Friday, February 8, 2019

Chalet Pak Man Teluk Batik


Chalet Pak Man Teluk Batik | Cuti panjang raya cina yang lepas Asha sekeluarga pergi bercuti di Teluk Batik, Perak dah alang-alang nak balik kampung suami tu sekali la pergi bercuti.  Kami bertolak dari rumah pada hari khamis malam dan kami singgah tidur satu malam terlebih dahulu dirumah mertua sebelum check in pada keesokan harinya. >>Virgo Batik Resort, Teluk Batik<<

Chalet style kampung kayu dan papan jek. Dah lama tak rasa duduk rumah kampung macamni.

Keesokan harinya, jumaat kami check in di Chalet Pak Man pada sebelah petangnya lebih kurang pukul 5pm. Selesai ambil kunci kami terus ke chalet kami yang terletak betul-betul dihadapan laut.

Laut kat Teluk Batik ni memang cantik, masih lagi biru warnanya.

Chalet Pak Man ni hampir kesemuanya jenis rumah kampung atau rumah kayu, so kalau check in disini kena bawa ubat nyamuk atau kelambu bagi yg ada anak kecil sebab banyak nyamuk kat sini, kalau kita yg dewasa ni tak kena gigit tapi anak-anak kecil pula yang kena.

Chalet kami mempunyai dua bilik siap dengan kemudahan aircond dan kipas. Setiap bilik ada satu katil queen size dan satu single bed. So total person yg boleh tidur disini 6 orang. Kalau jenis yg tak kisah tidur ramai-ramai boleh je 10 orang stay sini bawa toto tidur diruang tamu. Ruang tamu pun luas juga.

Bilik tidur satu, Asha berdua dengan baby je tidur sini. Selesa, rumah kampungkan memang syok tidur sambil dengar bunyi ombak. Memang lena betul si kecik tu tidur, tak meragam.

Bilik tidur ke dua pun sama ada satu katil queen dengan satu single bed. Bilik ni suami dengan anak yg sulung tidur tapi bila mak dan abah asben datang sebelah siangnya diorang rehat-rehat tidur bilik ni.

Ruang tamu dan dapur disebelah kanan.

Ada tv siaran Njoi.

Disarankan datang sini bawa extension sendiri untuk kegunaan lain-lain seperti mengecas phone. Kalau tak bawa boleh beli kat kedai-kedai berdekatan, kami beli di kedai Speedmart je.

Pasal rumah kayu papan jadi mesti ada pemadam api.

Dari segi kelengkapan facilities kat sini ada la sedikit kekurangan bagi Asha. Asha listkan disini kekurangan tersebut;

  • Pintu masuk chalet yg hampir nak roboh, pintunya berat jadi susah kami nak kunci pintu.
  • Langsir tingkap yang sangat jarang, bila buka lampu diwaktu malam boleh nampak orang tengah berkemban gitu.
  • Kipas bilik pertama rosak jadi kami terpaksa on aircond sahaja sepanjang masa kami berada di chalet, nasib baik tak beku.
  • Almari pakaian dah usang rasanya tak perlu ada almari kot just buat tempat gantung pakaian sahaja pun dah ok, jimat ruang. Eceh...macam kau owner resort pulakkan. 
  • Plug tak cukup dan ngam-ngam untuk kegunaan kemudahan yg sedia ada je seperti peti sejuk, kipas, aircond dan tv. Bila nak masak air kena cabut salah satu plug yg ada.
  • Dapur memasak takde maybe rumah kayu jadi tidak dibenarkan guest memasak cuma kami cadangkan kalau ada sediakan microwave atau dapur letrik pun dah ok.
  • Lain-lain seperti towel juga tidak disediakan, sila la bawa sendiri. Sabun mandi aje yg disediakan. 
  • Bilik air style dulu-dulu, tempat shower kedalam tanah kau, tapi hakak tak kisah sangat pun bab yg ni cuma bila ada budak-budak sedikit bahaya, perlu pemantauan orang dewasa ketika mandi.(maaf lupa snap foto)
Yang lain-lain semua so far Asha rasa ok je boleh terima, tilam, bantal selesa juga la kami henyak hahaha. Tak tahu la kan kot chalet yg kami dapat tu je yg ada kekurangan sedikit dan yg lain-lain mungkin ok pula. Harga penginapan kami untuk satu malam around RM260x2malam. 

Senarai harga terkini penginapan Chalet Pak Man.

Untuk maklumat lanjut sila ke FB: >> Chalet Pak Man <<

Kami berharap pihak pengurusan Chalet dapat memperbaiki dan menambah baik kemudahan-kemudahan disini di masa hadapan. Sayang kot tempatnya cantik dan strategik sangat tepi pantai.


Hari pertama lepas check in petang tu Fateh je yg mandi manda dgn abahnya. Asha pula rest bed je dengan si kecik ni sambil makan bekal lauk yg mak mertua bekalkan, tak dan nak simpan makan malam pun.

LUMUT

Pada sebelah malamnya kami pusing-pusing Lumut cuci mata, haish syok pula rasa dapat window shopping lepas habis pantang nih walaupun tak banyak barang yg kami beli. Kat Lumut ni memang meriah pada waktu malam dah macam uptown, dowtown dah kat sini, beca pun dah ada tau. Dulu-dulu masa stay hotel area Lumut ni dengan family malam-malam takde apa tapi sekarang memang meriah.

Dah penat berjalan kami duduk minum kat tepi jalan. Beli air kelapa dan ayam gunting. Baby Uwais pun tak banyak meragam, dia pun syok dapat berjalan-jalan.

PANTAI TELUK BATIK

Hari kedua disini baru ada kesempatan Asha duduk tepi pantai ambil angin dengan baby Uwais sambil tengok si abangnya Fateh dengan abahnya mandi-manda. Siap bersarapan nasi lemak lagi kami kat tepi pantai ni.

Kami tak bawa tikar, nasib baik ada kerusi kat chalet.

Budak ni paling seronok dapat mandi laut

Opah, Atuk dengan Acu Fateh & Fakeeh pun datang sekali join.

Berjemur katanya ;)

Dekat dua jam lebih juga kami di tepi pantai ni. Kemudian kami balik ke chalet semula untuk berehat-rehat a.k.a tidur dan makan tengahari lauk bekalan yg dibawa oleh mak mertua.

Sebelah petangnya Asha dan anak yg sulung tu pergi bersiar-siar cuci mata lagi kat kedai-kedai area Teluk Kemang ni pula. Kononnya nak cari baju kelawar tapi tak beli pun.

bergambar kenangan disini

suruh si Fateh ambilkan gambar, boleh la jadi photographer ummi lepas ni hehehe.

MANJUNG

Pada sebelah malam pula kami jalan-jalan Aeon Manjung je serta makan malam disalah sebuah restoran disini. Lepas makan kami cuci-cuci mata sat dan macam biasa bila nak beli je tak jadi, rasa sayang pulak nak keluarkan duit dalam purse. 

Dah jadi abang long tak boleh cengeng dah

Mula-mula cuci mata kat kedai Voir ni banyak sale handbeg murah-murah tapi tak beli pasal baru je beli beg hihii.

Sebelum balik bergambar dulu dengan si bujang nih, tak dan nak lama-lama sangat kat sini pasal si adiknya meragam sakit perut pula.



Next entri: Pasir Salak & Kuala Kangsar



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...