Monday, October 22, 2018

Resipi Ikan Kekisi masak Pindang



Ahad yang lepas sebenarnya Asha plan nak masak sup ikan merah tapi asben tersalah beli ikan, asben assume ikan kekisi tu ikan merah kuikuikui, pasal dah lama tak beli ikan merah ler tu lupa. Oleh kerana tekak ni mengidam nak makan sup ikan yg berkuah maka timbul la idea nak masak pindang je ikan kekisi ni. 

Ada banyak versi dan style resipi ni tapi untuk Asha punya versi ni ikut resipi mak, senang dan simple je, meh tgk resipi dan cara memasak style Asha.

Ikan Kekisi Masak Pindang

Bahan-Bahan:


Ikan Kekisi 2 ekor dikerat dua (disiang dan dibersihkan)

 Sedikit Kunyit serbuk untuk dilumur pada ikan.
2 inci Halia
2 Biji Bawang merah - dihiris
1 Biji Bawang merah - dibelah 4
2 ulas Bawang putih - dihiris
1 sudu kecil paste asam jawa (pakai asam gelugor pun boleh)
2-3 biji Cili padi (kalau nak pedas) - diketuk
2 batang Serai - diketuk


Cara-cara:
  1. Ikan kekisi dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. (boleh digoreng setengah masak).
  2. Halia, bawang merah & bawang putih yang dihiris serta cili padi & serai yang diketuk ditumis sehingga naik bau. 
  3. Kemudian masukkan air, kacau sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan yang telah dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam tadi.
  5. Letakkan garam secukup rasa. Jangan lupa masukkan bawang yg telah dibelah 4 tadi.
  6. Masukkan air asam jawa.
  7. Tunggu sehingga mendidih.
Ada juga yang suka masukkan bendi dalam masak pindang ni, pun sedap juga, Asha masukkan seketul je pasal itu je yang ada kat kebun. Boleh juga masukkan tomato. Makan dengan nasi panas2 kuah banjir memang sedap, lawankan dengan sambal belacan atau sambal ikan bilis pergh.... tak pandang kiri kanan dah. Untuk buat menu berpantang pula cili padi tu boleh digantikan dengan lada hitam.

Ok. Bolehlah anda cuba ye. Simple dan mudah je, yang baru nak belajar masak pun confirm jadi punya.

Selamat Mencuba.


Foot Note: Maaf jika video kurang memuaskan, ada part yg tak onpoint. Akan diimprovekan lagi. First time vlog masakan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...