Tuesday, January 29, 2019

Bertangas

Bertangas | merupakan satu amalan dan rawatan tradisional selepas bersalin, ianya juga bagus jika diamalkan selepas datang haid. Amalan bertangas ini tidak terhad kepada wanita selepas bersalin atau wanita berkahwin sahaja, anak-anak dara atau bakal pengantin juga digalakkan mengamalkannya.

Pada asalnya Asha ingin membuat rawatan bertangas ini di spa sahaja tetapi bila tengok cara-cara membuatnya mudah dan bahan-bahan bertangasnya pula boleh didapati dari hasil tanaman sendiri lebih baik buat sendiri sahaja lebih jimat dan semua bahan-bahannya adalah segar.


Fungsi Bertangas;

1- Mengembalikan kelembapan kewanitaan bagi wanita pra-menopause.
2- Mengelakkan keputihan, kelonggaran, rahim jatuh/tombong.
3- Mengecutkan rahim.
4- Melancarkan perjalanan darah di area miss V.
5- Menegangkan kulit dan otot-otot Miss V terutama selepas melahirkan anak..
6- Menyegarkan dan mewangi miss V.
7- Menghilangkan kegatalan di kawasan miss V.
8- Mengatasi lesu-lesu badan.
9- Membantu mengurangkan berat badan.

Jenis Bertangas

Amalan bertangas juga ada dua jenis iaitu 'Tangas Kering' dan 'Tangas Basah'.

Salah satu contoh 'Tangas Kering' yg menggunakan batu sungai yang telah dipanaskan atau dibakar kemudian diletakkan atas bahan-bahan herba bertangas.

Manakala 'Tangas Basah' pula kesemua bahan-bahan herba di rebus dalam satu periuk sehingga mendidih atau selama 20 minit. 

Asha lebih prefer kaedah tangas basah kerana nampak lebih mudah cara penyediaannya. Kebetulan kebun belakang rumah ada tanam pokok-pokok herba, tak sia-sia suami tanam, ada gunanya untuk kesihatan dalaman. 

Ramuan Tangas & Cara-caranya

Ramuan tangas yang Asha gunakan adalah seperti berikut;

  • daun pandan
  • daun kunyit
  • daun sireh
  • daun limau purut
  • daun bidara
  • serai wangi
  • halia
  • manjakani
Boleh juga tambah daun inai, asam keping, garam kasar, lengkuas, jintan hitam, halba, kunyit hidup dan daun mengkudu. Jangan bubuh daun kari pula udah la yek, bau kari nanti satu badan.



Ini la bahan-bahan bertangas. Semuanya segar dari ladang.

Manjakani pula Asha pesan pada suami belikan di Pekan Semenyih, kalau korang nak cari kat area Bandar mungkin susah nak jumpa, korang boleh cari di shopee memang ada sebab Asha ada survey hari tu.  Mankajani ni guna 3-5 biji sahaja, kene tumbuk sikit, kalau ada kacip boleh kacipkan.

Halia dan serai ditumbuk, daun-daun herba yg lain Asha gunting sikit bagi baunya naik masa rebus nanti. Kemudian masukkan air dan dimasak atas dapur selama 20minit atau sehingga mendidih. Lagi bagus guna periuk tanah.

Ini la hasilnya ramuan tangas yang telah direbus sebati.

Asha gunakan kerusi duduk yang berlubang macamni. 

Asha letakkan periuk yang mengandungi bahan-bahan tangas tu diatas bangku yang dialas dengan kain pasal bangku yg Asha gunakan tu dari material plastik. Lepas tu Asha letakkan pula kerusi besi tu atas periuk tadi.

Posisi Bertangas

Posisi bertangas pula samada full atau half body. Asha buat full ala-ala macam bersauna tu menggunakan kain batik bidang yg besar sikit tu, satu badan boleh kena wap lagi bagus, badan akan rasa ringan dan fresh sahaja selepas bertangas tu. Sambil-sambil bertangas tu digalakkan melakukan kegel selama 20 minit.



Cara lebih moden boleh pakai portable steam sauna aje seperti di spa.

Amalan bertangas ini digalakkan dilakukan pada hari ke 30 bagi yang bersalin normal dan yang ada luka jahitan, tidak digalakkan melakukan tangas pada hari pertama selepas bersalin kerana dikhuatiri jahitan akan terbuka atau luka tidak sembuh. Bagi yang bersalin normal tanpa luka jahitan boleh diamalkan bermula pada hari pertama selepas bersalin.



Wednesday, January 23, 2019

Anak kena Jaundice | Demam Kuning

Jaundice | Demam Kuning | merupakan penyakit yg sangat popular dikalangan bayi pada masa kini. Boleh dikatakan setiap bayi yg lahir mesti ada jaundice. Anak Asha juga tidak terkecuali dari terkena demam kuning ini. Selepas beberapa jam lahir je dah nampak tanda-tanda demam kuning, sama seperti kelahiran anak yg sebelum ni.

