Tuesday, January 29, 2019

Bertangas

Bertangas | merupakan satu amalan dan rawatan tradisional selepas bersalin, ianya juga bagus jika diamalkan selepas datang haid. Amalan bertangas ini tidak terhad kepada wanita selepas bersalin atau wanita berkahwin sahaja, anak-anak dara atau bakal pengantin juga digalakkan mengamalkannya.

Pada asalnya Asha ingin membuat rawatan bertangas ini di spa sahaja tetapi bila tengok cara-cara membuatnya mudah dan bahan-bahan bertangasnya pula boleh didapati dari hasil tanaman sendiri lebih baik buat sendiri sahaja lebih jimat dan semua bahan-bahannya adalah segar.


Fungsi Bertangas;

1- Mengembalikan kelembapan kewanitaan bagi wanita pra-menopause.
2- Mengelakkan keputihan, kelonggaran, rahim jatuh/tombong.
3- Mengecutkan rahim.
4- Melancarkan perjalanan darah di area miss V.
5- Menegangkan kulit dan otot-otot Miss V terutama selepas melahirkan anak..
6- Menyegarkan dan mewangi miss V.
7- Menghilangkan kegatalan di kawasan miss V.
8- Mengatasi lesu-lesu badan.
9- Membantu mengurangkan berat badan.

Jenis Bertangas

Amalan bertangas juga ada dua jenis iaitu 'Tangas Kering' dan 'Tangas Basah'.

Salah satu contoh 'Tangas Kering' yg menggunakan batu sungai yang telah dipanaskan atau dibakar kemudian diletakkan atas bahan-bahan herba bertangas.

Manakala 'Tangas Basah' pula kesemua bahan-bahan herba di rebus dalam satu periuk sehingga mendidih atau selama 20 minit. 

Asha lebih prefer kaedah tangas basah kerana nampak lebih mudah cara penyediaannya. Kebetulan kebun belakang rumah ada tanam pokok-pokok herba, tak sia-sia suami tanam, ada gunanya untuk kesihatan dalaman. 

Ramuan Tangas & Cara-caranya

Ramuan tangas yang Asha gunakan adalah seperti berikut;

  • daun pandan
  • daun kunyit
  • daun sireh
  • daun limau purut
  • daun bidara
  • serai wangi
  • halia
  • manjakani
Boleh juga tambah daun inai, asam keping, garam kasar, lengkuas, jintan hitam, halba, kunyit hidup dan daun mengkudu. Jangan bubuh daun kari pula udah la yek, bau kari nanti satu badan.



Ini la bahan-bahan bertangas. Semuanya segar dari ladang.

Manjakani pula Asha pesan pada suami belikan di Pekan Semenyih, kalau korang nak cari kat area Bandar mungkin susah nak jumpa, korang boleh cari di shopee memang ada sebab Asha ada survey hari tu.  Mankajani ni guna 3-5 biji sahaja, kene tumbuk sikit, kalau ada kacip boleh kacipkan.

Halia dan serai ditumbuk, daun-daun herba yg lain Asha gunting sikit bagi baunya naik masa rebus nanti. Kemudian masukkan air dan dimasak atas dapur selama 20minit atau sehingga mendidih. Lagi bagus guna periuk tanah.

Ini la hasilnya ramuan tangas yang telah direbus sebati.

Asha gunakan kerusi duduk yang berlubang macamni. 

Asha letakkan periuk yang mengandungi bahan-bahan tangas tu diatas bangku yang dialas dengan kain pasal bangku yg Asha gunakan tu dari material plastik. Lepas tu Asha letakkan pula kerusi besi tu atas periuk tadi.

Posisi Bertangas

Posisi bertangas pula samada full atau half body. Asha buat full ala-ala macam bersauna tu menggunakan kain batik bidang yg besar sikit tu, satu badan boleh kena wap lagi bagus, badan akan rasa ringan dan fresh sahaja selepas bertangas tu. Sambil-sambil bertangas tu digalakkan melakukan kegel selama 20 minit.



Cara lebih moden boleh pakai portable steam sauna aje seperti di spa.

Amalan bertangas ini digalakkan dilakukan pada hari ke 30 bagi yang bersalin normal dan yang ada luka jahitan, tidak digalakkan melakukan tangas pada hari pertama selepas bersalin kerana dikhuatiri jahitan akan terbuka atau luka tidak sembuh. Bagi yang bersalin normal tanpa luka jahitan boleh diamalkan bermula pada hari pertama selepas bersalin.



4 comments:

adianiez AIDA said...

teringat piuk sauna aida yg da rosak, asha.
best bertangas ni. melegakan.

Azlinda Azman said...

sedap bertangas, akk malas buat sendiri. Suka org buatkan aje haha

Siti Yang Menaip said...

penah tengok orang buat demo yang traditional ni..
tapi sendiri tak penah cuba. hehe sauna pun penah la dulu2..

Mrs. A said...

Bertangas pun sekali dua jer... time zaman bersalin dulu dah 13 tahun pun hahahaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...