Wednesday, September 26, 2018

Placenta Previa | Uri Jatuh


Placenta Previa | Uri Jatuh | merupakan simptom dimana ianya kemungkinan berlaku pada kira-kira 1 daripada 200 wanita hamil. 

Apa Fungsi Placenta Ini?

 - Placenta adalah organ yang berfungsi sebagai sistem sokongan hidup pada janin yg sedang berkembang dengan membawa oksigen dan makanan dari si ibu kepada bayi.

Fungsi-fungsi lain, ia juga menyingkirkan sisa-sisa dari darah bayi. Placenta juga merupakan tempat asal dimana tali pusat bayi mula berkembang dan melekat pada dinding rahim.

Sekiranya ibu hamil mengalami placenta previa atau uri rendah, ini boleh menghalang pembukaan serviks semasa bersalin dan kemungkinan si ibu perlu melahirkan anak melalui pembedahan adalah tinggi.

Jenis-jenis Placenta Previa.

Disahkan Placenta Previa Type 2.
Semasa kandungan Asha menjangkau 25 minggu Asha telah disahkan mengalami Placenta Previa Type 2.
Pada asalnya Asha hanya mengikuti rutin biasa pemeriksaan kehamilan, kebetulan kandungan masuk minggu ke 25 ni macam-macam pula masalahnya. Dari pemeriksaan biasa di Klinik Desa, check urin dan darah Asha kantoi Anemia pada awalnya, kurang darah pula. Nurse minta Asha pergi refer doktor KKIA pula, dah alang-alang jumpa doktor tu scan sekali la kandungan. DAMN!! kantoi masalah lain pula, elok-elok datang nak dapatkan nasihat pemakanan untuk Anemia dah jadi lain pula. Doktor sahkan Asha menghidapi placenta previa type 2 pulak tu. Doktor minta Asha terus refer Hospital dimana Asha plan nak bersalin nanti dan keluarkan satu surat.
Erm...tak pasal-pasal kena terus pergi hospital pula. 

Sebelum itu, doktor KKIA ada explain pada Asha uri Asha berada pada tahap yg mana satu masa scan tu. Kalau korang refer balik pada foto jenis-jenis placenta previa diatas, Asha punya uri berada pada foto yg last sekali 'Total Placenta Previa' means uri tu dah tutup habis serviks kita. Patut la beberapa hari sebelum datang buat pemeriksaan kehamilan tu Asha ada bleeding sikit tp light je so memang tak terfikir uri kat bawah. Last pregnant dulu sama juga uri kat bawah dan memang ada bleeding dan agak mild juga cuma tak la sampai type 2 mungkin masa tu kandungan baru 4 bulan dan baby pun kecik lagi so masih ada ruang uri tu naik.

Sampai je HUKM around pukul 12.00pm gitu terus cari O&G department untuk buat pendaftaran.

Tak memasal kena chop kod MERAH, means kandungan berisiko.

Daftar dan set appointment dengan doktor pada hari lain pasal pada hari tersebut dah penuh, kebetulan bulan 9 ni bulan yg banyak cuti public holiday. Masa register tu bagi IC pada nurse kat kaunter tu then check nama kita dah ada dalam sistem, siap tanya pernah datang sini ke before ni pasal dah ada rekod. Me said ya ada buat rawatan kesuburan  dengan Prof Zainol, dalam kepala ni dah berlegar-legar je mikir jangan la masa bersalin nanti dibaginya Prof Zainol sambut kita beranak nanti huhuuu dah la buat rawatan separuh jalan tak habis.

Dah setel register tengok jam pun dah nak dekat pukul 1, memang tak sempat nak masuk opis tambahan badan pun dah penat setengah hari pergi banyak tempat dan kena ambil darah lagi, memang lemau badan dibuatnya. Terus husband hantar balik rumah je bed rest.