Kebiasaannya nak kurangkan demam kuning ni kena kerap susukan anak dengan susu ibu. Tapi Asha ni jenis lepas bersalin memang tak keluar susu badan. Pam susu pun keluar 1/2 ounce sahaja. Memang terus naik mendadak la bacaan demam kuning anak.

Bacaan Pertama Bilirubin 

Sehari selepas bersalin nurse desa datang kerumah buat check up bayi dan ibu. Seperti biasa Asha sudah menjangkakan nurse mesti akan check dan kata baby kita demam kuning. Nurse suruh refer Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi untuk check bacaan darah baby memandangkan Klinik zon kami iaitu Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra tutup pada hari Sabtu. 

Pagi-pagi dah menapak ke Klinik Bandar Baru Bangi, kami pergi awal-awal pagi sebab Sabtu half day je sini. Itupun dah ramai orang, nasib baik baby kita tak meragam.



































Bacaan yg pertama 11.6 masa check tu kira tinggi juga.

Bacaan Kedua Bilirubin

Keesokan harinya (Ahad) nurse desa datang lagi dan minta kami check lagi bacaan demam kuning anak di wad kecemasan Hospital Kajang pula, memandangkan hari minggu klinik kesihatan (KKIA) tak buka. Dengan badan yg masih lemah lagi pergi juga lah, nasib baik dah berurut sekali rasa kuat sikit la badan, kalo tak rasa berat je nak jalan. Asha packing baju Asha dan anak siap-siap mana la tahu kena tahan wad pulak.


Kami pergi terus ke Emergency Ward. Agak lama juga tunggu disini, faham-faham jela wad kecemasan, doktor-doktor disini agak sibuk melayan kes-kes kecemasan jadi kena bersabar la menunggu huhuu. 

Bacaan kali kedua - 12.8, naik lagi tu tapi nasib baik tak kena tahan wad tapi masih lagi kena ambil darah untuk pantau bacaan keesokan harinya. Kesian baby asyik kena cucuk je ambil darah, kesian kat umminya juga dalam pantang asyik kena keluar je.

Bacaan Ketiga Bilirubin


Hari isnin petang datang sini pula (Klinik kesihatan Bandar Seri Putra), memandangkan badan tak kuat lagi dan mama pula memang tak bagi kita drive dlm pantang ni jadi kena tunggu suami balik dari kerja petang tu baru pergi.

Bacaan kali ketiga pada 17.12.2018 menunjukkan peningkatan pada skala 15.0 pula adoi...semakin naik bacaan, kalau bacaan semakin meningkat sehingga 17.0 dah kena duduk bawah lampu ungu dah tu. Malam tu gigih susukan anak. Paksa baby bangun setiap 2 jam untuk disusukan.

Bacaan bilirubin yg seterusnya (18/12/18) Alhamdulillah dah semakin menurun. Untuk check up dua kali terakhir tu (20 & 26/12/18) memang Asha tak ikut dah, suami boleh pergi sendiri bawa baby sorang-sorang pasal badan Asha tak tahan duduk kerusi besi kat klinik tu rasa sejuk je maklumlah dalam pantang lagikan badan rasa tak sedap je.


Masih kuning lg ms ni. 

Simptom Penyakit Demam Kuning

Bagaimana nak mengenal pasti simptom penyakit demam kuning ni? Mudah sahaja, kita check  dan lihat bahagian putih mata dan kulit bayi bewarna kuning-kekuningan. Lebih jelas lagi apabila kulit bayi ditekan lembut memang akan lebih jelas la nampak kuningnya.

Tips atau Petua Menghilangkan Demam Kuning

1. Kerap susukan anak dengan susu badan kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Kejutkan dan susukan bayi anda setiap 2/3 jam.

3. Elakkan menjemur bayi di bawah matahari kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika perlu jemur bayi pada pukul 8.30-9.30 pagi.

4. Ibu-ibu yg menyusukan anak tidak digalakkan memakan makanan yg berunsur lada hitam, jamu, halia kerana boleh melambatkan proses demam kuning pulih. 


Saturday, January 12, 2019

Wish List 2019

Wish List 2019 | Belum terlambat kiranya Asha nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 buat rakan-rakan dan pembaca semua dan belum terlambat juga Asha nak share wish list untuk tahun 2019 ni. Asha rasa untuk tahun 2019 ni wish list Asha more to Home Improvement pasal dah ada dua orang anak ni kerja-kerja menguruskan rumahtangga pun dah makin bertambah makanya Asha memerlukan peralatan bantuan yg boleh mempercepatkan dan memudahkan kerja-kerja Asha dirumah. 

