Thursday, May 23, 2019

Iftar di Sani Hotel

Iftar di Sani Hotel | Sebelum bermulanya Ramadhan, HR tempat kerja Asha minta buat survey  pakej berbuka puasa di Hotel-hotel sekitar KL. Asha start survey pun pada first week of Ramadhan, cari harga yang below RM100 per head.

Beberapa hotel juga Asha survey, antaranya Vivatel, Ancasa, EDC, Sani, De Palma, Premiera, dan Hotel Royal. Yang paling dekat dengan pejabat kami pun Vivatel jela, sekentut je dah sampai hahaha tapi ada rakan-rakan sekerja yang selalu meeting dengan Vivamall & Vivatel kata dah muak makan makanan diorang. So Asha minta rakan-rakan yg lain pilih mengikut senarai hotel-hotel yg telah Asha sort out, kalau ikutkan banyak lagi tapi yang tersenarai seperti di atas ni yg kira dekat dengan pengangkutan awam pasal plan kami nak pergi naik LRT sahaja.

Lastly, mengikut pilihan majoriti telah memilih untuk berbuka puasa di Sani Hotel, sekepala RM68. Pengangkutan awam seperti LRT memang dekat sangat-sangat, dari stesen LRT je dah boleh nampak bangunan Sani Hotel.

masa Asha survey kat laman web Sani takde pamplet berbuka puasa tapi kat FB ada tu pun pamplet tahun-tahun sudah. Terus Asha call sendiri tanya dan bercakap dengan person incharge Pn. Shamsiah.

Seminggu awal Asha book dengan Pn. Shamsiah tu dan sehari sebelum pergi tu Asha buat confirm ation  semula dari 15 orang joint jadi 18 orang. 

Asha siap minta Pn.Shamsiah tu email pamplet dan menu terkini. So untuk main course hari-hari ada cycle menu. Kami punya menu cycle no.6

Pada 17/5/2019(Jumaat) - kami gerak dari office ke Sani Hotel pada pukul 5.00pm tapi tak semua pergi sekali, ada yg balik rumah dulu ambil anak, ada yang siapkan tugasan di office terlebih dahulu. Asha bertiga sahaja yg gerak dulu, sampai je tak terus pergi Sani Hotel tapi kami singgah Sunway Putra Mall dulu, sempat juga la membeli-belah kat Padini.



Selesai shopping terus tuju ke sini.


Asha booking atas nama sendiri pulak, lupa nak minta tukar atas nama company hehehe.


Lagi 15 minit waktu berbuka tu kami dah siap-siap ambil makan, tu penuh meja. 

Table sebelah, ambil gambo bos sipi2 je jadila hahaha.

Diantara juadah-juadah yang sempat snap.

Puding roti, sedap.

Waktu berbuka Asha lebih suka makan kuih-muih.

Main course Asha ambil nasi sesenduk je pasal tak nak terlalu kenyang sangat, rugi tak rasa semua juadah.

Kambing grill, yg ni semua orang tertunggu-tunggu dan beratur panjang je. Selain kambing grill sup kambing mamak pun ada juga, not bad rasanya.

Ni diantara dia punya starters.

Rojak buah stall @gado-gado.

Roti jala, yg ni je tak sempat rasa.

Yang ni stall buat pizza, kalau nak makan diorang akan masak panas-panas time tu juga. Sebelah stall pizza ni ada char kue teow sama juga la nak makan baru deme masak. Kat hujung stall ni pula ada seafood bakar seperti kepah dan sotong.

Diantara kuih-muih yg ada, pengat pun ada juga.

Ice cream one scoop, yg ni habis dulu tak sempat rasa pun.

Total berbuka puasa untuk 17 DEWASA 1 KANAK RM1181.00

So far harga tu sepadan la dengan menu yang kami makan. Puas hati dan tak serik jika ada kesempatan untuk makan disini lagi. Yang penting juadah cukup dan sentiasa di top up.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...