Datang semula HUKM pada 7/9/18, ambil no giliran dan buat pembayaran terlebih dahulu dalam RM150 macamtu dan macam biasa kena amik urin dulu, check HB & scan sebelum jumpa doktor, cuma ujian darah je tak buat.


Selepas buat pembayaran tu nurse akan bagi form kuning ni dan follow je pemeriksaan apa yg kena buat. Actually agak pening sikit process pemeriksaan disini, maklumlah kat KK Desa lain, kat KKIA pun lain jadi serabut Asha dibuatnya. Time nak kena scan tu sampai kena panggil nama pasal nak duduk kat dalam tu ramai sangat orang so Asha duduk la tunggu no giliran kat depan area register kaunter tu je tapi rupa-rupanya no tak naik pulak kat situ. 

Alkisahnya pula bila time nak scan perut blur-blur cari bilik scan pasal pintunya lain sikit glass door, bila masuk dalam macam nak pi tengok wayang pun ada, pasal environment dalam tu sejuk dengan cahaya malap-malap memang macam nak pi tengok wayang gitu. Tapi selesa sangat la sampai pembantu scan tu nak tuang gel atas perut pun minta izin dan kata 'sejuk sikit ye gel ni' erm...bukan sejuk sikit sejuk banyak. 

Lepas scan pergi tunggu giliran kat bilik yg telah ditetapkan tu, actually patient tak ramai pun dalam 4-5 orang je untuk appointment bilik yg telah ditetapkan tu. Pasal kes kami sama kot so sorang check up dengan doktor around 30-40 minit tu yg jadi lama.

Tiba giliranku dup dap2 gak rasa pasal takut result tak memuaskan kot-kot la kena tahan wad, jangan tak tau Asha siap bawa beg baju sekali tau in case kena tahan wad. Biasa dengar ada kes patient yg uri kat bawah type 2 ni kena tahan wad, kalau sebulan tu sebulan la selagi uri tu tak naik atau sampai bersalin. Tapi alhamdulillah, refer result scan doktor kata uri dah naik sikit tak tutup serviks but still kena pemantauan. Kalau refer pada foto type placenta previa diatas uri Asha berada pada kedudukan foto no. 2 iaitu 'Low Implantation'. 

Kena datang balik check up selepas 6 minggu pula, tapi baru-baru ni Asha buat check up seperti biasa yg dijadualkan kat KKIA ada scan perut juga tengok uri masih kat bawah lagi tapi tak la tutup serviks. Hope nanti boleh naik la uri tu, bukan apa Asha tak nak kena belah perut huhuuu. Agak-agak boleh ke ek pasal baby dah besar ni pun perut rasa sendat je.

Next appointment kat HUKM nanti pada 15/10/2018 tapi 1 week before tu kena buat ujian darah dulu, nasib baik boleh buat time habis kerja pasal unit Hematology iaitu tempat ambil darah dan lab tu buka 24jam. Doktor bagi form siap-siap dan buat bayaran sekali pada hari tu juga, senang datang terus ambil darah je nanti.


Ini la form tersebut, ada dua jenis tapi tak tau untuk ujian apa, cuba baca tak paham sangat. Cuma yg hijau tu perasan untuk check paras gula dalam darah je.

Resit bayaran untuk ujian darah cuma RM34.00 je nasib baik tak mahal.

Berikut adalah langkah-langkah dan rawatan yg boleh diambil sekiranya anda mengalami Planceta Previa. Jika semakin parah berjumpalah dengan doktor.

Rawatan dan Langkah-langkah untuk Placenta Previa

  • Elakkan senaman atau aktiviti berat
  • Elakkan hubungan seksual
  • Elakkan pemeriksaan pelvis
  • Elakkan dari mengangkat objek berat
  • Rehat atas katil
  • Warded (sekiranya pendarahan berat)
  • Transfusi darah (jika kehilangan darah yg banyak)
  • Jangan mencuci atau membersihkan faraj dengan semburan air atau campuran lain (douching)
Kesimpulannya, memang Asha tak boleh pergi jauh2 la buat masa kini. Kena kuarantin sampai bersalin nanti. Doa-doakan urusan bersalin Asha dipermudahkan yek.

