Wednesday, July 31, 2019

Muhammad Al-Fateh - 4 Tahun

Muhammad Al-Fateh - 4 Tahun | Sempena cuti pertabalan agong baru-baru ni kami menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung kami iaitu Muhammad Al-Fateh yang telah genap usianya 4 tahun. Tarikh lahirnya jatuh pada 28.07.2019, oleh kerana gaji kami belum masuk lagi so kami postpone la sambut burfday boy selang sehari.

Rezeki anak-anak kot agaknya tup-tup gaji masuk awal pula so terus rancang nak sambut besday boy kat rumah atok dan nek ma bebudak ni, kebetulan hari isnin tu Asha bermalam dirumah parents, alang-alang tu sambut la sekali. Alkisah yg sebenarnya cik abang ada meeting sampai tengah malam pada hari tersebut dan the next day cuti umum tu pun sama tu yang bermalam dirumah parents tu.
 
Kedai Kek Golden Apple

Lepas je dapat gaji terus terfikir idea nak sambut besday Fateh, apalagi, Asha terus whatsapp adik yg bongsu tu minta belikan pizza hut, pasal dia keje dekat dengan area pizza hut dan dekat dengan rumah parents. Kita pula balik kerja tu terus pergi kedai kek kat area Semenyih Sentral 'Kedai Kek Golden Apple', Asha beli yg readymade aje. 

Pilih kek perisa coklat vanilla, sesuai la dengan tekak budak-budak. Memang saje Asha pilih kek design gini yg ada kereta sebab Fateh suka kereta, senang, beli kek dapat hadiah mainan sekali hehehe. So far kek kat kedai ni sedap, selalu juga beli dan pernah juga tempah kek besday Fateh masa umurnya setahun dulu.
 
 
Pizza Hut
 
Pizza pula Asha minta adik belikan dua large pan pizza, satu topping pepperoni chicken dan satu lagi kita suruh dia pilih ikut suka dia then dia pilih Island Supreme.

Pepperoni chicken.

Island Supreme
 
Burfday Boy
 
Selalu sambut besday Fateh tak pernah hembus lilin tapi kali ni saje nak bagi dia rasa seronok hembus lilin. Memang dia rasa seronok sangat bila semua nyanyi lagi Happy Besday to you kat dia.
 

bagi dia potong kek sendiri, big boy dah anak ummi ni.
 

Sepotong kek habis dia makan sorang, jarang tau dia makan kek sampai habis.
 

 
Birthday Present
 
Awal pagi tu kul 4 terjaga pasal si kecik meragam nak susu, bila dah terjaga tu macam biasa la mata payah nak lelap semula. Tergerak nak check fon tengok ada whatsapp dari cik abang bagitau nak bawa kami shopping pukul 10 pagi tu dan dia dah cancel kan semua meeting dengan client pasal nak bawa burfday boy cari hadiah punya pasal. 
 
In before, masa sambut burfday Fateh malam tu ada whatsapp cik abg bagitau Asha nak sambut besday Fateh takut la cik abg kecik hati pasal dia tak join sekali yeler orang busy dengan kerja je tak nak la kaco schedule dia. Tiba-tiba pagi tu ajak pergi Mid valley pula, tak sedap hati la tu hehehe.
 
Tempat pertama yg dituju terlebih dahulu tanpa tersengaja adalah kedai BATA hahaha. Alkisahnya, tengah jalan-jalan kasut lama berbunyi pelik kat bahagian tapak. Tengok-tengok tapak dah ternganga adoi sadis betul, depan kedai BATA pula tu tak pasal-pasal kena beli kasut kat BATA. Kalau ternganga sikit je boleh la survey kasut kat kedai lain dulu. Nah..terbang kau RM100 beli kasut sport kaler pink glitter, nasib baik cantik, selesa dan trendy kalau tak rasa ralat juga.
 
Selepas beli kasut, beli stokin pula kat Sox World, sepasang 12hengget. Terpaksa beli juga tu pasal tak selesa pakai kasut tanpa stoking. Then baru pusing-pusing satu mall dan singgah Baskin Robbins pekena cotton candy ice cream terlebih dahulu pastu baru masuk kedai PADINI, asalnya nak cari office wear but lastly tak beli pun.
 
Kepala pun dah pening terus ajak cik abang lunch dulu, bila perut kosong mana ada mood nak shopping ye dak.

sementara tunggu makanan sampai selfie satu. outfit pun pakai hentam je ni one suit denim je dah macam nak pergi merempit je gayanya. Tu la kalau last minute ajak berjalan memang tak kena gaya la jadinya, dah tak diva wakakaka. 
 
