Tuesday, September 18, 2018

Pernikahan Adik Lelaki di Kelantan

Pernikahan Adik Lelaki di Kelantan | Pada 23.8.2018 (khamis) telah berlangsungnya majlis penikahan adik lelaki kami di Tumpat, Kelantan sekaligus majlis perkahwinan disebelah perempuan turut berlangsung pada hari yang sama juga. 

Kami sekeluarga bergerak ke Kelantan pada 22.8.2018 iaitu pada hari raya Haji yang pertama. Selepas solat raya je kami terus bergerak sebab tak nak sampai lewat. 

Tiba di Tumpat agak lewat juga dah malam lebih kurang pukul 7.30pm macamtu, terus ambil kunci homestay di rumah mertua adik dan terus pergi. Tiba di Homestay memasing terus cari bilik, me opkos la nak bilik yang ada aircond pasal mak buyung suhu badan sentiasa naik aje hihiii. Terpaksa yg lain mengalah pasal ada satu je bilik yg beraircond. Kami semua mandi, solat dan bersiap-siap pasal keluarga mertua adik jemput makan malam. Kebetulan raya Haji kan dapat la merasa sup tulang dan lauk daging fresh. Maaf foto takde, segan nak snap kat rumah orang, deme bukan tau kita blogger ke hape kan.

Keesokan harinya lebih kurang pukul 8.00am kami sarapan dulu makan apa yg ada bekalan yg dibawa dan ada la makanan tambahan abah beli nasi dagang dan bihun. Lepas tu terus bersiap-siap untuk majlis pernikahan adik di Masjid Khairiah Chabang Empat pula.

Pengantin bergambar dengan barangan hantaran di Homestay. Simple je outfit adikku ni, baju pun kak ipar dia yg sponsor, ikut perancangan dia nak pakai baju kaler purple pakai sekali dgn masa bersanding. Eh...sekali kak ipar dia suh pakai baju lain masa nikah, biorkan dia. Sebelum tu pun Asha dan mama pun ada isu gak outfit nikah dia ni nak pakai kaler purple mcm tak sesuai pasal biasa org pakai warna cerah-cerah macam putih, cream or light yellow masa nikah. Then adik punya alasan nak jimat pakai sekali masa sanding so we said okay jela gitu. Oh ya, untuk hantaran belah kami bagi pihak perempuan kita gubah sendiri atas permintaan mama, boleh tgk entri sebelum ini di sini >>> diy-hantaran-kahwin

Kami berfoto kenangan di luar perkarangan homestay sebelum ke masjid. Kita punya outfit pun simple je, takde beli-beli baru pun, pakai jubah yg mama beli masa mengerjakan umrah dulu, kebetulan tak pakai lagi. Ngam pula warna baju kita dgn baju nikah perantin.

Gambar kami empat beradik. Kita sorang je perempuan, me anak sulung, no.2 yg hujung kanan tu, no.3 pengantin baru hujung belah kiri dan yg bongsu sebelah kiri kita. Sekarang ni tinggal lagi dua je tak kawen, adik yang no.2 & 4.

Abah dan mama kami, terselit cucu kat tengah-tengah tu, cucu pun baru sorang je.

Selesai berfoto kami terus bergerak ke Masjid Khairiah Chabang Empat untuk menyaksikan akad nikah adik.

Sebelum akad bermula tok kadi kena check segala documentation pasangan lengkap ke idok, lepas tu kena check mas kawen dan barang kemas untuk batal air sembahyang. Nasib baik mama tergerak nak bawa resit barang kemas tu semua. Time kita dulu tak kena check pula, sekarang memang perlu check takut pengantin terbeli emas tiruan.

Pengantin perempuan pula kena interview dulu, to kadi akan tanya setuju ke idok nak kawen dengan pasangan tersebut, mana la tau kena kawen paksa pulak...lepas kata setuju kena sign buku akad nikah.


Selesai sudah acara akad nikah adik tapi kami tak berapa nak dengar pun tok kadinya bercakap, ada record video pun samar-samar je bunyinya, tau-tau dah sah aje dengan sekali lafaz.



Acara batal air sembahyang. Ada yg kata muka pengantin iras kita pulak, ini la kuasa mekap.

Dah sah boleh la main jeling-jeling hehee.

Selesai akad nikah kami balik semula ke homestay berehat-rehat la sejam dua dulu sebelum ke majlis kenduri pengantin belah perempuan. 