Tuesday, September 25, 2018

Majlis Perkahwinan Adik Lelaki di Semenyih

Majlis Perkahwinan Adik Lelaki | selesai sudah majlis perkahwinan adik lelaki di kediaman keluarga kami di Semenyih pada 9 September 2018 yg lalu.

Persiapan dibuat hanya 4-5 bulan sahaja sebelum hari perkahwinan berlangsung, biasa orang planning majlis besar gini setahun sebelumnya, tapi sebab ada kisah dan alasan-alasan yg tertentu majlis perlu disegerakan. Yang sebenarnya atas permintaan dan amanah arwah ibu sebelah pengantin perempuan yg nak segerakan perkahwinan tapi tak sempat juga arwah ibu mertua adik kita nak melihat kedua-duanya kawen.  

Selepas sebulan je pemergian arwah ibu mertua adik meninggal terus la keluarga belah perempuan minta percepatkan pertunangan dan pernikahan pada tahun ni juga. Tu yg agak kelam kabut tu mama dgn abah kami nak buat persiapan. Tak pasal-pasal kita kena jadi wedding planner, tu yg kena buat hantaran, deko photobooth dan mekap pengantin (yg ni je tak jadi pasal ada masalah pregnancy tempohari, upah org je lain mekap). 

Kalau ikut perancangan memang majlisnya nak buat simple je senang citer ala koboi. Dari jemputan nak panggil 300 orang je dah jadi 500++, dari penanggah nak pasang 4 je dah jadi 6. Dari menu nak ambil dari katering sahaja dah jadi tambah masakan sendiri + warung keropok lekor & goreng pisang. Mama dgn abah mana maunya nak koboi-koboi saje. Selagi majlis tak jalan selagi tu la ada je benda nak ditambah tau. Kalau ikutkan pelamin mini a.k.a photobooth pun xde tau pasal pengantin tak nak, nak simple katanya. Mama yg suruh kita buatkan juga pasal nanti orang datang nak bergambar kenangan takkan nak bergambar bawah pokok durian pulak kahkahkah.

Outfit pun simple je pengantin, adik kita pakai baju melayu biasa je sama macam majlis sebelah perempuan tempohari dan sampin pun pakai abah punya masa kawen dulu2 hahaha. Asal boleh dan budget je ko kan dik. Yg perantin perempuan pula pakai jubah ada la bling2 sikit dgn crown without veil. Sekarang ni mmg trend kawen pakai outfit simple2 mcm nak gi raya dan kenduri gitu.

Mari kita tengok serba sedikit kronologi persiapan majlis adik kami ini. 

1. D.I.Y Pelamin - Backdrop & Photobooth Accessories


Hari Sabtu (8/9/18) tu pada sebelah petangnya Asha dengan adik dan wife dia sibuk pasang pelamin d.i.y atau photobooth pengantin ni ha. Sebelum itu kain tabir ni Asha kena masukkan dalam besi rod yg Asha beli kat D.I.Y ni terlebih dahulu. Manakala pemasangannya kita minta tolong abah gantungkan, dan kain backdrop ni pula telah dijahit oleh mama, memang tak dan nak jahit lagi-lagi keadaan kesihatan yg kurang baik ni. Kain tabir ni pula Asha beli kat Kamdar je, kain jenis baldu warna putih yg biasa org buat alas kerusi pelamin, sarung bantal dan lain-lain. Memang pilih warna putih supaya bila ambil foto gambar pengantin dan hiasan pada tabir tu nampak menonjol. Pada asalnya nak pakai kain tabir sequin yg biasa mua, blogger or vlogger guna kalau buat review tu. Asha dah beli pun sebenarnya kat shopee tapi tak besar pun so peyudahnya buat alas meja pulut kuning. 

