Monday, November 26, 2018

Kisah Seram - Mimpi Menyusukan Bayi

Agak lama juga tak Asha tak up story kisah seram kat dalam blog ni, since selepas kawen, mungkin pasal dah lama tak kena kacau kot. Sebelum Asha teruskan entri seram kali ini korang boleh la baca kisah seram sebelum-sebelum ini disini >>> Seram I & Seram II

Kisah Seram - Mimpi Menyusukan Bayi | Kejadian ini berlaku kira-kira beberapa bulan yang lalu, tak silap Asha sebelum bulan puasa ritu, semasa kandungan Asha masuk 3 bulan. 


Ceritanya begini, start je Asha hamil anak kedua ni Asha ada bermimpi sedang mengendong seorang bayi tapi tak tau la bayi siapa kalau dilihat dari susuk tubuh bayi tersebut anggaran umurnya macam dah 4 bulan, mukanya pula bagi Asha biasa sahaja tak secomel bayi-bayi lain yg biasa Asha lihat, kulitnya pula sawo matang, senang citer kaler tan gitu. Bukan setakat mengendong, malahan Asha siap menyusukan sekali bayi tersebut, seriously lepas Asha menyusukan budak tu terus Asha tersedar dari mimpi dan rasa macam betul-betul baru lepas menyusukan bayi. 

Bila dah tersedar dari mimpi tu terus bangun la terkebil-kebil, lepas tu Asha teringat persitiwa masa hamilkan si Fateh dulu pun Asha melalui mimpi yg sama juga cuma yg sebelum ni takdela sampai menyusukan bayi.

Keesokan harinya Asha pun pi la 'google' dan cuba merungkai misteri atau alamat mimpi yg Asha alami ini. Banyak juga artikel mengenai mimpi yg Asha alami ini, rata-rata mengatakan mimpi ini berkait rapat dgn saka. Puas dok fikir sape pulak yg nak wariskan saka pada Asha, dalam artikel tersebut ada menyatakan jika kita ada mengambil barang pusaka dari nenek moyang kita bermakna kita telah menerima saka tersebut. Tapi rasanya Asha takde mewarisi barang-barang lama peninggalan arwah nenek moyang kot. Tak tau lakan orang dulu-dulu ni memang suka bela saka untuk melindungi diri dan keluarga, makanya sibuk la nak cari pewariskan.

Kejadian tersebut tidak berakhir begitu sahaja tau, memandangkan Asha hamil pada trimester pertama faham-faham jela time ni hormon mengantuk, lesu, rasa nak tidur tu kuat sangat, dats why la mudah sangat terkena gangguan jin. Asal pukul 8 je nak tidur, kalau tidur tu memang lena la. Sampai la pada suatu malam tu kebetulan suami Asha balik keje lewat, tak silap Asha masa tu dah pukul 11 malam, Fateh pun Asha dah tidurkan dulu kat bilik dia. Memang sorang-sorang la tidur malam tu, elok je terlelap mata ni Asha terdengar macam ada orang lalu-lalang kat sebelah tingkap bilik, Asha assume maybe jiran sebelah kot baru balik malam tu. Tapi macam lain macam sikit rasanya, rasa macam kekerapan orang lalu lalang kat tepi bilik ni kerap sangat. Lepas tu terdengar orang buka dan tutup pintu dengan kuat sebanyak 3 kali, lagi la tak logik, fikir org sebelah ni mengamuk ka. Masa dengar pintu kena hempas tu memang terjaga juga kejap tgk kat pintu rumah takde pape terus Asha sambung balik tidur, beberapa saat mata dah terpejam tu tiba-tiba Asha rasa macam kaki Asha ni diraba-raba sesuatu, masa tu memang dah dapat agak dah yg diri ini sedang diganggu dan masa tu Asha tidur mengiring, nasib baik tidur mengiring kalau terlentang mesti dah kena himpit. Asha cuba sedarkan diri dari lena tapi macam susah sangat nak buka mata, cuba baca ayat kursi, bila dah tersedar tu cepat-cepat ambil fon buka ayat ruqyah pula. Terus tak boleh tidur dah malam tu, call asben tak jawab, whatsapp pun tak balas huhuuu.  Memang sepanjang kehamilan pada 1st trimester tu kerap sgt dengar bunyi macam buah kelapa jatuh atas atap la malam-malam. Fateh pulak suka sebut Shebi (imaginary friend) sambil tunjuk tingkap rumah tak ke seram dah la berdua je. 


