Friday, December 28, 2018

Pengalaman Bersalin Anak Kedua di PPUKM

Pengalaman Bersalin Anak  Kedua di PPUKM | Alhamdulillah tanggal pada 13/12/2018 jam 6.08am telah lahirlah putera kedua kami yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Fakeeh secara normal dengan seberat 3.53kg di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kenapa Asha Pilih PPUKM Bersalinkan Anak Ke-2

Siapa yang pernah baca entri Asha kemalangan tempohari akan tahu dan faham kenapa Asha pilih untuk bersalin di PPUKM. Reason: masa Asha admit Hospital Selayang pasal kes accident tempohari doktor pakar O&G minta Asha buka buku pink pasal nak tulis rekod kandungan selepas kemalangan tu then kalau ada apa-apa masalah semasa melahirkan anak means tiba-tiba tulang belakang Asha rasa sakit sangat-sangat dan susah nak bongkokkan badan masa bersalinkan anak so doktor atau bidan boleh tahu or refer rekod tersebut. Lagipun Asha masih perlu follow up check up dengan Pakar Orthopedic pada akhir Januari 2019 ni nanti. Selebihnya anda boleh baca entri kemalangan tu disini >> KEMALANGAN<<

Last Check up Kandungan

Pada 10/12/2018 (Isnin) merupakan hari terakhir Asha buat check up di unit O&G PPUKM ni. Masa check up ni berdebar-debar juga nak tahu result perkembangan kandungan pasal ikut due date 13/12/2018 tu date bersalin dah. Lepas buat scan perut Asha berjumpa dengan Doktor Raimi Zamriah, actually kalau check up kat sini bukan satu doktor tu je kita akan jumpa, lain-lain doktor pun akan check kita  juga sama la masa kita check up di KKIA. Kalau sebelum ni bersalin di Hospital swasta berbeza sikit pasal yang check kita dari awal sampai bersalin adalah doktor. Boleh baca entri pengalaman Asha mengandungkan dan melahirkan anak first disini >>penantian-selepas-3-tahun<< dan pengalaman-sepanjang-kehamilan<<

Report terakhir sebelum serah diri. Masa check up dgn Doktor Raimi Zamriah ni kandungan kita dah cecah minggu ke 39, maksudnya memang dah cukup bulan kalau nak bersalin pun. Kalau ikutkan 2 minggu sebelum tu memang dah ada tanda-tanda kontraksi tapi tak kerap, rasa sekali dua je dalam sehari tu pun start time petang atau malam. Cuti bersalin pun Asha ambil awal-awal, 1st Disember je terus start cuti pasal dah tak larat sangat nak bawak perut ni, jalan pun tak selesa sangat rasa berat je perut ni nak bawak berbeza sangat masa mengandungkan si abang dulu. Itupun pun nurse KKIA bising kata berat kita sepanjang hamil ni naik 5.5kg je, dia nak naik cemana lagi pun tak tahu la, padahal sebulan sebelum appointment yg terakhir ni ada buat scan perut dan berat baby masa scan dah 3kg. Berat anak sulung masa lahir pun 2.75kg je tapi awal 2 minggu la bersalinnya pasal air ketuban kurang, kenala induce. 

Masa jumpa doktor ni la dia ada tanya Asha ada tanda-tanda kontraksi ke tak untuk beberapa hari ni. Asha cakap ada so dia tanya nak check jalan tak kot-kot dah buka, kita setuju je walaupun rasa seram pasal dah lama tak kena seluk. Lepas dah check jalan tu doktor cakap tak buka lagi so dia bagi date lebih 9 hari kalau tiada tanda-tanda nak bersalin dia suruh datang serah diri pada 22/12/2018(Sabtu). Adoi...susah hati dah kita time tu pasal nanti kena induce kalau tiada tanda-tanda nak bersalin dalam masa terdekat.

Doktor terus bagi slip kemasukan wad siap-siap. Katanya pada date yang diberi tu nanti terus datang serah diri je.


