Thursday, July 4, 2019

Peristiwa Sepanjang Bulan Jun 2019

 
Peristiwa Sepanjang Bulan Jun 2019 | Hello korang...rasanya dah lama tak update apa-apa entri kat blog mak cik ni ha sepanjang bulan 6 yang lalu. Mari kita lihat apakah peristiwa yang telah berlaku dalam hidup mak cik sepanjang berada di bulan Jun yang lepas.
 
 
Hari Raya Aidilfitri 2019
 
Tahun ni kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di sebelah keluarga Asha terlebih dahulu selama dua hari. First Syawal beraya di kampung mama di Semenyih dan kampung abah kami di Klang.
 
Malam raya tidur rumah parents kat Semenyih walaupun rumah kami dengan rumah parents dekat je 5minit drive boleh sampai. Dah nama pun hari raya tak syok la malam raya tidur rumah sendiri, macam tak de suasana raya pulak.
 


Pagi raya bergambar kenangan di rumah mama dan abah. Tahun ni kami berempat, tema baju raya kami baby blue tapi kaler baju mak cik lari sikit jadi dusty blue. Payah juga nak cari baju raya sedondon kali ni. Baju raya sendiri beli on9 je, tapi baju raya anak-anak cari kat Jakel Bandar Tun Hussein Onn, semua kaler ada untuk budak-budak ni. Baju apaknya pula memang dah lama ada, dia beli banyak-banyak masa pi Umrah tahun-tahun sudah. Baju raya untuk next year pun dah ada tau apaknya, yang pening nak cari baju kami jela nanti tu huhuuu. Entah la...macam sendu je kaler 'tu' nak pakai next year nanti hahaha. Pandai ek cik abg beli baju raya siap2 nanti kita pun terpaksa la ikut kaler tema baju dia heh.

First time ada anak ramai eh..baru dua dah rasa macam anak ramai, mana taknya mak cik la paling lambat siap. Setelkan bebudak ni dulu, tak dapat la kita nak mekap macam diva kehkehkeh.

Family potrait. Tahun ni tema raya kami biru tapi tu la macam-macam biru yg keluar ha.


beraya dengan anak kecil memang mencabar sikit, baby meragam, lapar susu, mengantuk, nangis tu biasa la. Tapi Fakeeh senang sikit nak jaga berbanding dengan abangnya si Fateh.
 
First duit raya budak-budak ni dapat dari atuk dan nenek, siap cium mmuah si Fateh.
 
Menu raya kami pula kalau belah abah memang popular dengan Lontong daun pisang. Dua hari sebelum raya abah dah start buat lontong, malahan siapkan sekali tempahan lontong pelanggan tetapnya dekat 100 batang, tu pun tak mampu nak buat banyak-banyak terpaksa closed order awal. Untuk raya Aidilfitri memang abah tak amik banyak tempahan kecuali raya Haji baru ambil tempahan melebihi 100 batang lontong.

Lontong

Rendang ayam

Daging kicap jawa

kuah lodeh

Kuah kacang
 
Semua menu kami masak tau, berdua berperang dengan mama kat dapur. Adik ipar pula tak dan nak balik awal tolong masak pasal kene kerja.
 
 
Hari Raya ke-2 kami beraya rumah sedara-mara mama di Beranang pula.
 
Baju raya ni last minit beli 2 hari sebelum raya kat Gene Martino, size S hokay, terkejut mak cik tetiba boleh sarung baju size S. Tahun ni kurung moden je, selalu ada jubah tapi kali ni Asha tukar gaya la.



Syawal ketiga beraya di kampung suami pula di Perak.

Beraya di rumah opah suami sebelah pak mertua. Outfit raya ni pun beli kat Gene Martino, not bad la design baju kat Gene Martino ni lawo-lawo juga.
 
 
Potluck Raya Jurukur Berjasa

This year company tempat Asha kerja tiada buat jamuan raya pasal dah buat berbuka puasa katanya. So weols berpakat buat makan-makan sendiri je.

 
Menu raya kami simple sahaja tetapi menyelerakan gitu. Menu mak cik la yg membuka selera diorang kat opis ni tau. Mak cik bawa tempoyak ikan bilis garing, laku keras kau sampai member minta resipi, masing-masing tambah nasi dua kali kau hahaha. Masa bincang-bincang nak bawa menu tu Asha main sebut je nak bawa tempoyak ikan bilis walaupun tak finalise lagi tapi kawan opis sorang tu mengandung pulak, ah..sudah. Kena buat juga nanti dia mengidam.
 
Selain dari itu Asha ada bawa salad dan timun juga, tak reti la makan lauk tiada sayur. Nak masak sayur memang tak sempat, malahan nak tambah lauk lain seperti telur dadar masa tu pun tak sempat juga.
 
Kawan-kawan yg lain bawa menu seperti ayam masak merah, spaghetti, kuih muih - sandwich, seri muka, puding laici, puding santan gula Melaka, kuih gulung, kek batik dan kuih raya. Nasi pula kami masak kat opis je. Air minuman air oren sunquick sejuk.
 
Ni la opismate kita, gila-gila semuanya. So far semua ni dah lama juga kerja kat company ni, ada tu paling lama kerja dekat lebih sepuluh tahun dah, paling kurang pun 2 tahun keatas, kita pula dah dekat 7 tahun kat company ni. Bukan senang tau nak dapat rakan sekerja yang sekepala even masing-masing berbeza usia, ada tu dah tahap kakak-kakak sangat.
 
 
Ulangtahun Kelahiran yg ke 33 Tahun
 
 
Penghujung bulan Jun pula merupakan hari kelahiran diriku yang ke 33 tahun yang jatuh pada 29 June 2019. Malas nak rahsiakan umur memang semakin berusia dah tetapi jiwa masih muda gitew hahaha.
 

Suami terchenta buat surprise kek besday Baskin Robbins malam sehari sebelum genap usiaku 33tahun.

Muka sememeh on the way nak tido dah time ni tau, dah siap cuci muka dan pakai krim suma dah tiba-tiba ada orang buka pintu sambil nyanyi lagu Happy Besday to you pulak. Tak kose la nak mekap dah.
 
 
Keesokan harinya suami bawa kami makan-makan kat Chicken Rice Shop, kebetulan nak beli barang keperluan rumah.

ada anak kecil ni tak dan la nak sambut grand2 or romantik2 sgt besdaynya pun hahaha. Ni pun kena makan cepat-cepat pasal si kecik ni dah meragam.
 Nampak tu, masam je muka dia.
 
Setelah membeli-belah sebelah petangnya tu kami singgah rumah mama pula minum petang. Kononya la ada minum petang sekali tu jeng...jeng...jeng...
 
ada kek besday lagi la hehehe. Brownies tu...pebret kita juga ni.

Anak bujang sorang ni memang sengaja buat photobomb.
 
Sekian sudah peristiwa sepanjang bulan Jun yang lalu.

1 comment:

Blog AzlindaAlin Bicara Mummy said...

terus banyak cerita keluar untuk 1 post ya hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...