Besi rod tu beli kat d.i.y rasanya RM9.90 je, boleh dipanjangkan dan paling max panjang pun seperti dalam foto atas ni la.

Backdrop ni plan mama yg minta dipasang diluar rumah pasal senang orang nak berfoto beramai-ramai kat luar rumah lagipun terang sikit kat luar ni, nak snap gambar pun natural light gitu. Tambah letak kerusi kayu jati mama cantik la sikit jadinya.

Idea asal aksesori backdrop bentuk kipas pusing bewarna ni memang idea kita, tapi pasal beberapa hari sebelum majlis tu kita ada masalah komplikasi pada kandungan so tak boleh nak aktif sangat tolong buat persiapan kawen adik. Sempat belikan barang-barang je. 

At the end pengantin yg kena buat hehehe. Nasib baik adik dan wife dia kreatif, boleh captured idea dan design apa yg kita plan nak buat tu, ditambah pula rama-rama tu nampak nice sikit. Yg tang daun tu hurm...sebenarnya nak daun lain tp yg tu je ada kat kedai eco.

Untuk aksesori photobooth yg lain kita beli kat shopee je buat tambahan untuk tetamu yg hadir nak berfoto pada majlis tu.

Ada 30 pcs benda ni kita beli kat shopee around RM15 je termasuk postage fee. Dapat stick sekali.

Ada bagi gam sticker juga untuk tampal pada stick tu tapi macam tak kuat so kita pakai selotape je.

Bila dah siap kita letakkan pada trolley antik mama kita ni ha. Hias sekali dengan bunga baru nampak berseri. Habis perabot dan bunga hiasan mama kita keluarkan.

Last sekali ada tambahan pulut kuning, mama yg tempah nak ada potong pulut kuning katanya, kebetulan pada hari tersebut hari lahir adik a.k.a pengantin lelaki.

Siap our simple d.i.y photobooth a.k.a mini pelamin. Kalau ada bantal kecil 2 ketul tu mesti berseri sikit, tak sempat nak beli or tempah kat printcious.com.

2. Goodies Bag/Doorgift

Kalau dah namanya kenduri kahwin goodies bag or doorgift mesti la ada. Tapi tu la siap ada beberapa kategori pula mama suruh buat. Untuk kategori A mama dah buat siap-siap untuk bagi adik-beradik yg merewang. Tak snap foto pula doorgift kategori A ni ha.

Telur rebus untuk tambahan jika doorgift kategori B dah habis. Minta adik-adik sedara tolong bungkuskan telur rebus ni.

Sarung bungkus telur pun pakai balance masa kenduri kawen kami dulu, dah tujuh tahun pun mama masih simpan lagi. Tema kaler merah hitam tau time kita kawen dulu. Tu pun kita yg suruh, kita kata lari tema pun tak pe jimat, apa yg ada je guna.

Doorgift kategori B - buat 2 jenis, biskut gula icing dgn kerepek bawang. Ni pun kita yg bagi idea.

ni doorgift kategori C - dalam bungkusan ni ada telur rebus dan gula-gula. Spare jika tak cukup.


3. Kenduri Tahlil & Kesyukuran

Hari sabtu sebelah malamnya diadakan majlis tahlil dan kesyukuran, so sebelah siangnya ada rewang-rewang untuk siapkan menu makan malam selepas tahlil tu. Plan asal abah dan mama nak buat menu simple-simple je seperti lontong, tapi lepastu ada tambahan menu lain pula pasal abah kata rasa macam simple sangat, takut ada yg tak makan lontong jadi abah order tambahan kuah soto, untuk mee or bihun kami celur sendiri.

Lontong daun pisang, kalau ada yg tak biasa makan lontong ni sebenarnya lontong ni menu makanan jawa tau, biasa kami makan time raya, la ni nak buat untuk makan kenduri or makan saje-saje mengidam pun boleh dah.