Banyakkan Berjalan untuk Cepatkan bukaan Jalan

Selesai je appointment terus balik rumah lunch dulu dan solat lepas tu Asha minta izin dgn suami nak tidur rumah mama malam tu pasal tahu suami mesti balik lewat malam tu pasal dia nak kena ganti masa yg dia dah temankan kita check up pagi tadi.

Lepas suami pi kerja Asha terus kemas baju Asha dan anak, bagi kucing makan dan terus gi rumah mama.

Malam tu tidur dah start rasa kontraksi tapi tak macam sebelum-sebelum ni, rasa kontraksi yg agak panjang juga, tapi Asha diamkan diri aje cuba tahan sakit. Sepanjang malam tu kontraksi datang setiap 2 jam sampai la ke pagi. 

Keesokan harinya (11/12/2018) Selasa, mama ajak pi The Store cari barang. So Asha pun hantar la mama pi The Store, niat di hati nak banyakkan berjalan je sebenarnya biar cepat bukaan. Mula-mula mama macam tak yakin je kita boleh hantar pasal kita dah sarat sangat takut tak larat nak berjalan. Kita cakap tak pe nak bagi bukaan cepat. Bila sampai je The Store sempat juga la grab 2 helai T-Shirt lengan panjang kononnya nak pakai dalam pantang. Masa tengah pilih-pilih baju tu pun still boleh rasa kontraksi juga, dalam hati rasa tak sedap dah, rasa macam tak lama je lagi nak bersalin dah ni. On the way nak balik rumah tu pula ternampak orang jual apam balik crispy dah mengidam pulak, singgah beli takut kempunan, makan juga sekeping dalam kereta takut bila sampai rumah nanti tak sempat nak makan, mana tau sampai rumah je nanti tiba-tiba rasa nak beranak pula.

Malam tu Asha balik rumah dah, sempat la merasa kek secret recipe yg asben beli tp makan tak habis pun pasal kengkonon nak tinggalkan sikit utk makan esok harinya sekali tak sempat. Lepas makan tu duduk tengok tv jap layan cerita seram tapi perut tiba-tiba rasa sembelit lain macam pula terus pergi ke tandas tapi masa dalam tandas tu Asha masih berdiri lagi tak berani nak membuang takut terberanak pulak dalam jamban. Lama juga berfikir nak membuang ke tak ni, betul ke aku nak membuang ni ke sembelit nak beranak adeh, tapi perut dah memulas-mulas + kontraksi pun datang at the same time, nak tak nak membuang juga la walaupun rasa takut-takut. Lebih kurang 10 minit macam tu tiba-tiba ada darah menitik-nitik keluar, terus Asha stop membuang dan menjerit panggil suami cakap dah keluar tanda nak beranak. Kami pun apa lagi terus bersiap tukar baju dan kemas barang-barang sikit dan hantar Fateh kat rumah mama.

Admit Ward 1B Obstetrics 2 PPUKM

Pukul 12.30am kami tiba di PAC(Patient Admission Centre) O&G. Asha serah buku pink dan borang kemasukan wad pada nurse yg bertugas pada malam tersebut dan Asha diminta untuk ambil urin terlebih dahulu. Selepas itu Asha disuruh untuk masuk satu bilik ni untuk buat CTG untuk check bacaan contraction, nadi bayi dan check bukaan, yg ni memang part paling tak suka bagi mana-mana ibu yg nak bersalin tapi terpaksa hadap la yek. Masa check bukaan tu nurse cakap dah buka 3cm. 

PAC terletak di sebelah kanan unit Kecemasan. (foto sumber dari website PPUKM)

Selesai buat CTG(Cardiotocography) nurse minta suami buat pembayaran deposit di Kaunter Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM. 

Suami buat pembayaran secara credit. Kalau baca review blogger-blogger lain sebelum ni Asha dapat info kena bayar secara tunai tapi yg tunai tu hanya di Kaunter O&G sahaja, jika admit di PAC O&G waktu malam anda boleh bayar pakai kad credit  or debit di Jabatan Kecemasan. Bayaran deposit yg dikenakan pun sebanyak RM750.00 sahaja. 

