Tuesday, September 25, 2018

Majlis Perkahwinan Adik Lelaki di Semenyih

Majlis Perkahwinan Adik Lelaki | selesai sudah majlis perkahwinan adik lelaki di kediaman keluarga kami di Semenyih pada 9 September 2018 yg lalu.

Persiapan dibuat hanya 4-5 bulan sahaja sebelum hari perkahwinan berlangsung, biasa orang planning majlis besar gini setahun sebelumnya, tapi sebab ada kisah dan alasan-alasan yg tertentu majlis perlu disegerakan. Yang sebenarnya atas permintaan dan amanah arwah ibu sebelah pengantin perempuan yg nak segerakan perkahwinan tapi tak sempat juga arwah ibu mertua adik kita nak melihat kedua-duanya kawen.  

Selepas sebulan je pemergian arwah ibu mertua adik meninggal terus la keluarga belah perempuan minta percepatkan pertunangan dan pernikahan pada tahun ni juga. Tu yg agak kelam kabut tu mama dgn abah kami nak buat persiapan. Tak pasal-pasal kita kena jadi wedding planner, tu yg kena buat hantaran, deko photobooth dan mekap pengantin (yg ni je tak jadi pasal ada masalah pregnancy tempohari, upah org je lain mekap). 

Kalau ikut perancangan memang majlisnya nak buat simple je senang citer ala koboi. Dari jemputan nak panggil 300 orang je dah jadi 500++, dari penanggah nak pasang 4 je dah jadi 6. Dari menu nak ambil dari katering sahaja dah jadi tambah masakan sendiri + warung keropok lekor & goreng pisang. Mama dgn abah mana maunya nak koboi-koboi saje. Selagi majlis tak jalan selagi tu la ada je benda nak ditambah tau. Kalau ikutkan pelamin mini a.k.a photobooth pun xde tau pasal pengantin tak nak, nak simple katanya. Mama yg suruh kita buatkan juga pasal nanti orang datang nak bergambar kenangan takkan nak bergambar bawah pokok durian pulak kahkahkah.

Outfit pun simple je pengantin, adik kita pakai baju melayu biasa je sama macam majlis sebelah perempuan tempohari dan sampin pun pakai abah punya masa kawen dulu2 hahaha. Asal boleh dan budget je ko kan dik. Yg perantin perempuan pula pakai jubah ada la bling2 sikit dgn crown without veil. Sekarang ni mmg trend kawen pakai outfit simple2 mcm nak gi raya dan kenduri gitu.

Mari kita tengok serba sedikit kronologi persiapan majlis adik kami ini. 

1. D.I.Y Pelamin - Backdrop & Photobooth Accessories


Hari Sabtu (8/9/18) tu pada sebelah petangnya Asha dengan adik dan wife dia sibuk pasang pelamin d.i.y atau photobooth pengantin ni ha. Sebelum itu kain tabir ni Asha kena masukkan dalam besi rod yg Asha beli kat D.I.Y ni terlebih dahulu. Manakala pemasangannya kita minta tolong abah gantungkan, dan kain backdrop ni pula telah dijahit oleh mama, memang tak dan nak jahit lagi-lagi keadaan kesihatan yg kurang baik ni. Kain tabir ni pula Asha beli kat Kamdar je, kain jenis baldu warna putih yg biasa org buat alas kerusi pelamin, sarung bantal dan lain-lain. Memang pilih warna putih supaya bila ambil foto gambar pengantin dan hiasan pada tabir tu nampak menonjol. Pada asalnya nak pakai kain tabir sequin yg biasa mua, blogger or vlogger guna kalau buat review tu. Asha dah beli pun sebenarnya kat shopee tapi tak besar pun so peyudahnya buat alas meja pulut kuning. 

Besi rod tu beli kat d.i.y rasanya RM9.90 je, boleh dipanjangkan dan paling max panjang pun seperti dalam foto atas ni la.

Backdrop ni plan mama yg minta dipasang diluar rumah pasal senang orang nak berfoto beramai-ramai kat luar rumah lagipun terang sikit kat luar ni, nak snap gambar pun natural light gitu. Tambah letak kerusi kayu jati mama cantik la sikit jadinya.

Idea asal aksesori backdrop bentuk kipas pusing bewarna ni memang idea kita, tapi pasal beberapa hari sebelum majlis tu kita ada masalah komplikasi pada kandungan so tak boleh nak aktif sangat tolong buat persiapan kawen adik. Sempat belikan barang-barang je. 

At the end pengantin yg kena buat hehehe. Nasib baik adik dan wife dia kreatif, boleh captured idea dan design apa yg kita plan nak buat tu, ditambah pula rama-rama tu nampak nice sikit. Yg tang daun tu hurm...sebenarnya nak daun lain tp yg tu je ada kat kedai eco.

Untuk aksesori photobooth yg lain kita beli kat shopee je buat tambahan untuk tetamu yg hadir nak berfoto pada majlis tu.

Ada 30 pcs benda ni kita beli kat shopee around RM15 je termasuk postage fee. Dapat stick sekali.

Ada bagi gam sticker juga untuk tampal pada stick tu tapi macam tak kuat so kita pakai selotape je.

Bila dah siap kita letakkan pada trolley antik mama kita ni ha. Hias sekali dengan bunga baru nampak berseri. Habis perabot dan bunga hiasan mama kita keluarkan.

Last sekali ada tambahan pulut kuning, mama yg tempah nak ada potong pulut kuning katanya, kebetulan pada hari tersebut hari lahir adik a.k.a pengantin lelaki.

Siap our simple d.i.y photobooth a.k.a mini pelamin. Kalau ada bantal kecil 2 ketul tu mesti berseri sikit, tak sempat nak beli or tempah kat printcious.com.