Lebih kurang pukul 12pm baru gerak ke rumah pengantin perempuan, lebih kurang 400 meter je dari homestay kami.

Pengantin lelaki diapit oleh adik kami yg bongsu.


Rombongan mengantar dari sebelah kami. Ini pun tak ramai yg mengantar pasal jauh.

Outfit pengantin pun simple je tema warna purple. Pengantin lelaki memakai baju melayu simple dgn sampin dan pengantin perempuan pula berkebaya sulam simple je takde bling bling. Memang pesen org muda sekarang nak kawen simple-simple je.

Sempat la mama dan abah berfoto kenangan dengan pengantin di Tumpat, Kelantan.

Majlis sebelah perempuan pun jemputannya tak ramai, betul-betul sedara mara terdekat je yg dipanggil. Tapi memang kita kagum la dengan adat budaya orang Kelantan ni yang suka buat majlis simple-simple je tak membazir, tak membebankan pengantin untuk berhabis-habisan di dalam mengadakan majlis perkahwinan. Mementingkan perkara-perkara yg wajib je, kalau tak bujang trang tang...tang.. la adik aku tu ha.

Ikutkan nak lama sikit lagi di majlis belah perempuan ni tapi tiba-tiba family belah perempuan suruh kami ambil barang hantaran lelaki deme dah siap-siap tukarkan dulang. Alahai tak sempat nak snap  foto hantaran belah perempuan bagi pihak lelaki. Elok je amik hantaran tu terus je kami nak balik, eh...entah kenapa nak balik pulak pasal brg hantaran tu tak muat nak isi dalam kereta, memasing kena pangku hantaran tu yg kena balik tu. Kalau naik 2 kereta takde masalah kot ni pasal kami sekeluarga naik satu kete je. Kalau kereta kita yg eksiden hari tu dah siap takde la jadi gini, tak puas kot nak makan kuih cara berlauk stail Kelantan ni, kena pulak kat tekak ni.







Diantara hantaran dari pihak perempuan bagi pihak lelaki dibalas 7 juga. Ada baju, beg, kasut, purse & belt, parfume, buah-buahan dan kek. Yang kek dah masuk dalam fridge sampai lupa ambil foto.

Actually lepas majlis tu petang kami singgah pengkalan kubor cuci-cuci mata dan shopping sikit. Tak dan nak snap foto pasal cuaca panas lit-lit belemuih kami kena panas. Sempat beli kain batik 2 helai buat tambahan nak pakai masa pantang nanti dapat la selai RM15 yg tak jahit punya, yang dah berjahit mhl sikit, oleh krn boleh jahit sendiri baik beli yg murah je. Lepas tu borong coklat, dah kata zon bebas cukai, tapi suami kata harga sama macam kat speedmart je huhuuu. Kalau bawa pasport tu dah ke seberang kami.

Malam kami tak kemana-mana pasal dah penat, so cousin yang memang suaminya orang Tumpat ni tolong belikan kami nasi air dingin. 


Not bad rasa macam nasi kak wok. Sebenarnya kita mengidam nasi kak wok kat area opis kita tapi dah lama tutup, dapat makan yg ini pun dah kira puas hati.

Keesokan harinya selepas sarapan kami bersiap-siap pulang. Walaupun ada lagi cuti hari sabtu dan ahad tapi apakan daya, ikut plan awal kami nak ke Terengganu bercuti tapi keadaan tidak mengizinkan selepas eksiden tempohari. 

On the way pulang tu tak tau la area mana dah kami sampai kena lalu jambatan kayu yang tak siap lagi ni ha.

Uish...mencabar ko. Kalau malam-malam ni xde orang jaga mau masuk sungai dah ni serem...

Bila dah masuk daerah negeri Pahang kami singgah minum petang sat kat Ulu Dong, Raub, Pahang.

makan kuih goreng-goreng.

pekena cendol pulut, sedap dan ramai orang beratur beli, paling sedap kot kat pekan ni.

dan juga laksa, memang sedap, cukup rasa.

Kami tiba di Semenyih around pukul 8.00 malam macamtu, abah drop kami kat Restoran periuk pasal abah nak beli makanan kat situ dan kebetulan rumah kami dekat area restoran tu aje so balik jalan kaki sikit ler. Sampai rumah letak barang, mandi, solat dan makan.


Nota kaki: next entri - Majlis Perkahwinan Adik di sebelah kami pula.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...