Kemudian barulah Asha dimasukkan ke wad bersalin (1B Obstetrics 2), katil no 17.

Masa tengok nama pakar tu terkejut juga ingatkan yang akan sambut baby kita nanti doktor lelaki iaitu Prof. Hashim tapi sebenarnya sebagai pemantau je bagi pelajar-pelajar dan pegawai perubatan dibawah seliaan Prof. Hashim. Tengok date of arrival tu (D.O.A) tu pula ingat boleh teran baby ngam-ngam ler 12.12 hehee.

Selesai suami letak dan simpan barang-barang kita semua kita pun terus baring dan cuba untuk tidur tapi tidur-tidur ayam je pasal layan kontraksi yg makin kerap datang setiap sejam. Bila datang je kontraksi terjaga dari lena memang tak lena la tidur. Tiba-tiba doktor yg bertugas pada malam tu datang minta masuk satu bilik khas ni untuk check bukaan dan still 3cm lagi.

Pukul 7.00am lampu dibuka dan tirai semua katil diselak, ini memang rutin dan prosedur biasa mana-mana hospital pun. Pelajar-pelajar perubatan, pegawai perubatan dan proffesor akan datang dan pergi setiap katil  pesakit untuk mendengar report dari pegawai perubatan dibawah seliaan masing-masing. Asha punya pegawai perubatan Dr. Raimi Zamriah iaitu doktor terakhir yg check Asha sebelum warded tu.

Segerombolan ko deme datang, segan pulak rasa orang tengok kita beramai-ramai. Teringat pula kita masa admit Hospital Selayang dulu pun situasi yg sama juga.

Bukaan 5cm

Selepas lunch je dalam pukul 2pm macamtu dah start asyik kena seluk check bukaan je, kalau dapat nurse or doktor yg pandai seluk tak sakit ler tapi kalau dapat yg baru nak belajar tu pergh...suatu penyiksaan rasanya huhuuu. Tapi kita bernasib baik pasal yg seluk tu Dr. Raimi Zamriah, dia seluk tak sakit langsung siap bagi advice suruh kita banyakkan berjalan-jalan dalam wad ni bagi cepat bukaan dan bagi kepala baby cepat turun pasal kepala baby still kat atas lagi.

Pukul 7.30pm datang pula nurse yg bertugas pada malam itu untuk check bukaan lagi, kali ini bukaan dah 5cm, doktor dan nurse inform kalau dah 5cm baru boleh masuk labour room. Tak sia-sia Asha berjalan-jalan dalam wad tu pusing-pusing dan baring mengiring nak bagi cepat bukaan. Tapi malangnya labour room full kena tunggu lagi.

Pecah Air Ketuban

Pukul 8.00pm datang doktor pelatih atau Housemanship nak pecahkan air ketuban pula. Sebelum pecahkan air ketuban tu dia check bukaan dulu nasib baik amoi tu pandai check bukaan tak sakit pun, pasal sebelum check tu dengar dia berbual dgn nurse yg bantu dia tu cakap 'I tak pandai la check bukaan ni lagi, tak pe I cuba, tarik nafas ye Puan'. Eh...ngeri pulak kita dengar tapi nasib baik tak sakit. Lepas tu dia ambil satu alat ni yg diberi nama 'Amniohook' untuk pecahkan air ketuban. Ketap gigi dah kita bila tengok alat tu. Amoi tu juga la yg pecahkan air ketuban kita, fuh...nasib baik tak sakit pasal air ketuban kita tebal kot hihii, lepas dah pecah tu banyak betul air ketuban kita keluar, tak tertampung bekas yg nurse sediakan tu sampai kena tukar kain lain la. Menggeleng amoi tu siap kata 'wah...banyak betul nih'.

Ini la Amniohook tu (foto sumber dari google images)


Masuk Labour Room

Pukul 8.30pm barulah Asha ditolak ke labour room no.6 dan seperti biasa nurse akan check bukaan  kita terlebih dahulu kemudian memasukkan ubat cecair di dubur, beberapa saat kemudian mulalah rasa nak membuang. 

