tahap harga level food court Genting Highland kot. Tu yang gigih masak pagi-pagi dan bawa bekalan mangkuk tingkat tu kesini.

berguna sangat mangkuk tingkat hadiah perkahwinan kami ini.

maaf gambar ketika picnic tiada.
 
Berselera pula Asha makan nasi impit dengan kuah lodeh, sambal ikan bilis serta telur goreng. Tak pandang kiri kanan dah, orang yg lalu lalang dok perati je kami makan bekalan sendiri. Rasa macam kami je yg bawa bekalan makanan sendiri kot, yg lain rata-rata berjalan kosong aje, kalau ada pun kami nampak mereka bawa instant food seperti KFC je. Memang berbeza betul zaman generasi X dn Y ni. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu rata-rata parents yg bawa anak-anak beriadah kesini masing-masing akan membawa bekalan sendiri dan tempat nak makan atau piknik pun disediakan, sekarang nan hado, dah pupus, aku je la yg gigih ikut style mama dan mak mertuaku yg suka bawa bekalan makanan dari rumah hehehe tapi kisah yg sebenarnya sebab dah tau makanan mahal kat dalam tu yang gigih masak wakaka.

 
Selesai breakfast kami proceed masuk melihat haiwan-haiwan didalam zoo. First kami tengok monyet dulu, walaupun Fateh dah biasa tengok monyet kat kawasan rumah kami tu tapi yg ni monyet spesis lain, montot merah hahaha.

Lama juga Fateh dok ralit tengok monyet montot merah ni.

si adik dah lapar susu, muka ketat je dia.
 
 si abangnya kalau suruh bergambar sekarang ni tak pernah yg senonoh tau budak bertuah ni hahaha.
 
adik seronok tgk kuda padi.

 
Masuk kat seksyen educational kids ni kita boleh pegang haiwan sama seperti dengan zoo Taiping. So haiwan-haiwan yg diletak disini pun yg jenis jinak dan selamat je untuk konservatif.
 
Selain itu, kami juga berpeluang memberi haiwan-haiwan disni makan seperti rusa dan kanggaro. Kat seksyen ni yg paling seronok, dulu-dulu tak boleh nak pegang dan bagi haiwan makan, sekarang dah boleh dan menurut seorang pak cik yg kerjanya bagi makan pada haiwan ni kata hanya weekend dan cuti sekolah je diorang buat dan sediakan makanan untuk para pengunjung merasai keseronokan memberi haiwan-haiwan yg terpilih ini makan. Tapi pak cik tu ada la suruh kami donate sikit seikhlas hati kemudian ambillah seberapa bekas makanan yg kami mahu.
 
Bagi rusa makan.
 
kat Farm In The City Fateh takut nak bagi rusa makan sebab agresif, kat sini rusanya dalam kandang, jadi dia berani sikit.

Kanggaro ni rasanya 3 thn lepas pergi tak ada, haiwan baru juga la kot disini.

Actually, sebelum kami meneruskan tour satu zoo tu kami tengok lion show dulu tapi tu la macam lama nak tunggu lion tu keluar jadi kami tengok show sampai burung kakak tua je pasal tengok cuaca macam dah start nak mendung.

 
pembukaan show memang awesome siap ada kawanan burung terbang beralun-alun dari kanan ke kiri teater cantik sangat. Tak sempat rakam video. 
 
 
Kami proceed tour kami dari melihat haiwan yang besar-besar sehinggalah ke spesis burung.

Rusa Belang diantara gambar haiwan yg sempat diambil.

Bapa kepada dua orang anak bergamabar kenangan di hadapan kandang badak yg tgh tidur.

Susah betul nak suruh bergambar budak ni. Kat sini ada haiwan-haiwan safari seperti badak sumbu, zirafah, kuda belang dan ostrich.
 

Lagi satu kami pergi kat seksyen harimau dan kami tidak tahu sebenarnya ada satu lorong pejalan kaki yg kiri dan kananya bercermin tu boleh tengok harimau putih dari dekat tau tapi malangnya tak terfikir nak masuk, bila tengok video IG orang lain wow, bestnya rasa macam harimau tu betul-betul kat sebelah kita. Tapi masa kitaorng tengok pun harimau tu dah berendam dalam air, so jauh dari cermin tu pula. 

Seksyen yg paling ditunggu-tunggu oleh anak bujangku si Fateh sudah tentulah Panda, dari pintu masuk terdengar org sebut panda dia pun macam eksaited sebut panda, erm...macam tau sangat panda tu apa hahaha, tapi agak lama juga disini sebab Fateh suka tengok panda. Asyik tanya panda tu buat apa, atleast kali ni bawa dia pergi zoo dia dah kenal binatang, kali pertama dia tak tau pape, kali kedua pula pergi matanya dok ralit tengok tramp atau keretapi je.

Gambar Panda tak nampak sangat tapi lobang hidung Fateh je yg ummi nampak nak... ;) 

 
Selain Panda kat area ni ada Unta dan orang hutan tapi terlupa nak pergi tengok org Utan sebab hujung ceruk sangat.
 
Last seksyen kami pergi sebelum pulang kami tengok burung. Paling menarik kami dapat tengok Flamingo kaler pink peach gitu, cantik sangat.
 
(sumber dari google)

Map keseluruhan kawasan zoo Negara.
 


Kesimpulannya, kami sangat gembira dan berpuas hati, paling gembira Fateh la dia dah start pandai mengenal haiwan, balik rumah sibuk sebut Zoo. Sekarang ni dia dah tau la zoo tu apa dan ada apa kat dalam zoo. Bagi Asha Zoo Negara diantara zoo yg sangat besar, luas, menarik dan berbaloi untuk dikunjungi, tak pernah jemu pun malahan dapat tengok pelbagai spesis haiwan-haiwan baru disini.
 

