Thursday, November 8, 2018

Open House Deepavali

Open House Deepavali | Pada 06/11/2018 (Selasa) yg lepas merupakan hari perayaan Deepavali bagi kaum India. Kami ada la dapat jemputan makan-makan di rumah salah seorang colleague tempat kerja asben, actually ini first time kami pergi open house Deepavali, kebiasaannya dulu-dulu Asha ada ramai jiran pelbagai bangsa kalau ada perayaan seperti ini kami tak de pun pergi raya rumah mereka, cuma jiran-jiran ada la bagi makanan seperti air kotak dan snek kuih perayaan mereka sahaja. 

Cuma kali ini colleague asben beriya-iya pula jemput makan-makan kat rumah dia. Asha pun setuju je la memandangkan takde hal apa pun pada hari tersebut, gantung kuali la Asha tengahari tu. 

Tuan rumah berbaju biru muda, namanya Mr.Bowie, yg baju kelabu tu wife dia Mdm Pathma, baju biru tua sebelah asben Asha pula anak perempuan tuan rumah dan anak lelakinya pula sebelah anak perempuannya.

Sampai kat rumah Mr.Bowie around pukul 12.30pm, rumahnya kat area Puchong, tak silap Asha dekat dengan Taman Yarl tapi tak ingat nama Apartment ni apa. Nak masuk tu susah sikit la pasal service apartment kan ala2 condo ada security guard dan kena access pakai card kalau nak naik lif.

Sebelum makan borak-borak dulu berkenalan, tapi tula kami datang lupa bawa buah tangan hihiii, orang lain datang bawa buah tangan kami lenggang kangkung je.

Kawan-kawan Mr.Bowie yg lain pun datang juga ada la tiga orang chinese girl ni asben kata dari company broker CIMB, diorang ada link juga dengan company tempat asben Asha kerja maklumlah company asben Asha ni buat software untuk saham dan bank.  

Borak punya borak wife Mr.Bowie namanya Pathma ajak makan, tu la part yg ditunggu-tunggu sebenarnya hahaha. Seronok juga berbual dengan Mdm Pathma ni lagi-lagi dia mengadu pasal asben dia hari-hari balik lambat sama la macam laki den ni ha. Nak buat camne programmer memang begitu la worklife diorang. So ada la geng wife yg senasib dengan Asha ni ha.

Anak tuan rumah tolong hidangkan nasi apa ntah macam nasi minyak sedap, wangi je bau. Lauk-pauk yg dihidangkan adalah acar timun dengan lobak merah sedap kering je tak berair, rendang ayam, kari kambing, kurma telur ayam pencen katanya lain macam skit telurnya pasal katanya telur tu kat dalam perut ayam lagi means tak sempat ada kulit telur lagi, size pun besar telur puyuh, teksturnya semua kuning xde putih tapi rasa macam putih telur rebus tu ha. Lauk yg paling kami suka kari udang masak kering-kering gitu sedap sangat-sangat tapi segan nak ambil banyak. Mostly masakannya tak pedas pasal Mdm Pathma kata Mr.Bowie tak makan pedas. Lauknya semua sedap-sedap ala-ala masakan style hotel gitu. Patut la Mr. Bowie beriya-iya suruh datang rasa masakan wife dia yg sedap tu, memang sedap bertambah juga nasi dan lauk hahaha. Fateh pula Asha bagi dia putu mayam makan dengan ayam, kalau ada yg gula merah gaul dengan kelapa tu tentu lagi sedap.

Fateh seronok beramah mesra dengan aunties CIMB ni ha. Entah apa dia borak.

Fateh da besar gini tak banyak ragam senang bawa keluar tapi tu la terlebih peramah dengan orang.

Pasal Fateh tak duduk diam semua orang kena tengok kartun dia pulak.

Kami pulang dari rumah Mr. Bowie lebih kurang pukul 3.00pm macamtu. Terus balik rumah je tak kemana. Sempat juga Asha berseloroh dengan asben dalam kereta kata rakan sekerja asben rata-rata berusia je semua dia je yg kira muda. 

2 comments:

Masmira Masri said...

haii salam perkenalan..bestnyaaaaaa ... done follow ur blog jemput singgah blog i yer http://myaleo.blogspot.com/

Azlinda Azman said...

sedapnya..rajin Asha beraya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...