Selesai membuang Asha kembali ke labour room semula dan masa ni la CTG dipasang, drip air dan seluk-menyeluk untuk check bukaan tu toksah cakap la entah berapa banyak kali dan banyak tangan yg seluk

Part paling tak suka bilamana kena masuk tiub urin tu fuh... dapat pulak nurse sorang ni pasang kasar betul dia, ada ke patut dia tonyoh je, ngilu dibuatnya, tak pasal-pasal lepas beranak tu Asha rasa ngilu dan kerap buang air kecil je.

Doktor ada tanya Asha samada nak ambil sebarang ubat penahan sakit atau tidak, Asha cakap nak fikir dahulu. Masa bersalinkan Fateh dulu Doktor hanya tanya samada Asha nak ambil epidural atau tidak tapi yg bius tu doktor cucuk je takde tanya kita dulu tapi kat PPUKM ni even nak ambil gas Ethonox dan bius tahan sakit pun doktor akan tanya dulu. Kesudahannya memang tak ambil apa-apa  ubat atau kaedah penahan sakit pun. Kononnya tak nak jadi seperti pengalaman yg lalu lepas cucuk bius je Asha rasa mengantuk dan tak sedar lepas dah meneran tu bilamasa doktor keluarkan uri dan jahit semua tu pun tak sedar.

Sewaktu melayan kontraksi yg semakin kerap bertandang tu datang pula medical students practical nak check perut dan observe katanya. Layankan jela tapi ada sorang student lelaki tu memang kita tak benarkan, tapi kita say sorry la elok-elok ke dia. Nasib baik juga kita beranak nak dekat pagi pasal students tu semua dah pi tengok orang lain bersalin dulu,  kalau tak masa kita meneran tu penuh la orang kat dalam labour room tu, dah la panas aircond rosak. 

Pukul 3am, masih tak bersalin lagi, nurse datang tukar air, check bukaan dah 6cm, lambat pula bukaan kali ni, kalau baring mengereng lagi cepat bukaan sebenarnya tapi bila kita mengereng nurse suruh baring betul-betul pula pasal dia susah nak pantau bacaan CTG kita dari luar adeh...tu jadi lambat bukaannya. Padahal rasa nak meneran tu dah ada, tapi tu la nurse check kepala baby tak turun ke bawah lagi jadi dia suruh kita teran bagi kepala baby ke bawah dulu supaya senang nak keluar bila bukaan dah 10cm nanti. Nurse siap tanya lagi berat anak pertama dengan berat baby masa scan berapa pasal dia check kepala baby macam besar tak rasa berat baby 3kg. Alamak...kita dengar kepala baby besar je dah ngeri.

Pukul 5.30 nurse datang check bukaan lagi kali ni dah 10cm, doktor pun dipanggil untuk menyambut kelahiran baby kita. Bila kontraksi datang je doktor suruh teran tapi masalahnya bila time kontraksi dah stop pun doktor suruh teran juga ya Allah punyalah seksa nak teran kalau tiada rasa nak teran. Doktor dengan nurse dah macam pasukan sorak je dok suruh teran, bak kata doktor berbangsa cina "Berak...berak... lagi, panjang lagi berak", adoi...dari sakit meneran jadi tak sakit dibuatnya. Sudah la suamiku tiada disisi, pukul 5am dia dah hilang pi solat Subuh katanya sampai la Asha dah selamat bersalin pun suami masih tak masuk lagi labour room. Asha pun dah tak tahu berapa kali dah teran sampai terkeluar suara dah, kadang-kadang stop juga pasal tak larat nak teran dah tapi doktor cakap kalau kita tak teran betul-betul nanti baby kena vacum dan jantung baby akan semakin lemah. Kita yg dengar ni pula bertambah lemah huhuuu, nak wat acane bersalin kali ni memang susah sikit nak teran pasal kepala baby besar sikit, dah tu doktor memang tak pula nak potong episiotomy dia nak kita bersalin normal senormalnya kot. Bila part doktor robek perineum kita dengan jarinya ke bawah pergh...ngilu rasa, tapi lepas tu tau-tau baby dah keluar. Alhamdulillah pukul 6.08am baby lahir lega rasanya semua dah selamat.