Tuesday, August 6, 2019

Demam Campak

Demam Campak | Al kisahnya, anak Asha yg no 2 si Al-Fakeeh tu sebelum kena demam campak dia demam panas biasa-biasa je mula-mula tu. Asha perasan badannya start panas masa tengah malam hari khamis dalam pukul 4 pagi macamtu, time tu nak bagi dia susu.
 
Esok paginya tu Asha hantar je bebudak ni macam biasa kat neneknya dan bekalkan ubat demam serta cool fever incase suhu badannya naik mendadak.
 
Tengahari tu abah bebudak ni balik awal pasal dah inform abahnya pagi tu minta dia balik awal hantarkan Fakeeh pergi klinik. Pergi klinik yang pertama dekat dengan area rumah tu Klinik Amani, doctor bagi ubat demam yg jenis masuk kat punggung tu dan yg cecair. 

 
Malam tu still macamni je result suhu badan Fakeeh 37.5c tak turun-turun.

Malam tu tido sekali dengan Fakeeh sebab nak pantau suhu badan dia. Malam tu juga la dia start meragam tak tido lena. Cool fever banyak kali tukar dah sampai kering benda alah tu suhu tetap tak turun-turun sikit pun. Ubat makan dan punggung pun dah masuk still cenggitu je suhunya.
 
 
Keesokan harinya Jumaat tu Asha ambil Emergency Leave (a.k.a unpaid leave pasal cuti balance 4 hari je tp kira ikut purata so boleh apply start bulan 9 tu pun boleh apply satu bulan satu je huhuuu). Risau juga si kecik tu demam panas tak kebah even dah bawa pergi klinik. Malam tu kami bawa pergi klinik lain pula kat area Semenyih Sentral, kali ni pergi klinik Annisa pula. Selain dapat ubat demam dan tambahan ubat antibiotic doctor juga ada advice kami mandikan je Fakeeh bagi suhu panas tu surut.
 
Sebelum tu Asha ada juga try kaedah perubatan tradisional lapkan badan Fakeeh dengan rendaman daun bunga raya.
 

Fist time petik daun bunga raya ni Asha petik daun bunga raya yang tua-tua je.

rendam dengan air paras-paras daun tu je.

lepas tu Asha ramas-ramas daun tu bagi keluar lendir pada daun tu dan biarkan 30 minit sekejap.

ni suhu sebelum badan dilap dengan air rendaman daun bunga raya 37.1c

selepas 30 minit tu Asha rendam tuala kecil dan perah sebelum dilapkan pada tubuh si kecil tu.

Kemudian Asha lapkan air rendaman daun bunga raya pada tubuh si Fakeeh.

Selesai lapkan satu badan si Fakeeh termasuk kepalanya Asha pakaikan dia baju then check semula suhu badannya ada la turun sikit 36c.
 
Hari sabtu tu demam Fakeeh masih lagi tak kebah so Asha teruskan lap badan si Fakeeh dengan daun bunga raya lagi. Tapi kali ni Asha try ambil daun yang muda-muda pula.
 

Kali ni pakai daun bunga raya yang muda-muda je dan lendirnya lagi banyak keluar, air jadi likat dibuatnya. Bau pun sedap je macam bau daun pandan.

Asha lapkan satu badan dan biarkan kain towel kecil basah tu lekap atas dahi Fakeeh. Asal dah nak kering je towel tu Asha rendam lagi dengan air daun bunga raya tu.
 
Alhamdulillah...hasilnya demam Fakeeh makin surut dan kebah dah hari ahad tu. Nampak sedikit bermaya si kecil tu dan ada selera nak makan sikit serta nak bermain.
 
Tapi....start petang tu dalam pukul 5 abahnya perasan badan si Fakeeh dah naik ruam-ruam merah pula.


Tu la adik, demam dah kebah tapi kena campak la pula. Masa ni ruam merah nai sikit jeso tak nampak sangat lagi. Hari isnin tu makin banyak dan muka Fakeeh jadi sembab macam bengkak. Tido malam tak usah kata la tak lena dia tido tergaru-garu kepala dan telinga. Asha cuba sapukan kawasan badan dia yg ruam tu dengan lotion badan cetaphil je.
 
Makanya tak  masuk kerja lagi la Asha hari Isnin tu, terpaksa EL lagi. Takpela walaupun kena potong gaji banyak bulan ni demi nyawa anak kan huhuu. Bapaknya pun cuti juga risau anaknya sakit dah lebih 3 hari. Pagi tu suami la yg hantarkan Fakeeh pergi klinik KK pula ambil darah, hari tu juga dapat result darah semua ok sahaja doctor cakap Fakeeh disyaki ada jangkitan toksin je.
 
Petang tu nenek dan atuknya datang melawat bawakan air kelapa muda. Alhamdulillah hari ni (Selasa) ruam-ruam merah tu dah semakin menghilang. Umminya pun dapat la masuk kerja semula setelah 4 hari berjaga malam mata pun dah macam mata panda je jaga Fakeeh muehehehe.
 
Doktor minta datang semula ambil darah lagi harini (Selasa) tapi tadi neneknya bagi gambo tru whatsapp tengok dah tiada ruam-ruam merah tu lagi.
 
Hari ni ruam campak tu dah tiada...Alhamdulillah.
 
Boleh la kita balik kampong raya Haji ni ye nak.
 

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...