Lontong sedap dimakan dengan rendang ayam pencen ni ha.

Side dish paling utama kuah kacang makan dengan lontong baru umph...

Kuah lodeh style Semenyih pasal ada cendawan hitam.

Tambahan lauk sambal sotong dan sambal ikan bilis garing(foto tiada).

Tu baru citer side dish untuk makan dengan lontong, belum masuk part soto pula, tu pun ada tambahan side dish juga.

Kuah soto.

Bihun dan mee kuning.

Kacang goreng.

Sambal kicap

Bergedil kendang ni tambahan my cousin buat dgn mak-mak sedara.

Pencuci mulut - buah tembikai

Kuih bakar

Puding bandung

Air minuman sunquick oren dan teh tarik.

4. Majlis Perkahwinan

Hari yg ditunggu sudah tiba, Alhamdulillah...semua persiapan untuk majlis berjaya disiapkan. Penanggah pengantin a.k.a canopy 3 hari sebelum majlis lagi dah dipasang, mula-mula minta 5 canopy je pasal xde buat makan beradap. Lagipun jemputan tak ramai sangat dalam 500 orang tapi mama minta tambah pasal ada ruang lagi kat halaman rumah, jadi total ada 6 penanggah. Minta hias kain scallop pada penanggah dan meja lauk kaler mint green tapi takde, yg ada hijau lumut dan hijau turqoise.

Nasib baik halaman rumah luas boleh muat 6 penanggah.

Bunting pula order 3 minggu sebelum majlis, last minit abah suruh adik no.2 tempahkan nasib baik sempat lagi adik order under UKM Holdings.  

Order 2 bunting, satu letak kat perkarangan rumah kat area meja doorgift.
satu lagi letak kat jalan masuk ke rumah. Kalau tak letak nanti orang tak tahu mana satu rumah pengantin.

Katering awal-awal pagi dalam pukul 11am dah sampai bawa makanan yg dah siap masak dan yg akan dimasak seperti ayam goreng.

Menu utama nasi minyak dan nasi putih. Lauk-pauk adalah dalam 6-7 jenis.

Lauk dari katering -  nasi minyak

ikan dorry becili

Sambal goreng jawa.

gulai udang dengan cendawan hitam

ayam goreng berempah

Kari daging pula my mak long yg masak. 

dan tempoyak petai juga mak long yg masak. Ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin dan buah tembikai dari katering.

Pencuci mulut dari ketering bubur pulut hitam, cendol dan kuih-muih ada 2 jenis tapi tak perasan kuih apa.

Tambahan dari kami, abah booking warung goreng pisang dgn keropok lekor, memang sedap sangat, paling laku dan habis dulu. Kita pun dok makan ni je sampai kenyang tak makan nasi sangat. Lepas tu ada lagi kuih-muih lain abah order iaitu kuih koci dan kuih tako. Memang banyak pencuci mulut je tu tak termasuk lagi kerepek yg diletakkan diatas meja makan tetamu.


Tetamu start datang dalam pukul 12pm dan paling ramai datang pada waktu puncak iaitu pada pukul 2.00pm ngam-ngam juga time keluarga pengantin belah perempuan sampai. Tak sempat nak snap foto keluarga pengantin belah perempuan berarak masuk sambil kompang dipalu menerusi radio DJ. Meriah sikit majlis pada hari tersebut dengan adanya DJ kenduri kawen ni, kalau tak senyap sunyi aje majlis ni.

Dah pertengahan majlis tu kita minta pasangan perantin potong pulut kuning pula. Minta juga photographer dia a.k.a coursemate adik dgn wife amikkan foto utk buat kenangan.

Mama dan abah bergambar kenangan dengan kawan-kawan sekolah mama. Baru perasan gambar kami adik beradik or sekeluarga takde huhuuu.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...