2. Goodies Bag/Doorgift

Kalau dah namanya kenduri kahwin goodies bag or doorgift mesti la ada. Tapi tu la siap ada beberapa kategori pula mama suruh buat. Untuk kategori A mama dah buat siap-siap untuk bagi adik-beradik yg merewang. Tak snap foto pula doorgift kategori A ni ha.

Telur rebus untuk tambahan jika doorgift kategori B dah habis. Minta adik-adik sedara tolong bungkuskan telur rebus ni.

Sarung bungkus telur pun pakai balance masa kenduri kawen kami dulu, dah tujuh tahun pun mama masih simpan lagi. Tema kaler merah hitam tau time kita kawen dulu. Tu pun kita yg suruh, kita kata lari tema pun tak pe jimat, apa yg ada je guna.

Doorgift kategori B - buat 2 jenis, biskut gula icing dgn kerepek bawang. Ni pun kita yg bagi idea.

ni doorgift kategori C - dalam bungkusan ni ada telur rebus dan gula-gula. Spare jika tak cukup.


3. Kenduri Tahlil & Kesyukuran

Hari sabtu sebelah malamnya diadakan majlis tahlil dan kesyukuran, so sebelah siangnya ada rewang-rewang untuk siapkan menu makan malam selepas tahlil tu. Plan asal abah dan mama nak buat menu simple-simple je seperti lontong, tapi lepastu ada tambahan menu lain pula pasal abah kata rasa macam simple sangat, takut ada yg tak makan lontong jadi abah order tambahan kuah soto, untuk mee or bihun kami celur sendiri.

Lontong daun pisang, kalau ada yg tak biasa makan lontong ni sebenarnya lontong ni menu makanan jawa tau, biasa kami makan time raya, la ni nak buat untuk makan kenduri or makan saje-saje mengidam pun boleh dah.

Lontong sedap dimakan dengan rendang ayam pencen ni ha.

Side dish paling utama kuah kacang makan dengan lontong baru umph...

Kuah lodeh style Semenyih pasal ada cendawan hitam.

Tambahan lauk sambal sotong dan sambal ikan bilis garing(foto tiada).

Tu baru citer side dish untuk makan dengan lontong, belum masuk part soto pula, tu pun ada tambahan side dish juga.

Kuah soto.

Bihun dan mee kuning.

Kacang goreng.

Sambal kicap

Bergedil kendang ni tambahan my cousin buat dgn mak-mak sedara.

Pencuci mulut - buah tembikai

Kuih bakar

Puding bandung

Air minuman sunquick oren dan teh tarik.

4. Majlis Perkahwinan

Hari yg ditunggu sudah tiba, Alhamdulillah...semua persiapan untuk majlis berjaya disiapkan. Penanggah pengantin a.k.a canopy 3 hari sebelum majlis lagi dah dipasang, mula-mula minta 5 canopy je pasal xde buat makan beradap. Lagipun jemputan tak ramai sangat dalam 500 orang tapi mama minta tambah pasal ada ruang lagi kat halaman rumah, jadi total ada 6 penanggah. Minta hias kain scallop pada penanggah dan meja lauk kaler mint green tapi takde, yg ada hijau lumut dan hijau turqoise.

Nasib baik halaman rumah luas boleh muat 6 penanggah.

Bunting pula order 3 minggu sebelum majlis, last minit abah suruh adik no.2 tempahkan nasib baik sempat lagi adik order under UKM Holdings.  

Order 2 bunting, satu letak kat perkarangan rumah kat area meja doorgift.
satu lagi letak kat jalan masuk ke rumah. Kalau tak letak nanti orang tak tahu mana satu rumah pengantin.

Katering awal-awal pagi dalam pukul 11am dah sampai bawa makanan yg dah siap masak dan yg akan dimasak seperti ayam goreng.

Menu utama nasi minyak dan nasi putih. Lauk-pauk adalah dalam 6-7 jenis.

Lauk dari katering -  nasi minyak

ikan dorry becili

Sambal goreng jawa.

gulai udang dengan cendawan hitam

ayam goreng berempah

Kari daging pula my mak long yg masak. 

dan tempoyak petai juga mak long yg masak. Ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin dan buah tembikai dari katering.

Pencuci mulut dari ketering bubur pulut hitam, cendol dan kuih-muih ada 2 jenis tapi tak perasan kuih apa.

Tambahan dari kami, abah booking warung goreng pisang dgn keropok lekor, memang sedap sangat, paling laku dan habis dulu. Kita pun dok makan ni je sampai kenyang tak makan nasi sangat. Lepas tu ada lagi kuih-muih lain abah order iaitu kuih koci dan kuih tako. Memang banyak pencuci mulut je tu tak termasuk lagi kerepek yg diletakkan diatas meja makan tetamu.


Tetamu start datang dalam pukul 12pm dan paling ramai datang pada waktu puncak iaitu pada pukul 2.00pm ngam-ngam juga time keluarga pengantin belah perempuan sampai. Tak sempat nak snap foto keluarga pengantin belah perempuan berarak masuk sambil kompang dipalu menerusi radio DJ. Meriah sikit majlis pada hari tersebut dengan adanya DJ kenduri kawen ni, kalau tak senyap sunyi aje majlis ni.

Dah pertengahan majlis tu kita minta pasangan perantin potong pulut kuning pula. Minta juga photographer dia a.k.a coursemate adik dgn wife amikkan foto utk buat kenangan.

Mama dan abah bergambar kenangan dengan kawan-kawan sekolah mama. Baru perasan gambar kami adik beradik or sekeluarga takde huhuuu.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...