Thursday, February 21, 2019

Hidung Anak Tersumbat Objek


Hidung Anak Tersumbat Objek | Semalam lepas balik dari kerja seperti biasa Asha akan ambil anak-anak di rumah mama dahulu. Kebiasaannya Asha akan singgah sejam lebih kat rumah mama untuk rehat dan kadang-kadang makan malam terlebih dahulu sebelum bawa budak-budak ni balik rumah.

Alkisahnya semalam, adik no.2 iaitu pak ngah budak-budak ni (Al-Fateh & Al-Fakeeh) balik kerja bawa makanan-makanan ringan katanya kawan office baru balik dari umrah bagi. Nak dijadikan cerita, masa tu Asha tengah enak makan nasi berlaukkan ayam rendang yang mama masak bersama tempoyak ikan bilis pergh...lazat tak terperi, tengah laparkan memang tak tengok kiri-kanan dah.

Si Al-Fateh ni pula nampak orang dok kunyah-kunyah kacang kuda yang rangup tu, dia pun nak juga. Mula-mula Asha bagi la seketul je pasal dia ni bukan boleh bagi banyak-banyak nanti ada je benda lain dia nak buat. Tapi lepas tu orang lain pulak bagi atau dia yang ambil sendiri memang Asha tak perasan la pasal tengah kebulur masa tu.

Nak dijadikan cerita lagi, dikala Asha tengah syok makan tu kira dah half way juga la makan, tiba-tiba si Al-Fateh ni pergi la kat neneknya mengadu pasal hidung dia. Masa tu tak syak apa pun ingat dia suruh korek tahi hidung ke, neneknya siap cakap 'hurm...tahi hidung anak ko sorang ni long keras susah nak korek, kalau adiknya si Fakeeh tu senang je', Asha pun erm jela tengah syok makankan. Lama kelamaan lepas tu neneknya panik cakap 'eh...long...dalam lubang hidung Fateh ni ada kacang long..' Tinggi nada neneknya cakap masa tu sebab dah panik, maka dengan si Fateh sekali la jadi panik, bila suruh hembus dia pi sedut pula lagi la panik neneknya dah menangis terus budak tu. Terus terberhenti Asha makan. Tak pasal-pasal nak kena hantar budak nakal tu pergi klinik pula.

Sempat juga Asha membebel kat si Fateh tu, geram pun ada juga rasa masa tu. Bawa pergi klinik dekat area Eco Hill Semenyih, ingat selesailah masalah tapi tak juga sebab doktor tak dapat nak keluarkan bendasing dalam hidungnya sebab Fateh dok meronta-ronta even dah pegang tangan dan kepala siap bedung lagi tetap tak berjaya. 

Kemudian doktor keluarkan satu surat untuk refer hospital, kata doktor dia tak dapat buat, kena bagi pihak hospital buat sebab kat sana ada peralatan yg lengkap dan ubat bius. Kalau doktor bagi bius Fateh akan tidur dan senang nak keluarkan bendasing dalam hidungya tu. Tapi dalam hati Asha dok berkata-kata "Eh benda simple macam ni pun tak boleh setel ke", last time suami injured kat kepala elok je doktor jahit kepala suami, tapi doktor lain la yang buat. Next time memang nak kena request doktor la kalau datang klinik tu lagi. Tak pasal-pasal terbang RM40 untuk konsultasi yang tak berapa nak berjaya tu huhuhuu.

surat refer hospital

Terus kami balik rumah mama dulu sambung makan yg tak habis lagi tu then whatsapp serta call suami bangitau pasal hal ni. Actually sebelum pergi klinik tu dah whatsapp dan call asben tapi takde reply.

Pukul 8pm tu Asha bawa budak-budak ni balik rumah dan mandi serta buat kerja rumah apa-apa yang patut dulu. Lepas tu dapat call dari asben kata on the way balik rumah. Asha suruh asben je yg hantar Fateh pergi hospital sebab si kecik Al-Fakeeh tu Asha nak kena jaga. 

dia boleh rilek je main game budak nakal ni. Masa ni Asha tak nak bagi dia pressure, so layankan dia macam biasa siap suruh tolong kita buat kerja rumah lagitu macam takde apa-apa yg berlaku, sebenarnya tak nak bagi dia panik takut dia pi sedut lagi bendasing tu.

Asben balik je mandi dulu lepas tu terus bawa Fateh pergi Hospital Kajang bahagian wad kecemasan. Alhamdulillah dapat je doktor kat hospital tu keluarkan kacang kuda tersebut. Tak perlu bius pun seperti yg doktor kat klinik tu bagitau, mungkin lagi senang kot sebab suami yang tolong pegang badan Fateh kuat-kuat berbanding umminya yang pegang huhuu. Lepas ni kalau dia tak serik juga tak tahula, suka sangat bereksperimen. Sebelum ni memang Asha alert benda-benda gini, banyak mainan-mainan yang Asha rasa ada potensi dia nak buat eksperimen mengarut tu Asha sort out simpan tempat lain atau Asha buang je terus. Tu la kan benda kalau nak jadi memang jadi juga. Inila cabaran jadi parents, nasib baik la Asha dengan suami ni jenis yang tak cepat nak panik kalau berdepan dengan kes-kes kecemasan begini.

ni la kacang kuda yang tersumbat dalam hidung Fateh tu


3 comments:

yoorin melacolea said...

hahaha adoi fateh. tergelak aku. mana laa datang akal dia nak masukkan kacang dalam hidung. oyin dulu korek telinga besi tu dia korek telinga dia. dah menjerit aku risau gegendang telinga dia pecah ke hape. 1 hal pegi klinik. 2nd kat rumah mak aku dia pi colet susu. dah penutup susu tu x dibuang habis. dha berjejes darah. pi klinik nasib x berjahit. serik rasa. kadang dia memang macam nak cuba macam2 sha. yg aneh2 nak dibuat

Asha Raimi said...

Hahaha memang mcm2 akal dia.

adianiez AIDA said...

Allahu Akbar.
seriau aida.
so far, anak2 aida x pernah jadik gini, asha.
mak nyer penakut. maka, pe pe hal, memang warning dah awal2.
syukur semua selamat dgn mudah.
alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...