Wednesday, September 5, 2018

Farm In the City

Farm In the City | Sabtu yang lepas pergi Farm In the City di Seri Kembangan, memandangkan cuti sempena Merdeka ni tiada kemana-mana so plan ajak asben pergi sini ajeler bawa Fateh tengok haiwan. Kesian ke dia asyik sebut nama-nama haiwan dalam buku dia aje. Kali ni kita bagi dia tgk live pulak.

Sebelum ni kami dah pernah kemari bawa Fateh tapi masa tu Fateh baru berusia setahun, tak paham apa lagi, memori pun belum ada lagi kot.

ni gambar 2 tahun sudah, Fateh pun belum pandai berjalan lagi masa ni. Pernah tulis entri sebelum ini > fateh-at-farm-in-city. <

Bertolak dari rumah pukul 9.00am, semangat betul kami nak datang awal sebab nak jadi diantara orang yang terawal bagi haiwan makan. Pagi-pagi haiwan semua lapar baru syok nak bagi makan. Sebelum ni pernah datang lewat sikit nak dekat tengahari haiwan-haiwannya dah kenyang, tak syok dah, lepastu cuaca pulak makin panas. Kali ni memang bangun awal, sebelum Subuh je dah bangun siap-siap iron baju, buat sarapan dan kemas barang-barang Fateh untuk dibawa. Dah siap semua tu baru Asha kejutkan dua beranak tu bangun untuk bersiap.

Kami tiba di Farm In the City pada pukul 10.00am macam tu, terus beli tiket masuk dua orang dewasa RM39(sorang), kanak-kanak ketinggian bawah 90cm pula tidak dikenakan bayaran. Untung la Fateh datang sini dua kali tak yah bayar entrance fee. Harga tiket pula masuk tidak termasuk makanan yang kita bagi kat haiwan tau. Dulu nak bagi makan pada haiwan tidak dikenakan charge, sekarang ni FITC dah sediakan vending machine untuk makanan haiwan tapi kena pakai token la. Seringgit dapat 2 token, tak mahal pun makanannya, sekotak seringgit je. Ada la empat kotak kami beli, tapi tak semua makanan tu sama boleh bagi semua haiwan, ada yag dalam bentuk tablet ala-ala macam kibbles makanan kucing dan ikan tu ha dan rumput. Kecuali makanan untuk kura-kura dan arnab sahaja FITC sediakan pasal dua-dua spesis ni makan kangkung fresh aje.

Masuk-masuk je kami telah disambut oleh 4 ketul kura-kura gergasi ini. Mula-mula Fateh macam takut sikit pasal kura-kura ni pada dia nampak besar dan exotic agaknya. Bagi makan pun dari jauh je pasal takut nanti tangan kena gigit kot hihihi. Lepas tu masa photographer FITC nak amik gambo tiba-tiba ada sekor kura-kura ni jalan bergerak ke arah Fateh mencicit Fateh lari hahaha. Yang sebenonya kura-kura tu tengah lapar lagi tu Fateh kena follow. Tak pasal-pasal spoil mood dia nak bergambar, habis semua gambar tak menjadi.


Lepastu kami pi tengok haiwan-haiwan reptilia seperti ular dan buaya, bantai la Fateh tak mau lalu bila kami tunjuk ada ular atas kepala. 'Tak nak..tak nak..' katanya, tunjuk pulak buaya dalam aquarium tengah tayang gigi lagi la dia tak mau tengok, laju je dia jalan. Nak kata tak pernah bawa pi zoo atau pi taman haiwan yg lain tak juga, kerap juga kami bawa. Ni mesti pasal abahnya pernah sakat Fateh dengan katak ni terus la budak tu dah reti geli dan takut dgn sesetengah haiwan.


Kami masuk section burung-burung pulak. Fateh paling suka dengan ayam jela pasal tu je yg ada kat keliling rumah. Suruh bagi burung makan tak mau dia, tapi dia nampak teruja bila burung-burung tu datang makan kat tangan abahnya.

Part paling teruja kami nak masuk sebenarnya kat section kambing dan rusa. Pasal 2 spesis haiwan ni kalau bagi makan mesra habis. Tak percaya tengok je foto bawah ni.

Nampak mesra Fateh dengan kambing. Sebenonya kambing tu tengah lapar.

Ha...nampak tak mesra betul kambing tu dengan asben kita sampai nak makan pun panjat-panjat. Dengan kotak-kotak pun dia makan sekali tau, lapar betul tu.

Fateh pun nak cuba bagi rusa makan juga.

Manja betul rusa ni, suka orang belai-belai.

Lama juga kami ber konservatif dengan rusa dan kambing disini. Lepas tu baru kami pi tengok arnab dan hamster.

Fateh kata comelnya arnab.

Bagi hamster makan. Abah Fateh dulu pernah bela hamster tau.

Kebetulan ada show burung kakak tua sempena merdeka ni. Jom saksikan;

Kita bagi Racoon makan je..comel je racoon ni geram tengok.

Last section bagi ikan dan Angsa makan pula. Time ni Fateh tak nak balik, dia dah syok bg ikan makan. Dua kali juga kami beli makanan ikan ni tau nak bagi Fateh puas hati.
Part paling best bagi angsa makan dari tangan kita tau tapi lupa nak snap foto. Asben kata mulut angsa tu macam span je.

Selesai tour kami disini kami singgah makan kat dalam tu dulu sebelum pulang, makan ringan-ringan je seperti ice-cream, popiah, abc dan teh tarik. Seronok tau masuk sini even tempat ni tak la besar macam zoo pasal xde harimau, singa dengan gajah tapi kesemua haiwan ni boleh dipegang dan diberi makan tau. Ada banyak lagi haiwan lain yg Asha tak tunjuk kat sini, tu korang kena la terjah sendiri.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...