Dan...kejadian itu berlarutan sampai la Asha pulang ke kampung asben pada akhir bulan Julai yg lalu (kejadian sebelum kemalangan). Kejadian itu berlaku selepas kami habis majlis sambutan hari lahir untuk anak menantu yg lahir pada bulan 6 dan 7. 

Masuk je bilik memang Asha terus landing je atas katil pasal mengantuk yg teramat sangat, nak pergi buang air pun memang tak mampu dah nak ke tandas sebab terlalu mengantuk, letak je kepala terus terlelap. Masa terlelap tu la mimpi seram tu datang balik, kali ni takde mimpi bayi tapi mimpi ala-ala Munafik ada, hantu kak limah pun ada. 

Dalam mimpi tu Asha didatangi seorang makhluk lengkap berbaju putih dengan rambut mengurai panjang sampai ke lutut ala-ala hantu kak limah tu ha la tapi rambutnya tak la kusut macam hantu kak limah. Tapi mukanya Asha tak nampak pun, nasib baik la tak nampak. Tiba-tiba Asha terpandang sebuah rumah dihadapan Asha dan makhluk tu berdiri, entah macamana Asha berjalan menuju ke rumah tersebut dan automatik pintu tu terbuka sendiri. 


Scene kat dalam rumah tu pula, Asha tak tahu la kenapa tiba-tiba Asha terbaring dan datang la 4 ekor mahkluk ni tapi berselubung dgn kain putih tak nampak muka ala-ala citer munafik tu ha sambil pegang bantal warna putih mengelilingi Asha. Tak taula diorang nak buat apa, yg pasti benda tak baik la kan, terkumat-kamit mulut Asha baca ayat kerusi dalam mimpi tu dan tak sangka sampai suami Asha perasan terus goncang-goncangkan badan kejutkan Asha, katanya Asha mengigau. Tak pasal-pasal kena marah tidur tak baca doa tidur la, tak solat dulu la huhuuu. Terus bangun la lepas mimpi tu ambil air sembahyang dan solat. 


Selepas kejadian malam tu atau senang cerita selepas berlaku kemalangan keesokan harinya tu Asha dah tak mengalami mimpi-mimpi tersebut, gangguan pun dah tak de. Tak tau la kejadian kemalangan  tempohari tu ada kaitan ke idak pasal org kata kadang-kadang kemalangan yg berlaku tu pun boleh jadi gangguan jin juga yg cuba tutup hijab kita sampai tak nampak ada kereta kat depan nak masuk simpang ke kan. Dengar cerita dari nurse dan doktor Hospital Selayang kawasan kami kemalangan tempohari tu memang kerap berlaku kemalangan dan rata-rata patient akan dihantar ke Hospital Selayang. Dah tu nasib tak baik Asha je pulak tu yg injured. Hurm...

Kesimpulannya, benda-benda gini jangan dilayan sangat, paling penting amal ibadat kena jaga, solat  5 waktu jangan tinggal, kerap mengaji dirumah, tidur jangan lupa baca doa tidur Insyaallah tiada gangguan. Manakala buat ibu-ibu yg hamil macam Asha ni para-para suami disarankan jengan kerap tinggalkan isteri sendirian sampai lewat malam, paham-paham jela wanita mengandung ni lemah jin-jin memang suka kacau. Kadang-kadang kerap pulang lewat malam pun tak elok juga pasal time-time gitu la jin suka ikut sekali balik rumah kacau anak bini. 

1 comment:

Azlinda Azman said...

seram juga..apa2 pun jaga diri ye Asha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...