1. Air Fryer - Sejak bersalin anak no.2 ni terus berazam nak beli benda alah ni dulu, penting sangat alat ni, lagi-lagi selepas habis pantang nanti Asha dah nak mula bekerja semula. Ada pula anak kecil  yg baru ni memang susah nak memasak, harap alat Air Fryer ni dapat membantu. Setakat nak goreng ikan dan ayam menggunakan Air Fryer ni senang boleh set timer dan suhu macam microwave. Lepas tu boleh la kita tinggalkan dan buat kerja lain. 

So far tgk harga Air Fryer untuk brand Russel Taylors ni kat Lazada dan Shopee around RM170++, diantara yg termurah setakat ini.


2. Dryer Machine - Dah lama teringin beli mesin pengering baju ni, sejak dari lahirkan anak yg sulung lagi. Kadang-kadang bila dah penat sangat bekerja memang selalu juga hantar baju ke dobi, sejak masuk anak dua ni nak jimat sikit baju basuh kat rumah dulu bila nak keringkan baru hantar  kedai dobi. Dari kerap mendobi ke kedai dobi je baik beli dryer machine terus kan. Ikut hati nak beli mesin basuh sekali dengan pengering tapi abah kita advice better beli asing-asing sebab biasanya mesin basuh 2 in 1 ni akan cepat rosak. Lebih baik Asha ikut cakap abah sebagai seorang pakar electrician. 

So far Pengering baju brand Midea murah untuk yang 6kg around RM800++. Tapi still survey brand lain yg lebih berkualiti dan tahan lasak juga.

3. Penapis Air - Yang ni masih lagi 50/50 nak pasang, ingat bila dah duduk umah sendiri nanti baru betul-betul nak pasang. Memandangkan ianya suatu keperluan kena pasang juga la satu, masih memujuk cik abang lagi ni. 


Nak pasang water filter ni kena fikir service after sales juga, kena cari ajen yg tepat, tak nak nanti bila ada masalah tiada ajen yg nak solve. 

4. Rak barang tak pakai - Memandangkan stay rumah sewa lagi so tiada space or bilik stor, jadi banyak barang-barang yg tak pakai atau jarang digunakan tu tiada tempat simpanan. Kebanyakannya barang-barang anak seperti stroller, katil bayi, carrier, car seat, walker & playpan. Barang-barang kami pula kebanyakannya barang-barang kereta seperti bateri kereta, ekzos, absorber, bumper, dan lain-lain. Itupun banyak juga yang dah dihantar dan disimpan di stor rumah kami di Sepang. 

Plan nak pasang dan letak di bahagian dapur, memandangkan dapur rumah sewa kami agak luas juga. Bila dah pasang nanti boleh tutup dengan tirai, boleh jahit sendiri tirai tu atau d.i.y pakai rod dan tirai bilik air seperti yg Asha buat untuk tutup bawah sinki. Boleh refer entri tersebut disini >> D.I.Y Sink Curtain <<


Warna pink pun cantik juga. (foto sumber dari Google Images)

(Sumber foto dari Google Images)
Rak jenis macam ni pun boleh cecah ratus-ratus juga tau kalau nak pasang pasal besi heavy duty, sepadan la dengan harganyakan pasal nak letak pun barang-barang yang agak berat juga. Boleh custom made nak berapa tier, panjang dan lebar bagaimana.


5. Kenderaan Baru - Plan nak pakai kereta baru ni dari anak first lagi, bukan kerana kereta sekarang ni tak elok atau tak boleh pakai tapi sebab bila ada anak ni macam-macam barang nak dibawa. Kadang-kadang semua benda nak bawa, apatah lagi bila anak dah dua ni lagi la banyak barang nak sumbat dalam kereta, buai la, walker, besen mandi dan macam-macam lagi la. Kadang-kadang tu letak carseat je rasa macam dah penuh kereta, belum letak dua carseat lagi tu. Kami tengah usha-usha kereta jenis family atau SUV jenama Proton dan Perodua juga.



Proton X70 punya design not bad tapi price agak mahal juga around RM99,000.00. Tempat duduk pula 5 seater je, tapi bonet luas la nak letak barang. 




Perodua Aruz punya design agak cantik juga, harga pun tak mahal sangat around RM72,000.00 dan tempat duduk pun banyak 7 seater cuma bonet kicik la kan, kalau seat belakang xde org boleh turunkan. Tang aircond tu biasa la org belakang tak rasa sangat la.

Kesimpulannya, kalau ikutkan banyak lagi list Asha sebenarnya tapi yg top 5 ni yg paling utama dan penting untuk ada 2019 ni. Insyaallah...kami kena bekerja lebih gigih lagi untuk tercapainya whish list ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...