Doktor Phow Su Ee yg sambut baby kita dan nurse tolong angkat dan letakkan atas riba kita then tanya "Puan, baby apa ni boy ke girl", kita jawab boy.  Seperti si abangnya Al-Fateh si adik ni pun keluar tak nangis pada awalnya, kelua-keluar celik je matanya dan jarinya still kat dalam mulut lagi. Lepas tu nurse datang dan ambil sekejap baby kita untuk ditimbang dan dibersihkan, kat sini baby tidak dimandikan hanya dilap-lap je. Terdengar nurse sebut berat baby 3.53kg, patut la susah nak teran berat juga si adik baby ni. Sementara itu doktor dok tekan-tekan perut kita untuk keluarkan uri, selesai bungkus uri doktor bersiap sedia untuk jahit luka perineum kita pula, ingatkan tak kena gunting episiotomy tak perlu jahit ler, doktor cakap ada luka sikit jadi kena jahit. Masa kena bius kat 'tut' tu rasa macam ngilu je, kita siap tengok lagi pergh...panjangnya jarum bius itu huhuhu, tapi lepas  dah bius tu tak dela rasa sakit dah tapi still boleh rasa la jarum dan benang tu masuk dalam kulit. Asha siap boleh kira berapa banyak doktor jahit, yg jahit sebelah dalam je sekali, yg bahagian luar 4 jahitan kalau tak silap. 

Komplikasi Semasa Bersalin - Perineal Tear 1st degree

Kat dalam buku pink ada satu bahagian tu lepas bersalin doktor akan catat rekod Perihal Kelahiran & Rekod Kelahiran Bayi. 

Jika dilihat pada bahagian Komplikasi Semasa Bersalin - Luka 'Perineal Tear' Asha 1st degree. Jika kelahiran yg lepas Asha kena potong episiotomy. Kalau anda tanya Asha luka mana yg lebih sakit dan susah nak jaga sudah pasti luka episiotomy pasal kena potong sehingga luar dari kawasan vagina dan perineum.

Episiotomy (sumber foto dari google images) 


Luka Perineal Tear (foto sumber dari google images).

Luka perineum Asha 1st degree sahaja tak sampai kena kulit so lepas dijahit tiada rasa sakit atau berdenyut-denyut. Nak berjalan pun masih rasa selesa lagi. Kadang-kadang tak sedar pun terjalan laju padahal luka masih berjahit lagi.

Bila semuanya sudah selesai nurse shift pagi datang bawa air milo dan biskut kering serta air masak untuk  bagi kita bertenaga semula. Memang kita lapar betul, mana taknya hampir 9 jam dalam labour room tenaga hilang terus dah. Selepas itu barulah Asha dihantar semula ke wad dengan katil-katil sekali kena tolak.

Sampai di wad kita terus cari enset kita dan call suami tanya dia kat mana pasal dari bersalin sampai dah masuk wad pun tak nampak batang hidungnya, bersalin anak no.2 ni suami tak sempat la tengok kita berjuang pasal bersalin time solat Subuh. Bila suami sampai je kita minta dia azankan, kemudian suami pulang ke rumah untuk berehat dan mandi. Tinggallah Asha dengan baby di wad, baru je nak berehat lelap mata datang pula nurse buka tirai semua katil, oh ye la dah pukul 7.30 pagi time doktor dan pelajar-pelajar praktikal datang melawat pesakit. 

Pukul 8.00am doktor yg selalu check Asha tu (Dr. Raimi Zamriah) datang check perut dan tanya beberapa soalan. Soalan cepumas yg ditanya adalah pasal perancangan keluarga, maksudnya ada pertambahan anak lagi ke tak lepas ni, kita bagitau anak no 3 akan menyusul selepas 3 tahun bersalinkan yg no. 2 ni cewah...yg lepas cakap takmo beranak dah yg ni baru 2 jam lepas beranak dah berani cakap perancangan anak no. 3 pulak hahaha. 