Selesai makan terus follow asben masuk Aeon katanya nak cari mainan Fateh tapi kita ajak pergi Toy n Us je kat situ lagi banyak pilihan.

Sebenarnya kami tak tau nak belikan Fateh mainan apa, banyak sangat pilihan. Suruh besday boy pilih sendiri rambang mata dah dia. Ralit tengok dinosaur mula-mula, bila tanya nak ke dinosaur diam pula.

Abahnya terus ajak pi section Thomas & Friends senang bior dia pilih keretapi aje, lagipun memang dia taksub dengan keretapi. Tapi tu la nak pilih keretapi mainan anak aje pun macam nak pilih baju or kasut je kami laki bini ni kekdahnya.

Dah grab satu suruh Fateh berfoto kenangan dengan Thomas. Actually bukan satu je dia dapat tu tapi dua Thomas, satu yg Push along dan satu lagi yg pakai bateri. Untung la anak...

 
Adik Fakeeh pun nak juga satu mainan. Bagi dia tengok dan pilih sendiri, mana yg nampak dia excited tu kami beli.

 
Yea...adik pilih yg ni la.
 
 
ni la mainan yg bebudak ni dapat. Satu bilik penuh mainan dah.

 
Misi mencari Wangian

Misi seterusnya kami mencari wangian pula, part yg ni misi mencari barang-barang bapaknya sebenarnya. Dia yg shopping sakan kekdahnya agagaga. Pening nak cari wangian yg kena kat hidung beliau ni tau, dulu-dulu beli perfume main sebat je sekarang dah pandai dan agak memilih juga. Mula-mula masuk Aeon tapi macam tak banyak choice dan macam takde offer best, jadi ajak cik abg masuk kedai Sasa kat situ banyak pilihan wangian. Dia jela yg beli sakan wangian, Asha pula atas pagar, jap nak beli jap tak nak beli, tgk harga macam boleh beli berhelai-helai baju wakakaka. Kena perli dgn cik abg katanya dah bagi elaun lebih beli jela.
 
cik abg grab dua botol perfume sekaligus, satu wangian yg biasa dia pakai CK all dan lagi satu baru nak try Mont Blanc Legend dan masa bg tester bau tu ok la tak keras sangat baunya. Apa-apa pun nak pilih perfume kena lepas QC kita dulu pasal kita yg nak kena hadap bau tu ahahaha. 
 
Selesai mencari wangian beliau misi diteruskan mencari kasut pula. Masuk kedai Kickers, kedai kasut favourite beliau, cari kasut yg boleh dipakai secara casual dan formal. Selesai cari kasut teman cik abg cari baju pula kat FOS. Mula-mula tgk dia grab 2 helai je, elok je Asha dgn si Fateh round-round satu FOS tu dia grab beberapa helai lagi hamboi sakan...
 
Dah penat teman cik abg shopping sakan, on the way nak balik tu lalu la depan kedai Elianto tengok ada sale usha-usha jap, ternampak ada offer body mist kat situ murah-murah terus test bau dan grab 2 botol, harga sebotol RM29 je tp sebab ada offer dapat la dua botol pada harga RM29 tu. Lepas tu promoter kat situ tunjuk offer face mask pula, RM29 juga untuk 5 paket face mask dan setiap satu tu ada 3 keping didalamnya. Asha pilih random je, semua lain-lain, ada aloevera, pearl, green tea, pomegranate & Berries . Time nak bayar tu tiba-tiba promoter tu stop kat bahagian perfume pula adeh...terjebak lagi mula-mula nak test bau je sekali sedap pula baunya dah tergrab 2 botol perfume pula. Harga still sama dengan harga body mist RM29 dapat dua botol, sapa tak nak. Tapi Elianto memang selalu sangat buat offer macamtu sejak dari dulu lagi.

So total semua ni RM112 je termasuk cukai dan fee member.
 
Oleh kerana body mist dan perfume ada dua botol so bagi kat mama satu perfume dan satu body mist serta satu face mask Aloevera. Sesekali reward mama sebab mengasuh cucu-cucunya.
 

 Penat juga shopping offline ni tau even kita tak la banyak mana shopping wakakaka.
 
 
 
Nota kaki: Misi mencari baju sendiri GAGAL. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...