Bila semua check up dah selesai Asha call mama dulu inform yg kita dah selamat bersalin kemudian sambung tidur. Kepala pun dah pening-pening lalat pasal 2 malam dah tak lena tidur dengan penat bersalin 9 jam kat labour room pun tak hilang lagi.

Discharge Ward

Time lunch nurse datang bagi ubat dan inform yang kita dah boleh discharge petang ni pasal check baby punya darah, ujian pendengaran, sistem pembuangan semua ok. Lega dapat discharge awal pasal susu badan tak keluar-keluar, macam biasa la masalah pengeluaran susu nak kena balik rumah berurut baru ok, kalau lama-lama kat sini tapi baby tak menyusu nanti kena tahan sebab kuning pula.

Nurse bagi ubat ni siap-siap. New Obimin tu untuk penghasilan susu ibu memang bagus tapi sebab susu badan kita tersumbat jadi bengkak susu pula, kena urut bagi susu keluar baru lega. Ubat Zeet tu pula ubat tahan sakit untuk jahitan tapi tak makan sangat pasal jahitan tak berdenyut-denyut pun. Yang cecair tu ubat cair najis.

Ujian saringan pendengaran Al-Fakeeh

Pukul 2.30pm Asha mandi terlebih dahulu dan tinggalkan baby sekejap. Kat sini kalau nak tinggalkan baby takde hal tak perlu risau kalau baby nak kena culik ke apa pasal kat kaki baby ada tag dan bukan senang nak bawa keluar tau pasal ada guard jaga diluar, nk bawa keluar kena sign itu ini dan tag pada kaki baby mesti sama dengan discharge note kita baru boleh lepas. 

Minum petang sebelum balik barulah dapat menu yg sedap sikit, puding kastard roti selamba je Asha makan, nampak sedap ngap je walaupun tahu ingredientnya ada telur. 

Diantara menu yg sempat Asha snap sepanjang warded disini. Asha selera makan buah je berbanding nasi dan lauknya, kena menu yg sdp tu sedap la juga.

Dah nak balik baru sempat snap foto. Satu wad ni tak silap Asha ada 20 katil, selesa la juga pasal ada aircond cuma kat labour room je panas pasal maintenance tak habis service lagi. Kat wad ni suami tak boleh teman kecuali time melawat sahaja. Oleh kerana ini pengalaman bersalin kali kedua jadi Asha tak kisah pun kalau suami tak temankan pasal bukan induce, sakit kontraksi normal yg Asha boleh tahan, siap boleh jalan-jalan dalam wad lagi. Kalau kena induce mau Asha minta tukar pi wad Specialist level 7 tu.

Suasana waktu pagi tirai semua kena buka. Wad nampak cantik, kemas dan selesa, ada mesin air panas dan sejuk serta ruang solat. Tandas atau bilik mandi pun selesa ada kemudahan water heater.

Pukul 4.30pm suami datang bersama-sama mama, abah, adik dan Fateh. Sementara borak-borak dengan mama suami pergi jelaskan bil terlebih dahulu.

Total bil hospital: RM703.00 je pasal dah bayar deposit RM750 so dapat refund RM47.00. 
Kos rawatan termasuk;
- Rawatan Berpakej RM200
- Perkhidmatan Rawatan/Pemulihan RM180
- Caj Rawatan RM100
- Caj Wad RM100
- Ujian Makmal RM83
- Bekalan Ubat RM20
- Pelbagai Hasil Perkhidmatan Perubatan RM20
- Yuran Pendaftaran Pesakit RM20
 - GST/SST - 0%

Setakat ini PPUKM merupakan salah satu hospital separa kerajaan yang Asha rasa service nya sangat bagus dan selesa. Doktor pakar pun ramai disini, tiada masalah kekurangan doktor, mana taknya setiap kali datang check up je doktor lain-lain yg akan check kita. 

Kalau korang yg masih belum mempunyai zuriat disini juga ada pakar kesuburan yg bagus-bagus tau. Asha sempat juga la buat rawatan kesuburan disini 5 tahun lepas dengan Prof Zainul Rashid tapi separuh jalan je pasal tak ready nak kena tebuk perut buat laparoscopic surgery, ngeri kau. Tujuan laparoscopic surgery dibuat untuk melihat samada tiub fallopian Asha tersumbat atau ada masalah lain seperti ketumbuhan seperti cyst ke gitu. Tapi Asha tak bersedia jadi half way je la rawatannya. End up ikhtiar sendiri jaga pemakanan dan lifestyle je. Alhamdulillah, tak sampai setahun Asha hamil anak yg pertama, nak dapat yg kedua ni pun Asha ikhtiar cara yg sama juga.

Laparoscopic surgery (foto sumber dari google images)

Selesai urusan bil suami datang angkat barang-barang semua dan baby mama tolong dukung pasal Asha tak larat nak jalan sambil dukung. Sebelum keluar nurse panggil masuk satu bilik ni bagi buku rekod baby dan lain-lain dokumen untuk register nama baby nanti dan juga dapat free gift. Sampai kat luar ward, rasa macam tak larat nak jalan suami ambilkan kerusi roda. Sebelum bergerak pulang kami kena melalui security guard dulu, kene check out dgn dia dulu bagi surat keluar ward, bagi serial number kat tag baby untuk dia rekod baru boleh keluar. Bagus juga buat begitu, boleh mengelakkan kes penculikan bayi. Ibu-ibu hamil yg dah masuk wad pun susah diorang nak bagi keluar tau inikan pula bayi baru lahir.

Antara gift yg Asha dapat.

Free gift dari Drypers, dapat pampers untuk size Newborn dan size S. Dapat sample mandian bayi dan wipes.

Free gift dari Petpet & Cetaphil. Dapat sample pampers size newborn dan mandian serta losyen baby. 

16 comments:

Azlinda Azman said...

comel baby..welcome to the world

nieja said...

congrats asha

Ana Suhana said...

Kagum dengan asha sempat snap semua mende. Kalau ana tak ingat apa dah. Nam balik cecepat je. Hehe

Mujahid Iman said...

Asya saya nak tanya, mcm mana dgn uri bawah tu... uri naik semula masa kandungan berapa minggu? Saya skrg 24minggu... uri bawah doc bgtau masa kandungan 20minggu... jika tidak keberatan boleh saya tahu. Waktu kandungan minggu ke berapa uri naik semula

Asha Raimi said...

Saya kena ms week 25. Uri naik semula ms week 27 or 28 macamtu. Kalo mcm sis awl lg masih boleh naik urinya sbb kandungan tak bsr lg means ada ruang utk uri naik semula Insyaallah

adianiez AIDA said...

suka baca.
moment yg sgt bernilai ni.

Zaza Azlal said...

As salam sis.. Mcmana nk booking bersalin di hukm ni ye?

Asha Raimi said...

Kena ada surat dari KK sis utk booking.

Nurul Idiani said...

Free gift tu dpt masa kat hospital ke?

Unknown said...

Nak tanya.. Ppukm kat labour room suami boleh masuk tak?

Asha Raimi said...

Free gift dapat masa kat hospital before discharge.
Suami boleh masuk labour room.

NUR AMIRAH said...

Salam sis, budak2 boleh bwk masuk tk??. Tgh prepare tuk no3. Ank sy no2 still bf lg

Asha Raimi said...

Nur Amirah: boleh je bwk masuk tp time waktu melawat sahaja dibenarkan.

ainulmardiahasrul29 said...

Salam kaK nk booking utk bersalin seawal kandungan brpa bulan ya.

ainulmardiahasrul29 said...

Salam kaK nk booking utk bersalin seawal kandungan brpa bulan ya.

ainulmardiahasrul29 said...

Salam kaK nk booking utk bersalin seawal kandungan brpa bulan ya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...